|
Pelakon Datin Nelydia Senrose dan suaminya, Datuk Mohd Hafez Halimi bakal menimang cahaya mata sulung lelaki.
Berita gembira itu dikongsikan dalam majlis pengumuman jantina yang diadakan pada Ahad lalu. Turut menjadi perhatian, Hafez turut menitipkan ucapan terima kasih buat Nelydia kerana menjadi isteri yang hebat sekaligus membuatkan pelakon itu sebak. “Tidak lama lagi, keluarga kecil kita akan bertukar daripada berdua menjadi bertiga. Kehidupan kita akan berubah dan kita akan memulakan fasa baru dalam hidup kita. “Sebelum mendedahkan kejutan pada hari ini, saya ingin berterima kasih kepada Nelydia kerana menjadi isteri yang hebat dan cantik,” katanya. Untuk rekod, Nelydia dan Hafez mendirikan rumah tangga pada April 2019. Nelydia mengumumkan berita kehamilannya pada April lalu sempena ulang tahun perkahwinan mereka ketujuh. |
prince_marhaen replied at 7-7-2026 07:30 AM
Tahniahhhh Nelyyy! Semoga dipermudahkan.
Meols love betul dengan dia ni sejak zaman drama Manjalara ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-7-2026 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.063672 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.