|
SEORANG pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai menikam rakan sekolahnya sebanyak 16 kali di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor, direman selama empat hari bermula Selasa bagi membantu siasatan.
Perintah reman sehingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok di Kuala Langat. Remaja terbabit tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.08 pagi dengan menaiki trak polis sebelum dibawa keluar kira-kira pukul 9 pagi menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV), jenis Perodua Aruz. Peguam Yayasan Bantuan Guaman (YBGK), S. Vijeswari Suppiah ketika ditemui pihak media memaklumkan anak guamnya merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) autisme. Pada Isnin, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun cedera selepas dipercayai ditikam sebanyak 16 kali menggunakan pisau oleh rakan sekolahnya di kantin ketika waktu rehat. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk paru-paru dan kini menerima rawatan di hospital.
|
hart_attack: boleh tolong tepek kad oku x?o ...
hart_attack replied at 7-7-2026 11:16 AM
boleh tolong tepek kad oku x?oku stakat ni yg iols kenal ibubapa x ngaku dan x de buat pun kad oku,o ...
BungaKencana replied at 7-7-2026 12:07 PM
palatao aku myb dkt skolah dibuli, balik rumah ngadu dkt mak bapak tp tak dilayan & kne herdik lg.. ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-7-2026 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.048398 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.