|
Usahawan dan ibu kepada selebriti popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini membuka peluang kepada mereka di luar Kuala Lumpur untuk menjadi ejen jualan nasi ayamnya.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Kartini berkata dia mencari ejen berikutan permintaan terhadap Nasi Ayam Mama Tini semakin tinggi. “Kepada sesiapa yang nak jadi ejen Nasi Ayam Mama Tini, boleh mesej saya. Kita nak ejen yang luar Kuala Lumpur. Sebab ramai sangat yang nak nasi ayam saya,” katanya. Sementara itu, Kartini turut menyebut beberapa negeri yang membuat permintaan tinggi untuk membeli Nasi Ayam Mama Tini dan mereka yang berminat unntuk menjadi ejen boleh menghantar mesej. “Kuantan, Seremban, Melaka, Johor dan Kelantan antara negeri yang banyak buat permintaan. Siapa-siapa nak jadi ejen, boleh saja mesej,” katanya. |

beatgirlX replied at 7-7-2026 01:05 PM
Rezeki masing² tapi yer ke ramaiiii sgt yg nak?
Hurmmm... Teringat kes2 air pisang, inai etc
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-7-2026 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.086785 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.