CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya ambil sebagai pembakar semangat“ - Imranul Effendy terima kritikan peminat

15-7-2026 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 445| Komen: 6

 



SEBAGAI seorang pelakon baharu, Imranul Effendy tidak dapat lari daripada kritikan segelintir pihak yang mempersoalkan kualiti lakonannya dalam drama.

Berlapang dada menerima komen, Imranul, 27, juga menganggap ia sebagai satu pengajaran untuk dia terus memperbaiki diri ketika menerima tawaran watak berbeza.

"Saya akan baca komen, namun tidak terlalu berfikir tentang perkara itu. Bukan semua komen itu akan berlarutan. Saya tak anggap komen-komen itu boleh rosakkan emosi dan ganggu prestasi kerja.

"Saya ambil setiap komen dan kecaman sebagai pemberi semangat. Mata orang berbeza, mungkin ada perkara yang saya tak nampak. Jadi ia menjadi rujukan buat saya memperbaiki mutu lakonan," katanya.

Imranul ditemui ketika majlis pelancaran drama vertikal terbaharu lakonannya berjudul BRU: Masin & Manis.

Serius untuk terus berlakon, Imranul juga mengambil inisiatif mengikuti kelas bersama aktor Zul Huzaimy selain menonton semula lakonannya dalam drama sebelum ini.

 
"Mestilah saya akan tonton drama sendiri. Kalau tak tonton, bagaimana untuk perbaiki lakonan?

"Saya juga ada ambil kelas lakonan. Selain itu, saya akan bertanya pandangan orang sekeliling," jelasnya.


 


Bercakap tentang drama BRU: Masin & Manis, Imranul memegang watak Mohsin iaitu seorang barista yang juga berdepan masalah kebimbangan.

Demi mendalami watak tersebut, Imranul mendekati seorang kenalan yang mengalami masalah seperti itu untuk dijadikan rujukan.

"Saya lihat kawan saya itu, perhati apa yang dia fikir dan tengok apa yang boleh menyebabkan dia diserang anxiety (kebimbangan). Saya tak pernah alami masalah itu, jadi saya belajar daripada pengalaman orang lain," kongsinya.

Drama 45 episod berdurasi dua hingga tiga minit ini mula ditayangkan pada 22 Julai 2026 di aplikasi Tonton.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 15-7-2026 11:34 AM
sblum ada yg tya whoareyus
meh bgtau
dia ni yg dlm VC lagu raya Aisha Retno tu
dh nak jg pelakon plk
katanya adik Norreen yg baru bkk tudung tu?
Quote KBW2 15-7-2026 01:58 PM
chandrahusin replied at 15-7-2026 11:34 AM
sblum ada yg tya whoareyus
meh bgtau
dia ni yg dlm VC lagu raya Aisha Retno tu

Ditanya hubungan akrabnya dengan Norreen pula, kata Imranul, dia sudah menganggap pelakon itu seperti kakaknya sendiri.



Quote sukacactus 15-7-2026 02:06 PM
chandrahusin replied at 15-7-2026 11:34 AM
sblum ada yg tya whoareyus
meh bgtau
dia ni yg dlm VC lagu raya Aisha Retno tu

Mcm kak angkat gitu
Masa br nak bertapak di KL dl, dia menumpang umah Noreen
Quote KamikuP 15-7-2026 03:08 PM
Bukan adik kandung Norreen cuolls, si Imran ni dikutip oleh Norreen jadik adik angkat dan duduk serumah sbb dua2 nak buat konten katanya.. adakah sbb tu si Norren yg pernah makan vavi ni kene cerai? ekekeke
Quote chandrahusin 15-7-2026 03:48 PM
oo okay faham
bukan adik kandung
thanks chuols
Quote TomyamPuteh 15-7-2026 07:26 PM

Kayuuuuuuuuu.Dlm drama Luka di hujung setia tu sebijik cam pinang sebatang.Muka xde expressi langsung

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-8-2026 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.040127 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top