CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seorang lelaki Rohingya 8 tahun kutip besi buruk guna basikal roda tiga haram

17-6-2026 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 304| Komen: 3

 



PUCHONG – Seorang lelaki Rohingya yang ditahan dalam Operasi Pendatang Warga Asing (Ops Pewa) mengakui dia menyara kehidupan dengan hanya mengutip besi buruk sejak mula tiba di negara ini lapan tahun lalu.

Lelaki berusia lingkungan 30-an yang ditahan bersama basikal roda tiga telah diubah suai secara haram berkata, dia memasuki Malaysia pada tahun 2018 dan hidup bersendirian tanpa isteri serta anak.

“Dari mula sampai sampai sekarang saya kutip besi buruk sahaja. Kalau hari biasa, saya boleh dapat sekitar RM30 hingga RM80 sehari hasil jual besi buruk yang dikutip,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas ditahan dalam Ops Pewa, hari ini.

Katanya, dia membeli sebuah basikal terpakai dengan harga RM50 sebelum mengubah suai sendiri kenderaan itu.

Menurutnya, kebanyakan masa dihabiskan dengan mengayuh basikal mengelilingi kawasan perumahan dan premis perniagaan bagi mencari barangan yang boleh dijual semula.

“Saya beli basikal terpakai berharga RM50. Lepas itu saya pasang rangka besi di bahagian tepi untuk letak muatan besi buruk. Saya buat sendiri, kimpal (welding) sendiri besi itu supaya boleh bawa lebih banyak barang.

“Saya tinggal menyewa sebuah bilik dengan kadar RM300 sebulan. Kadang-kadang cukup untuk makan sahaja,” katanya.

Ketika diperiksa, lelaki itu turut mendakwa memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), namun gagal mengemukakan kad asal kepada pihak berkuasa.

Sebaliknya, dia hanya menunjukkan salinan dokumen berkenaan dan memaklumkan kad asal ditinggalkan di rumah.

Tinjauan Kosmo! sepanjang hari pertama operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) Selangor dan Majlis Bandaraya Subang Jaya mendapati basikal roda tiga yang diubah suai menjadi antara pengangkutan paling banyak digunakan oleh warga asing di kawasan tersebut.

Kebanyakan kenderaan itu dilengkapi rangka besi tambahan bagi membolehkan muatan besar seperti besi buruk, peralatan terpakai dan bahan kitar semula dibawa dari satu lokasi ke lokasi lain.

Difahamkan, terdapat sebuah kedai berhampiran kawasan ini yang menyediakan khidmat mengimpal serta menjual sebuah basikal yang lengkap diubah suai dengan harga RM450 sebuah.

Seorang penduduk tempatan, Sundarajah Periasamy, 63, berkata, aktiviti mengutip dan mengangkut besi buruk menggunakan basikal roda tiga oleh warga asing di sekitar Bandar Puteri Puchong, di sini semakin membimbangkan sehingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Dia yang telah menetap di kawasan itu sejak lima tahun lalu sering menyaksikan warga asing membawa muatan besi buruk dalam jumlah yang banyak terutama pada waktu malam.

“Pada waktu malam, ada yang bawa besi buruk tanpa lampu depan dan belakang. Keadaan itu sangat bahaya kerana pengguna jalan raya tidak nampak mereka.

“Kadang-kadang barang-barang seperti besi yang dibawa jatuh di tengah jalan dan boleh menyebabkan kemalangan. Bukan itu sahaja, bila bawa motosikal atau basikal roda tiga, mereka selamba lalu di antara celah kereta ketika jalan sesak,” katanya.

Sundarajah mendakwa pernah berlaku beberapa insiden melibatkan motosikal dan basikal roda tiga dibawa warga asing yang melanggar kenderaan lain di atas jalan raya.

“Bila berlaku kemalangan, mereka cuma hulur RM50 sahaja. Kereta rosak macam mana? Tak boleh nak tuntut apa-apa kerana mereka tiada insurans atau dokumen yang lengkap.

“Mereka ini kebanyakannya melintas atau masuk jalan utama sesuka hati sehingga melanggar lampu isyarat,” katanya.

Menurutnya, kawasan sekitar tersebut kini menjadi antara lokasi yang mempunyai kehadiran warga asing yang ramai, sekali gus menimbulkan pelbagai rungutan dalam kalangan penduduk setempat.

Katanya, isu tersebut bukan sekadar melibatkan aspek kebersihan dan ketenteraman awam, malah turut memberi kesan kepada keselamatan pengguna jalan raya.

“Sini memang kawasan yang ramai warga asing. Kawasan perindustrian tu, bahagian atas kedai boleh kata empat sahaja orang tempatan. Lain semua warga asing. Saya dah beberapa kali buat aduan sebab mereka ini mengotorkan kawasan.

“Apabila ambil besi buruk atau barang terpakai, mesti akan kotor, mereka lerai besi-besi tu. Penduduk cuma mahu pihak berkuasa memantau dan mengambil tindakan sewajarnya supaya keselamatan semua pihak dapat dijaga,” katanya.


Sumber :– KOSMO! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 17-6-2026 12:57 PM
Kat YT banyak basical macam ni kena sita. Jangan wayang-wayang belakang camera ko lepas balik. Rakyat harap sita dan mampatkan lupus terus.
Quote FOTHER-MUCKER 17-6-2026 05:29 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-6-2026 01:44 AM

Yang berkeliaran ni bila nak sitar? sudah jadi seperti di Indonesia ataupun Philippines

[fbp]https://www.facebook.com/reel/27760094440241620/?fs=e&fs=e[/fbp]
https://www.facebook.com/reel/27760094440241620/?fs=e&fs=e
Quote batmana 18-6-2026 10:21 AM
sebenarnya dari dulu, kalau dikaji betul2, menteri mana yang luluskan rohingnya datang malaysia ni?
elok kumpulkan semua rohingnya letak dlm rumah menteri ini.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2026 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.034537 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top