|
Pempengaruh media sosial, Dr Afifah kesal apabila ada segelintir pihak melabel dirinya sebagai ‘janda melaram’ selepas sah bercerai.
Memetik mStar Online, Dr Fie berkata kata-kata tersebut menyebabkan golongan berkenaan dikecam oleh netizen sebaliknya mereka hanya mahu teruskan kehidupan mencari rezeki buat anak-anak. “Gelaran itu sebenarnya satu tekanan. Bila orang nampak ibu tunggal suka berhias dan bersiap, ada saja yang cepat menghukum. Kami hanya nak teruskan kehidupan dan mencari rezeki untuk anak-anak, jadi perkara ini agak kurang selesa. “Kata-kata tersebut boleh menganggu urusan pekerjaan kita, lebih-lebih lagi bagi orang yang menjalankan perniagaan macam saya,” katanya. Dalam pada itu, Dr Fie dia terbuka hati untuk menerima orang baru namun tidak mahu individu dalam industri hiburan dan buat masa ini mahu beri fokus pada kerjaya. “Sementara belum ada yang melamar, saya akan berikan fokus sepenuhnya pada kerjaya. Kalau ada yang melamar nanti lain ceritalah. “Saya terbuka kalau ada yang datang, tapi kali ini saya tak mahu yang dalam industri hiburan. Pada usia sekarang saya cuma mahukan kehidupan yang tenang dan lelaki yang lebih matang,” katanya. Sumber: mStar Online
|


cm_vungtau replied at 14-7-2026 03:42 PM
Tak abih2 cerita pasal jantan la ko ni

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-8-2026 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.029872 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.