CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada warga Malaysia 'benarkan' orang Rohingya ambil alih perniagaan - Azalina Ohtman

17-6-2026 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1069| Komen: 26|Original author: FOTHER-MUCKER

 
 


PUTRAJAYA: Isu pemilikan perniagaan oleh masyarakat Rohingya di Malaysia tidak akan berlaku tanpa dibantu rakyat negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Ohtman Said berkata apa yang berlaku sebenarnya adalah perniagaan warga tempatan diambil alih oleh masyarakat Rohingya.

Bagaimanapun, beliau berkata, negara tiada sebarang peruntukan undang-undang yang boleh menghalang masyarakat Rohingya daripada membeli dan mengambil alih perniagaan yang dibuka oleh warga tempatan secara sah.


"Saya tengok isu Rohingya ni dah jadi isu besar terutama kawasan bandar. Bukan saja kita nak cakap pasal Rohingya tapi dari segi pekerja-pekerja yang datang dari luar (negara), tetapi yang menjadi masalah besar ialah apabila mereka mengambil alih perniagaan.

"Persoalan sekarang, dari segi undang undang… tiada undang-undang yang menghalang mereka untuk mengambil alih (perniagaan).
"Pada masa sama ialah soal rakyat Malaysia yang menjual perniagaan kepada mereka. (Isu) ini tidak hanya wujud secara sendiri.
Maknanya ada tawaran ataupun galakan yang menyebabkan ada penglibatan (masyarakat Rohingya dalam perniagaan)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan dan kebimbangan rakyat Malaysia terhadap kehadiran masyarakat Rohingya di negara ini termasuk yang menjalankan perniagaan.

Azalina berkata, ketika ini, hanya ada peruntukan undang-undang Imigresen yang boleh dikenakan terhadap warga Rohingya jika mereka melanggar sebarang syarat yang dikenakan terhadap mereka.

"Dia masuk ke negara kita mungkin dia tak boleh ada aktiviti selain daripada fokus (tujuan) yang dia masuk.
"Tapi kalau dia masuk ke negara kita kemudian dia berniaga, itu salah dari segi permit," katanya.

Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 17-6-2026 01:44 AM

'TIADA Undang-Undang Halang Rohingya Ambil Alih Pernigaan Rakyat Malaysia' - Kata Azalina Othman


[youtube]F9ewg4yzYiA[/youtube]
https://m.youtube.com/watch?v=F9ewg4yzYiA&ra=m
Quote SalenaGomez 17-6-2026 08:13 AM
Habis tu buatlah/gubal lah undang2… korang yg bercakap tu kan ada kuasa…bukan yg bercakap tu rakyat marhein
Quote ninja boy 17-6-2026 08:36 AM
Edited by ninja boy at 17-6-2026 08:47 AM

She hanya bagi penjelasan kasi nampak dari segi undang2, menteri2 berkaitan bila nak setel myanmar hujung2 pmx kena setel, call pm myanmar
Quote mejaputih 17-6-2026 08:48 AM
Sorry iols off topic..takde ke yg buka benang 2 anggota tentera maut mada latihan bom tangan?
Quote Nurul8001 17-6-2026 09:09 AM
SalenaGomez replied at 17-6-2026 08:13 AM
Habis tu buatlah/gubal lah undang2… korang yg bercakap tu kan ada kuasa…bukan yg bercakap tu rakya ...

Kannnnn. Benda boleh buat. Buatla sekarang. Kalau cakap ITU takde INI takde, ITU tak boleh buat,INI tak boleh, baik marhain je duduk kat kerusi PARLIMEN tu.
Quote silance 17-6-2026 10:24 AM
Sorang cakap tak tau nak hantar mana.
Sorang cakap handle with care.
Sorang cakap tiada peruntukan undang-undang...
Ramai yang lain-lain tu senyap tada bunyi isu ini tapi ligat berebut kuasa.

Ini macam, suda serupa sembelit la!
Quote axl_bach 17-6-2026 10:36 AM
Nurul8001 replied at 17-6-2026 09:09 AM
Kannnnn. Benda boleh buat. Buatla sekarang. Kalau cakap ITU takde INI takde, ITU tak boleh buat,IN ...

Dan ko igt bila marhein dok parlimen dorg cerdik???.... Benda ni complex, bukan semudah halau balik.....

Benda ni org yg x ada autority mmg senang ckp, tp bila dia sendiri pegang tanggungjawab, baru dia tau.....

Ibarat pembangkang dulu laa,, sembang pandai nk hapus ISA nk hapus AUKU nk free education nk hapus PTPTN nk itu nk ini..... Bila dorg jadi kerajaan apa jadi, baru dorg tau semua bebda yg dorg nmpk mudah masa pembangkang, sgt2 kompleks dan rumit.....
Quote Nurul8001 17-6-2026 11:26 AM
axl_bach replied at 17-6-2026 10:36 AM
Dan ko igt bila marhein dok parlimen dorg cerdik???.... Benda ni complex, bukan semudah halau bali ...

Memangla rumit. Tapi kena ada permulaan.
Saya dengar podcast Prof UKM yg pakar undang2 tu, Prof Salawati.
Polis yg nak siasat sindiket kad UNHCR kena cuti belajar.
Ahli PARLIMEN yg nak cakap isu Rohingya tak diberi peluang langsung.
Quote axl_bach 17-6-2026 12:10 PM
Nurul8001 replied at 17-6-2026 11:26 AM
Memangla rumit. Tapi kena ada permulaan.
Saya dengar podcast Prof UKM yg pakar undang2 tu, Prof Sa ...

Ok nnt aku try layan podcast prof tu....
Quote pengecatbintang 17-6-2026 12:19 PM
Edited by pengecatbintang at 17-6-2026 12:34 PM

Proses untuk meluluskan dan membuat akta baharu di Malaysia bermula dengan rang undang-undang (RUU) yang dirangka oleh Kementerian berkaitan.

Ia mesti diluluskan oleh Parlimen dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum diwartakan dan dikuatkuasakan sebagai undang-undang rasmi negara.

Proses penggubalan akta tersebut merangkumi peringkat berikut:

Peringkat Kementerian & Kabinet: Kementerian yang mencadangkan dasar perlu berunding dengan Jabatan Peguam Negara (untuk draf undang-undang), Perbendaharaan Malaysia, dan agensi berkaitan. Kertas Kabinet disediakan untuk kelulusan Jemaah Menteri.

Bacaan Pertama (Parlimen): Menteri membentangkan tajuk Rang Undang-Undang di Dewan Rakyat (atau Dewan Negara) buat kali pertama. Tiada perbahasan dilakukan pada peringkat ini.

Bacaan Kedua: Menteri membahaskan prinsip dan tujuan utama RUU. Ahli Parlimen akan membahaskan dasar tersebut dan undian akan dibuat untuk meluluskannya.

Peringkat Jawatankuasa: RUU diteliti secara terperinci (fasal demi fasal). Pindaan pada teks RUU boleh dibuat di peringkat ini.

Bacaan Ketiga: Pembentangan akhir RUU selepas diluluskan di Peringkat Jawatankuasa. Undian kali terakhir dibuat sebelum RUU diluluskan oleh Dewan Rakyat dan dihantar ke Dewan Negara untuk melalui proses yang sama.

Perkenan Diraja & Pewartaan: Selepas diluluskan oleh kedua-dua Dewan Parlimen, RUU dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan. Akhir sekali, ia diwartakan sebagai Akta dan tarikh kuat kuasanya ditetapkan.
Quote pengecatbintang 17-6-2026 12:22 PM
pengecatbintang replied at 17-6-2026 12:19 PM
Proses untuk meluluskan dan membuat akta baharu di Malaysia bermula dengan rang undang-undang (RUU)  ...

ini kemusykilan aku lah

cth :

Proton ditubuh dan dimiliki oleh Rekyat Mesia

tetiba tahun 2017 beli 49.9% syer dlm Proton

kalo dibuat undang2 baru ni pada 2016

adakah Geely x bole beli Proton?


Quote pengecatbintang 17-6-2026 12:26 PM
pengecatbintang replied at 17-6-2026 12:22 PM
ini kemusykilan aku lah

cth :

cakap mmg senang suruh gubal undang2 baru
tapi rumit sbb banyak benda Kementerian brkaitan kena lihat

cth :

kalo undang2 baru ni diperkenalkan

adakah akan impak kat belian saham sykt tempatan oleh foreigner di BSKL

kalo foreigner x beli kat BSKL

adakah indeks BSKL akan jatuh

kalo indeks BSKL jatuh

rekyat akan balun gov

kata gov x pandai urus ekonomi Mesia
Quote silance 17-6-2026 01:23 PM


[youtube]928QN98xQdc[/youtube]

Tahniah rakyat Sarawak dapat pemimpin bijak.

Quote blue_blur 17-6-2026 02:10 PM
dorang ada bayar cukai perniagaan ke?
Quote ultra78 17-6-2026 02:37 PM
Warga Rohingya mmg bekerja di sini sebagai buruh dalam sektor tak formal. Gaji pun dibayar secara cash setiap hari. Kerajaan tiada rekod golongan ini bekerja. Majikan pun suka sebab boleh dibayar gaji murah tanpa perlu ikut gaji minimum dan mencarum perkeso.
Quote ultra78 17-6-2026 03:08 PM
mejaputih replied at 17-6-2026 08:48 AM
Sorry iols off topic..takde ke yg buka benang 2 anggota tentera maut mada latihan bom tangan?

Ini saya baru buka.

Dua anggota tentera maut, insiden bom tangan meletup di Gurun
Quote FOTHER-MUCKER 17-6-2026 03:21 PM
silance replied at 16-6-2026 09:23 PM
Tahniah rakyat Sarawak dapat pemimpin bijak.

Sebab Sarawak tak ada lebai.
Quote Decaffeinated 17-6-2026 04:28 PM
Protectionism ni bukan elok. Worst kalau undang2 nak protect satu group sambil menekan satu group yang lain. Yang ditekan makin bangkit, yang menjerit minta dipayung itu makin lemak dan lemah.

Bukti depan mata melambak.
Quote Decaffeinated 17-6-2026 04:30 PM
silance replied at 17-6-2026 01:23 PM
Tahniah rakyat Sarawak dapat pemimpin bijak.

dia ni tau tak Sarawak tu kat mana? boleh naik tongkang dari Rohingya ka


Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.046348 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top