CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ajai setuju tiga kategori utama AJL dikembalikan, elak keliru konsep 'pop'

14-7-2026 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 461| Komen: 6



Penyanyi dan komposer, Ajai menyambut baik cadangan sesetengah pihak yang mahukan tiga kategori utama Anugerah Juara Lagu (AJL) iaitu Pop Rock, Irama Malaysia (sebelum ditukar kepada kategori Etnik Kreatif) dan Balada dikembalikan semula seperti penganjuran terdahulu.

Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas berkata, pengasingan kategori itu sebenarnya sangat bagus kerana ia mampu memberi kefahaman yang lebih tepat dan mendidik masyarakat mengenai erti sebenar konsep muzik.

"Bagi saya, itu satu cadangan yang bagus. Sebenarnya, pada zaman (ada kategori) itu, kita secara tidak langsung mendidik masyarakat mengenai erti sebenar muzik pop.

"Ini penting supaya orang ramai tidak keliru sama ada pop itu sebuah konsep atau genre asas. Tidak, pop itu sebenarnya bermaksud popular. Muzik jazz, irama Malaysia, balada, malah etnik juga boleh menjadi popular," katanya kepada Harian Metro. 

Menurutnya, perkataan 'pop' itu sendiri merujuk kepada nilai komersial dan aliran perdana (mainstream), bukannya sebuah genre konsep yang berdiri sendiri.

"Konsep sebenar sesebuah lagu itu bergantung kepada perkataan di hadapannya, contohnya seperti pop rock, pop etnik, atau pop balada.

"Jika dikembalikan, ia sangat bagus dan lebih tepat kerana kita tahu pembahagian kategorinya dengan jelas. Sepanjang lapan kali saya memenangi anugerah dahulu, semuanya adalah berdasarkan pembahagian kategori pop itu, sama ada pop rock atau pop balada," katanya.

Tambah Ajai, kewujudan semula kategori-kategori ini secara tidak langsung dapat mengangkat semula martabat pengkarya genre tertentu yang sedia ada di negara ini.

"Jadi kita akan tahu siapa 'Raja' atau 'Ratu' untuk genre etnik, genre pop, mahupun genre rock. Secara asasnya di Malaysia pada waktu itu, memang ketiga-tiga genre ini yang paling popular," katanya.

Ditanya mengenai kesesuaian format itu sekiranya mahu dilaksanakan mengikut peredaran zaman sekarang yang menyaksikan kepelbagaian genre seperti R&B, hip hop, dan reggae, Ajai menjelaskan perkara itu tidak menjadi masalah.

Katanya, lagu-lagu alternatif seperti itu boleh disekalikan di bawah satu payung kategori yang besar iaitu 'world music' yang juga sebahagian daripada muzik etnik.

"'World music' ini merangkumi apa-apa sahaja konsep muzik yang bukan secara spesifiknya berasal dari Malaysia. Jadi elemen hip hop mahupun reggae, semuanya boleh dimasukkan di bawah kategori etnik itu.

"Kalau ada orang mempertikaikan nanti terlalu banyak kategori jika dimasukkan reggae dan pop, jawapannya tidak. Ia tetap dikira sebagai muzik luar, bukannya nilai komersial asal Malaysia yang kebiasaannya didominasi oleh genre balada dan rock.

"Sebab itu kadang-kadang orang keliru, mereka ingat 'world music' ini wajib ada bunyi gendang. Tidak, bukan begitu.

"Asalkan ia mempunyai elemen etnik luar yang bezanya kita boleh dengar dan tahu ia bukan identiti muzik Malaysia yang biasa seperti reggae, samba, atau jazz, semuanya dikira sebagai 'world music' yang mewakili kategori etnik," ujarnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 14-7-2026 05:40 PM
Arwah Ahmad Nawab dari dulu dah suruh dikembalikan tapi dipandang sepi oleh TV3 suku..

"Cadangan Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab untuk mengembalikan kategori genre di Anugerah Juara Lagu (AJL) bertujuan memartabatkan semula karya muzik asli. Beliau berpendapat pengasingan kategori seperti Balada dan Pop Rock membolehkan lagu dinilai secara adil mengikut kesesuaian vokal dan melodi, lantas mengelakkan pertembungan genre yang terlalu berbeza"
Quote supernaturalee 15-7-2026 12:13 PM
ajai keliru....


salahkan ku, jangan salahkan ku


Quote ninja boy 15-7-2026 01:54 PM
Lama xde jojet2 zapin dan dangdut
Quote primarikey 15-7-2026 02:47 PM
Tgk gmbr dpn ingat kj
Quote sleepandream 15-7-2026 03:00 PM
berbelas tahun dulu iols dah cadangkan... haremm... sama lah jugak dengan AIM dengan kategori2 sampah lagu perpaduan apa kejimbet semua tu... ujung2 juri ambik yang masuk bertanding sekali... syok sendiri betul anugerah2 muzik kat malaysia skrg
Quote seri_mawr 15-7-2026 03:26 PM
dah lama x tgk AJL....

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-8-2026 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.028836 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top