|
Pelakon Azar Azmi enggan mengulas mengenai kes mahkamah membabitkan suaminya, Mohd Apri Hazreen serta perlu menghormati proses perundangan yang sedang berjalan.
Memetik mStar Online, Azar pihaknya menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa dan mengambil pendekatan mengunci mulut. “Bab ini memang saya tak boleh nak sentuh langsung sebab kita serahkan sepenuhnya dekat pihak berkuasa. Itu atas pengurusan mereka sebab benda ini masih lagi berjalan,” katanya. Sementara itu, Azar turut menafikan dakwaan kononnya dia mengumpul duit untuk mengikat jamin suaminya kerana fokus utamanya kini adalah anak-anak. “Kenyataan mana tu? Tak, kenyataan itu Azar tak pernah keluarkan. Tak ada. Bukan saya. Salahlah tu. Sekarang ini Azar hanya fokus cari duit untuk uruskan anak-anak,” katanya. Sumber: mStar Online |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-7-2026 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.028059 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.