CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RTM Klik diakses di luar negara, KP Penyiaran akan keluar kenyataan mengenai dakwaan perlawanan Piala Dunia ditayang secara percuma

17-6-2026 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 203| Komen: 0

 


KOTA BHARU – Ketua Pengarah Penyiaran, Ashwad Ismail akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai dakwaan perlawanan Piala Dunia yang ditayang secara percuma menerusi aplikasi RTM Klik dapat diakses di luar negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau sudah membawa perkara tersebut kepada perhatian Ashwad dan meminta beliau mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu tersebut.

“Ya, saya telah bawa perkara tersebut kepada perhatian Ketua Pengarah Penyiaran dan saya telah minta beliau untuk mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Bagi Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai cadangan untuk menggunakan MyKad sebagai langkah menyekat akses RTM Klik di luar negara, beliau berkata, perkara tersebut turut dibincangkan dan menyerahkan kepada Ashwad untuk membuat kenyataan penuh.

Terdahulu, tular seorang rakyat Malaysia yang juga pempengaruh memuat naik video menunjukkan bahawa aplikasi RTM Klik dapat diakes di televisyen pintar di dalam bilik sebuah hotel sewaktu bercuti di Indonesia. 

Sumber :– KOSMO! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2026 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.151545 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top