CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siapa yang bercerita, kalau bukan Memey kan – Abby Abadi

14-7-2026 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4369| Komen: 63

 


Pelakon Abby Abadi sekali lagi meluahkan amarah apabila seorang individu yang didakwa rakan baik kepada Memey Suhaiza mencampuri kemelut keluarga melibatkan dirinya sehingga mengundang pelbagai tanggapan dalam media sosial.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, menyifatkan individu terbabit tidak mengetahui perkara sebenar, namun tetap memberi pandangan dan mempertahankan pihak lain sehingga menyinggung perasaannya.

 

“Kawan baik Memey sibuk ‘update’ itu dan ini, akhirnya mengumpat juga di belakang. Baguslah tulis begini, senang saya jawab.

“Isunya sekarang, saya menuntut nafkah makan, minum dan tempat tinggal anak-anak yang tertunggak. Saya cuma mahukan keadilan kerana anak-anak sudah besar dan keperluan mereka semakin banyak.

“Kalau saya tidak bersuara, memang berkira sungguh dengan anak-anak. Cerita tentang bersalin dan beranak saya bangkitkan kerana mahu orang tahu dia memang berlaku zalim sejak dahulu lagi,” katanya dalam Instagram Story.

Dalam hantaran sama, pelakon drama Gerak Khas itu turut mempersoalkan mengapa hanya kisah kebaikan Memey diketengahkan sedangkan pelbagai perkara lain didakwa sengaja disembunyikan.

“Banyak lagi cerita belum habis. Awak cakap Memey baik, selalu belanja makan, pernah datang buat siaran langsung di pejabat, bawa anak-anak menginap di hotel. Itu sahaja?

“Kenapa tidak cerita pasal anak saya terpaksa letak beg di luar rumah? Kenapa tidak cerita pasal beg anak dipunggah dan kemudian diburukkan kepada orang lain? Itu semua tak mahu kongsi?,” soalnya.

Lebih membuatkan Abby terkilan apabila namanya dikaitkan dengan dakwaan mahu menyertai umrah menggunakan tiket kelas perniagaan, sedangkan perkara itu disifatkan sebagai fitnah.

“Saya tertarik bila kata saya hendak ikut umrah naik kelas perniagaan. Bila masa? Saya tak pernah minta. Siapa yang bercerita tu kalau bukan Memey kan.

“Awak ingat saya terhegeh-hegeh macam awak? Saya tak hadap pun semua itu. Tolong semak semula WhatsApp, dari mana datang cerita umrah dan kelas perniagaan tersebut.

“Mulut siapa yang bawak cerita ni? Kalau berani, datang cakap depan-depan. Awak siapa sebenarnya dan apa tujuan awak campur urusan saya?,” jelasnya.

Menerusi hantaran berasingan, ibu enam anak itu sekali lagi meluahkan rasa kesal terhadap individu terbabit yang disifatkan terlalu ghairah mempertahankan rakannya tanpa mengetahui keseluruhan cerita.

“Kawan terpaling nak membela. Seronoklah sebab selalu dibelanja. Dulu bukan macam itu pun. Belakang-belakang tetap mengumpat juga, jangan ingat tak ada orang sampaikan.

“Kalau dia layan baik anak Norman sekali pun, apa masalah awak? Bukan anak saya seorang sahaja.

“Kalau tak tahu cerita sebenar, lebih baik diam. Datang depan mata kalau berani,” tegasnya.

Terdahulu, media sosial kecoh selepas seorang individu dipercayai rakan kepada Memey memuat naik kenyataan mendakwa Abby mahu dilayan istimewa termasuk kononnya ingin menginap di hotel mewah, menyertai umrah dengan tiket kelas perniagaan serta sering mempersoalkan layanan diterima daripada orang sekeliling. 

Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 14-7-2026 11:48 AM
makan popcorn dulu
Quote siasia 14-7-2026 11:49 AM
Gaduh lagi gaduh lagi
Bosan drama kat tv tu ha. Ni real life drama lagi menarik. Memey sila jawab bagi lagi gaduhh
Quote cm_vungtau 14-7-2026 11:54 AM
Bagus, jangan simpan2 dah. Kasi ajar aje perempuan2 perangai low class camni
Quote misszazaz 14-7-2026 12:04 PM
sedia popcorn
Quote mrsLucky 14-7-2026 12:18 PM
krup krup krup makan popcorn, Memey berani ker cabar Abby
Quote Aribaariba 14-7-2026 12:27 PM
Suami yebbi pun, tlg la behind the soc media, didik n guide yebbi.
Quote anggeriklatifah 14-7-2026 12:35 PM
Aribaariba replied at 14-7-2026 12:27 PM
Suami yebbi pun, tlg la behind the soc media, didik n guide yebbi.

dia mengalakkan lagi bini dia meroyan lg adelahrsenya jai ni jenis yes mem
Quote mrsamz 14-7-2026 12:41 PM
bodohnya kawan si mek kalau betul la dia spill
Quote kucingitam 14-7-2026 12:55 PM
bising la dia ni..
Quote aciksenah 14-7-2026 01:12 PM
time mengata org tk ingat dunia, nk expect org diam je ke. dulu bila anak lari kena marah, p kat oman dia..awak jugak yg bising. Entah sebab tu orang dh takut nk bagi tumpang. perangai mcm ni sapa je berani nk dekat.
Quote hidet 14-7-2026 01:22 PM
letihhhhh la..diam boleh takkk
Quote sukacactus 14-7-2026 01:36 PM
Lagi, lagi, lagi!
We want more!!!
Quote NuansaBiru 14-7-2026 02:00 PM
Dia ginilah bakyah
Dulu, kau ingat tak bakyah, mulut kau sendiri yg cakap, masa budak2 tu kecik lagi, kau sanggup buat apaaaaa saja, asalkan anak2 kau happy
Tiap kali anak2 kau balik dr rumah mereka, anak2 kau happy sesangat
Kau ingat tak bakyah, sampai kau sanggup maafkan mereka, berbaik2 dgn mereka, walau hati kau sendiri masih remuk, asalkan anak2 kau punya kebahagiaan itu berterusan sampai bila2
So, sekarang ni kau rasa anak2 kau happyyyy sesangat ke dgn kau punya emotional outbursts ni, dah la kau yg meroyan sorang2, pihak sana diam tak berkutik, ke kebahagiaan anak2 kau dah tak penting skrg ni? Janji hati kau puas dapat bahasakan pihak sana
Quote likilu 14-7-2026 02:03 PM
Edited by likilu at 14-7-2026 02:07 PM

Dia igt netizen kisahke

Normanmemey pun dah lama ignore

Tgk dia nak amok sampai tahap mana, anak anak pun dah nyorok siap siap
Quote shizikato 14-7-2026 03:09 PM
NuansaBiru replied at 14-7-2026 02:00 PM
Dia ginilah bakyah
Dulu, kau ingat tak bakyah, mulut kau sendiri yg cakap, masa budak2 tu kecik lagi ...

kan...merentan je abby ni...org cuit dia sikit bukan main marah..tapi dia citer mcm2 pihak sana boleh pulak...biar la pihak snaa kaya ke bahagia ke..kita hidup ngn cara kita...bersederhana la dlm segala hal.
Quote KamikuP 14-7-2026 03:23 PM
Bakyah ni masih tak puas hati kat memek dan oman.. depan je baik belakang dendam kesumat gitohh..

Mujur le si oman dan memek buat donno je.. ekeke
Quote lyshafull 14-7-2026 03:36 PM
Huhuhu setakat cerita degr sebelah pihak x leh caya , tah2 dia pun dgr dari org .. org pun bukan leh percaya ,,, dh hang pi la tanya memey depan2 bawak sekali krew melodi … umpat mengumpat tu biasa la mcm la hang baik sgt x umpat org what the hell this drama …
Quote Shinichikudo 14-7-2026 03:45 PM
memey tu mmg perangai keji tp si bakyah ni x kurang kejinya jugak. ko kenapa la menunggang isu lama untuk kekal relevan ke bisnes kau tu? ko blh je ignore tapi sbb ko naik syeikh nerakazen tgh backup ko kan? melebih2 pulak nampak
Quote red_velvet 14-7-2026 04:00 PM
Kalo aku jadi anak2 abby pun aku lari pergi kat bapak bila mak meroyan tak abih2 gini.. Serabutttt..

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-8-2026 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.039586 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top