CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Michael Ang Luah Kebimbangan, Persoal Dakwaan ‘BN Menang PRN Johor, Najib Bebas’

5-7-2026 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1015| Komen: 18

 


Pelakon dan pengacara, Michael Ang, meluahkan kebimbangannya terhadap satu dakwaan yang dikaitkan dengan kempen politik apabila berkongsi semula satu hantaran di Threads yang mempersoalkan kenyataan kononnya Datuk Seri Najib Razak boleh dibebaskan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dalam hantaran itu, Michael terlebih dahulu menjelaskan bahawa beliau tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dan hanya menyuarakan pandangannya sebagai rakyat Malaysia.

“Salam. Bukan berpihak kat siapa siapa eh! Pandangan kita sebagai rakyat malaysia!” katanya.

Beliau turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai sesuatu yang membimbangkan kerana boleh menimbulkan persepsi yang mengelirukan dalam kalangan rakyat.

“Bagi i benda n statement mcm ni a bit alarming n scary the situation,” tegasnya.

Michael turut memuat naik satu tangkap layar yang mengandungi pandangan seorang pengguna media sosial berhubung isu berkenaan.


 
 
Menurut Michael, beliau lebih cenderung memilih pemimpin yang benar-benar membantu rakyat Malaysia dan bukannya memenuhi agenda tertentu.

“To me i will choose ppl who can help us as rakyat malaysia! Bukan memenuhi agenda tertentu aje! Kan?” jelasnya.

Hantaran Michael itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, dengan sebahagian netizen turut membincangkan kepentingan memastikan keyakinan rakyat terhadap kebebasan institusi kehakiman sentiasa dipelihara.

Sebelum ini, tular video anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mohamad Nazifuddin Najib, yang menyatakan kemenangan besar BN di Johor merupakan isyarat bahawa rakyat mahu bapanya diberikan pengampunan.

“Memang kita nak BN menang besar dan kalau menang besar, apa salahnya kalau Bossku diampunkan dan keluar (penjara).

“Tak ada salah, itu hak Tuanku Agong dan kalau Bossku keluar, ramai yang akan gembira dan ramai sokong Bossku untuk bersama rakyat,” katanya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shayang 5-7-2026 05:41 PM
Dah kenapa takut najib bebas?
Quote adm7 5-7-2026 06:39 PM
Memang kebanyakan ahli politik pandai mencipta persepsi, menabur janji-janji manis untuk mendapatkan undi mahupun menjatuhkan pihak lawan. Macai Yang tak cerdik sahaja akan terpedaya dan akan jadi tukang hasut.
Quote sarah_ary2 5-7-2026 06:40 PM
Mcm tipu jah apa kaitan najib dgn prn johor pembebasan najib x related pun dgn johor ni
Quote mizzmimi 5-7-2026 10:22 PM
masa bangnon keluar penjara dulu siapa menang PRU?
Quote alesandra 5-7-2026 10:40 PM
sarah_ary2 replied at 5-7-2026 06:40 PM
Mcm tipu jah apa kaitan najib dgn prn johor pembebasan najib x related pun dgn johor ni

ya Allah ...anak dia sendiri kot yg menceceh.....


[twitter]https://twitter.com/fmtoday/status/2072847289119645876[/twitter]
Quote alesandra 5-7-2026 10:42 PM
mizzmimi replied at 5-7-2026 10:22 PM
masa bangnon keluar penjara dulu siapa menang PRU?

so?ydpa perlu ampunkan najib sbb bn menang dun johor?
Quote mizzmimi 5-7-2026 11:01 PM
alesandra replied at 5-7-2026 10:42 PM
so?ydpa perlu ampunkan najib sbb bn menang dun johor?

bangnon pun tak perlu pengampunan ydpa masa 2018 but here we are..
Quote alesandra 5-7-2026 11:14 PM
Edited by alesandra at 5-7-2026 11:17 PM
mizzmimi replied at 5-7-2026 11:01 PM
bangnon pun tak perlu pengampunan ydpa masa 2018 but here we are..

ya Rabbi ... tak perlu??adakah otak  ko berfungsi dgn baik?anwar mmg dapat pengampunan ydpa.ye dia mmg spatutnya  dibebaskan probably 3-4 bulan selepas pru masa tu.tapi disbbkan pengampunan tu dia  dibebaskan lebih awal dan disbbkan pengampunan itu jugaklah sabitan kes dia dihapuskan dan dia dibolehkan bertanding kat PD.kalo tak dia kena tunggu beberapa tahun utk bertanding.bukan itu saje mmg ada  je pihak cabar pengampunan anwar kat mahkamah.tak perlu pengampunan...prfthhh
Quote cm_vungtau 6-7-2026 11:18 AM
Cina2 kat johor ni dah start datang meroyan dia dah. Apa dia nak ntah. Dap dah menang pun masih mental
Quote sleepandream 7-7-2026 02:43 AM
iols caya je... in fact parti apa pun menang iols percaya najib akan bebas sooner or later... tengok bekas2 presiden korea selatan, filipina, PM thailand, semua dapat pengampunan yach.. politik ni tak payahla beriyer hujung2 2x5 jah.. marina DAP tu pun kata orang kuat DAP sokong najib dibebaskan
Quote tagas 7-7-2026 11:04 AM
Shayang replied at 5-7-2026 05:41 PM
Dah kenapa takut najib bebas?

Lupa da kot

tsunami pru 2018 dedolu utk jatuh kan bijan n mak semah

korup wanemdibi
Quote tagas 7-7-2026 11:04 AM
Shayang replied at 5-7-2026 05:41 PM
Dah kenapa takut najib bebas?

Lupa da kot

tsunami pru 2018 dedolu utk jatuh kan bijan n mak semah

korup wanemdibi
Quote tagas 7-7-2026 11:04 AM
Shayang replied at 5-7-2026 05:41 PM
Dah kenapa takut najib bebas?

Lupa da kot

tsunami pru 2018 dedolu utk jatuh kan bijan n mak semah

korup wanemdibi
Quote cm_vungtau 7-7-2026 01:14 PM
Ala benda2 merapu ni selalu cina punya propaganda. Diorang kan suka takut2kan. Racist pun ye
Quote misszazaz 9-7-2026 12:16 PM
hhhrrrrmmmmm
Quote Kuin-Kepam 11-7-2026 01:41 AM
Edited by Kuin-Kepam at 11-7-2026 06:52 AM

[twitter]https://twitter.com/tjerealjoker/status/2072964248121348172?s=61[/twitter]


Quote pocongkiutss 11-7-2026 10:28 AM
cm_vungtau replied at 7-7-2026 01:14 PM
Ala benda2 merapu ni selalu cina punya propaganda. Diorang kan suka takut2kan. Racist pun ye

Kan chuols

Bukan ke kantoi theyols rupanya yg pasang banner bebas najib tu..jijik siaa
Quote jgfjhdjhg 12-7-2026 06:23 PM
Dah kantoi DAP sendiri yang pasang banner pasal bebas najib tu ..ni PRN bukan PRU
agenda tu tk terpakai pun..now BN menang besar
tak meroyan lak spesis tu ...keluar ke najib..tak kan hahah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2026 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.091059 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top