|
Pasti ramai tumpang gembira melihat momen pelakon Abby Abadi meluangkan masa bersama anaknya, pempengaruh media sosial Marissa Dania baru-baru ini. Turut menjadi perhatian, Marissa turut menghadiahkan ibunya seutas gelang emas dan Abby meluahkan rasa syukur rezeki anaknya dipermudahkan. “Terima Kasih Adik. Tangan Adik dah penuh dah sebab Adik magnet rezeki, rezeki Adik selalu murah. Ini Marissa Dania lalukan dekat Mama dia pula hihi. Terima kasih sayang . Muda-muda lagi Adik dah lalui pengalaman yang mendewasakan. Belajar dari pengalaman,” tulisnya. Sementara itu, Abby turut berkata dia sudah melakukan amalan memberikan hadiah emas buat anak-anaknya sejak kecil lagi serta meminta tidak membuat cerita sesuka hati. “Saja la share, saya ni memang suka nak belikan anak-anak ni je gelang rantai dari kecik. Semua anak-anak pun dapat kecuali anak lelaki. “Semua merasa, saya buat tajuk ni sebab ada yang buat cerita kata sebab dapat emas saya berbaik. Taklah, janganlah asal boleh je buat cerita. “Kata dramalah, burukkan anaklah. Saya tulis trauma tu sebab dah lama simpan, memang dari mereka dalam perut saya dah berjuang seorang diri,” tulisnya.
|
selipar_hijau replied at 13-7-2026 01:46 PM
kalau normiang kawin balik ngn ebi rasa-rasa setel tak semua masalah?

aciksenah replied at 13-7-2026 03:27 PM
Pisang akan berbuah dua kali..
sexy_taec replied at 13-7-2026 03:34 PM
Nak suruh mak diam, bagi la emas bawa g makan semua. nanti dah reda kau palau je mak tu. meroyan lag ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-8-2026 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.036310 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.