CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mat Sabu imbau jadi buangan dua tahun di Kuala Pilah

14-7-2026 11:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 180| Komen: 4

 


KUALA PILAH – Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu mengimbau detik beliau menjadi tahanan politik dan dibuang daerah di Kuala Pilah selama dua tahun bermula 1984 sehingga 1986.

“Saya bila datang ke Kuala Pilah ini memang penuh dengan emosi. Walaupun dibuang daerah, satu hari pun saya tidak dipulangkan ke rumah.

“Ketika itu saya ada bertanya kepada Menteri Pendidikan (ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim) sama ada beliau boleh membantu membebaskan saya daripada hukuman buang daerah, tetapi dimaklumkan perkara itu di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Negeri Sembilan ke-16, di Dataran Melang, di sini, malam ini.

Menurutnya, walaupun berstatus tahanan politik dan dibuang daerah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau pernah diberi peluang menghadap Almarhum Tuanku Ja’afar.


Untuk rekod, Mohamad Sabu merupakan salah seorang daripada pemimpin Pas yang telah dua kali ditahan di bawah akta ISA semasa beliau menjadi aktivis Dewan Pemuda Pas Pusat.

Penahanan pertama berlaku pada tahun 1984 sehingga 1986 di atas tuduhan terlibat dalam gerakan pelampau. Beliau telah dibuang daerah ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan pergerakan terhad selama dua tahun.

Penahanan kali kedua berlaku pada tahun 1987 sehingga tahun 1989. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vender 15-7-2026 01:02 AM
Mcm mana ek dibuang daerah zaman ni?  Maknanya ada polis berkawal kat rumah dia ka?
Quote supernaturalee 15-7-2026 10:38 AM
vender replied at 15-7-2026 01:02 AM
Mcm mana ek dibuang daerah zaman ni?  Maknanya ada polis berkawal kat rumah dia ka?

Hak pesalah di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) adalah sangat terhad berbanding kes jenayah biasa kerana ia merupakan undang-undang pencegahan. Walau bagaimanapun, pesalah atau tahanan masih mempunyai beberapa hak asasi di bawah undang-undang.

Hak asasi tahanan POCA
  • Hak representasi: Pesalah berhak diwakili oleh peguam pilihan mereka sendiri semasa prosiding semakan.
  • Hak semakan: Pesalah boleh mengemukakan representasi bertulis kepada Lembaga Pencegahan Jenayah untuk menyemak semula perintah tahanan atau sekatan.
  • Hak habeas corpus: Tahanan boleh memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mencabar kesahan penahanan mereka jika terdapat salah laku prosedur.
  • Hak kebajikan: Tahanan yang dikenakan perintah buang daerah berhak mendapat kebebasan bergerak di dalam daerah yang ditetapkan untuk bekerja dan menyara diri.

Quote supernaturalee 15-7-2026 10:39 AM
vender replied at 15-7-2026 01:02 AM
Mcm mana ek dibuang daerah zaman ni?  Maknanya ada polis berkawal kat rumah dia ka?

Hukuman buang daerah di Malaysia merupakan langkah di bawah undang-undang pencegahan seperti Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) yang mengehadkan pergerakan individu ke lokasi tertentu, bukannya dipenjarakan. Pesalah diletakkan di bawah pengawasan polis, diwajibkan memakai peranti elektronik, dan tidak dibenarkan keluar dari daerah yang ditetapkan.
Quote vender 15-7-2026 10:54 AM
supernaturalee replied at 15-7-2026 10:39 AM
Hukuman buang daerah di Malaysia merupakan langkah di bawah undang-undang pencegahan seperti Akta  ...

oooo ada peranti elektronik. Mcm airtag yg pakai kat kucing tu lah ye.  Okey faham2. Thank you chuols

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.042796 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top