CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar nasihat DAP Melaka tangguh hasrat tarik diri - "“Kalau sebaiknya lah, walaupun ada dua, tiga perkara kita tak setuju"

14-7-2026 11:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 102| Komen: 0



PORT DICKSON – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan DAP Melaka untuk menangguhkan dulu hasrat keluar daripada kerajaan negeri, sebaliknya terus fokus kepada kerja di negeri berkenaan.

Anwar berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Menteri Pengangkutan yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Itu tadi saya bincang dengan Anthony Loke dan Ketua Menteri (Ab Rauf)… kalau boleh runding dulu supaya tangguh sekejap, supaya kita boleh buat kerja dengan soal (berkaitan) negeri sehingga pilihan raya.

“Kalau sebaiknya lah, walaupun ada dua, tiga perkara kita tak setuju, tak apa, sekarang ni kita banyak benda kita tak setuju sama-sama…takpa tapi dari segi dasar untuk petumbuhan ekonomi dan rakyat kita teruskan…jadi saya harap dia pertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Midport, Pelabuhan Kontena Pintar Berkuasa AI Pertama Malaysia di Pasir Panjang, di sini, hari ini.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.032603 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top