CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Genius! Ara, Anak Aziz M. Osman Masuk Universiti Pada Usia 15 Tahun, Misi Kejar Impian Jadi Pakar Bedah Otak Bermula!

15-7-2026 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3911| Komen: 54

 


Impian menjadi seorang pakar bedah otak membawa Ara Aziz melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila melangkah ke universiti pada usia hanya 15 tahun.

Anak kepada pengarah terkenal Aziz M. Osman dan Puteri Lily Lokman itu, kini memulakan perjalanan baharu dalam dunia akademik demi merealisasikan cita-citanya dalam bidang perubatan.

 


BERCITA-CITA MENJADI PAKAR BEDAH OTAK, ARA AZIZ MELANGKAH KE UNIVERSITI PADA USIA 15 TAHUN

Selepas menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) tahun lalu, pemilik nama Puteri Nur Azzahra itu secara rasmi menyambung pengajian peringkat asasi di Manipal University College Malaysia.

Ara Aziz kongsi detik bersejarah jejak kaki ke kampus

Menerusi perkongsian di media sosial, Ara Aziz meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang memulakan kehidupan sebagai pelajar universiti pada usia yang jauh lebih muda.

Menurutnya, detik tersebut menjadi kenangan penuh emosi yang akan sentiasa diingati sepanjang hidup.

“Hari penuh emosi (sentimental) yang takkan pernah saya lupakan. Melangkah masuk ke @manipalucmsia sebagai salah seorang pelajar termuda adalah sesuatu yang mengujakan sekali gus merendah diri.

“Setiap perjalanan yang hebat bermula dengan satu langkah, dan hari ini, perjalanan saya bermula,” tulisnya.

Perkongsian itu dihujani ucapan tahniah daripada warga maya yang kagum melihat kejayaannya melanjutkan pengajian pada usia yang masih muda.


  


Cita-cita jadi pakar bedah otak bermula sejak kecil

Ketika dihubungi SinarPlus, ibu Ara iaitu Puteri Lily Lokman mengesahkan anaknya kini mengikuti pengajian peringkat asasi sebelum meneruskan pengajian dalam bidang perubatan.

Menurutnya, Ara memang meminati subjek sains sejak kecil dan sering menyatakan hasrat untuk mendalami bidang neurologi.

Bagaimanapun, Puteri Lily menasihatkan anaknya supaya memberi ruang untuk meneroka pelbagai cabang ilmu terlebih dahulu sebelum menentukan pengkhususan yang benar-benar diminati.

Lebih menarik, Puteri Lily berkongsi bahawa minat Ara untuk menjadi pakar bedah otak lahir daripada rasa ingin tahunya terhadap cara manusia berfikir.

“Apa pun, saya ingin berkongsi sesuatu tentang Ara. Sejak kecil lagi, dia bukanlah seorang yang suka menilai orang lain.

“Sekiranya dia melihat tingkah laku seseorang, dia akan bertanya, ‘Bagaimanakah otak orang itu boleh berfikir sedemikian? Apakah yang membuatkan setiap otak manusia berfikir secara berbeza?

“Disebabkan itulah dia sememangnya bercita-cita untuk menjadi pakar bedah otak. Katanya, ciptaan ALLAH ini sangat menarik; bentuk otak adalah sama, tetapi bagaimanakah corak pemikiran boleh berbeza-beza?” kongsi Puteri Lily.

 


Pesanan ibu agar terus bangkit mengejar impian

Menjelang ulang tahun kelahirannya yang ke-15 pada 31 Ogos nanti, Puteri Lily turut menitipkan pesanan agar Ara tidak mudah berputus asa walau berdepan pelbagai cabaran sepanjang perjalanan menuntut ilmu.

Menurutnya, kejayaan bukan bermaksud seseorang tidak pernah gagal, sebaliknya kemampuan untuk terus bangkit setiap kali diuji.

Puteri Lily juga berharap anak gadisnya tidak terlalu mengejar kesempurnaan, sebaliknya sentiasa berusaha menjadi versi terbaik dirinya kerana keluarga akan sentiasa memberikan sokongan.

Ara merupakan cahaya mata hasil perkahwinan penerbit Puteri Lily Lokman dan bekas suaminya, pengarah terkenal Aziz M. Osman. Ara juga memiliki seorang adik lelaki bernama Putera Muhamad Aryan.

Kisah Ara Aziz membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk mengejar impian. Dengan semangat, disiplin dan minat mendalam terhadap dunia sains, langkah awalnya ke universiti menjadi permulaan kepada cita-cita besar untuk bergelar pakar bedah otak suatu hari nanti.

Sumber: Instagram @araaziz / Sinar Plus / Sirap Limau

FT Image: Ara Aziz

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seibei 15-7-2026 01:59 PM
eh aziz m. osman bercerai ke? ingt masih hasben wife.
btw, TAHNIAH ARA!!!
Quote lasagna 15-7-2026 02:07 PM
dulu suka tgk Ara masa kecik2 kat utube speaking english tutorial make-up make-up.. tak sangka dah besar dah sheol.. tak sia-sia undur diri TTMM s1 dulu, mmg cerdik bdk ni. fly high Ara!
Quote lasagna 15-7-2026 02:10 PM
seibei replied at 15-7-2026 01:59 PM
eh aziz m. osman bercerai ke? ingt masih hasben wife.
btw, TAHNIAH ARA!!!

ehhhh lama dah rsenya dah 2-3 taon..
tp tak brapa highlight citenya.
serai cara baik.
Quote silance 15-7-2026 03:02 PM
Tahniah. Semoga tercapai semua impian dan berjasa pada negara.

Kita mahu baca/dengar lebih banyak berita begini.
Quote rayna_raynes 15-7-2026 05:27 PM
Bestnya Ara bijak! Patutlah dia tarik diri masa TTMM hari tu, nak amik IGCSE rupanya
Quote supernaturalee 15-7-2026 06:50 PM
sheldon lagi muda masa masuk U, 11






tahniah2

ikut jejak langkah kecemerlangan dlm medic field mcm doktor amalina
Quote arnabpurplee 16-7-2026 03:45 AM
bagusss chase the knowledge!!
Quote Aribaariba 16-7-2026 04:05 AM
Hebat this Ara Aziz, genius.moga jd bermanfaat pada manusia lain ..
Ada Ara lain versi tua tak berenti kejar jantan desperate nk kawen. Ada Ara lagi muda tertonggek2 goyang bontot kat tiktok
Quote lasagna 16-7-2026 08:16 AM
supernaturalee replied at 15-7-2026 06:50 PM
sheldon lagi muda masa masuk U, 11

hahahahaaha sheldon tu cite series jer..
tak exist pun in real life..
Quote supernaturalee 16-7-2026 08:28 AM
lasagna replied at 16-7-2026 08:16 AM
hahahahaaha sheldon tu cite series jer..
tak exist pun in real life..





Quote vender 16-7-2026 09:09 AM
Bagus ara.  Actually umur 15 ni la the best age to enter uni. Ambil terus pengkhususan.  Sbb umur 18 gatal nak kawen dah.  
Quote vender 16-7-2026 09:10 AM
Aribaariba replied at 16-7-2026 04:05 AM
Hebat this Ara Aziz, genius.moga jd bermanfaat pada manusia lain ..
Ada Ara lain versi tua tak beren ...

Yg tu ara damansara chuols.  Dia target nk jadi datin ara.  
Quote Lampuled 16-7-2026 10:05 AM
Bijak anaknya. Sorang ni je ke anaknya?
Parent takde buat sharing tips parenting?
Quote jalfa 16-7-2026 10:25 AM
Aribaariba replied at 16-7-2026 04:05 AM
Hebat this Ara Aziz, genius.moga jd bermanfaat pada manusia lain ..
Ada Ara lain versi tua tak beren ...

Adoiiiii laaaa...araa tua dah capai impian nak jadi cinderbella
Quote Nenolen 16-7-2026 11:35 AM
Alhamdulillah tahniah Ara
Quote ledigugu 16-7-2026 12:00 PM
Edited by ledigugu at 16-7-2026 12:02 PM

Congrats Ara! Fly high! Maybe boleh study jugak kenapa certain people yg dah ada education tertinggi opt for being low grade influenzer (and a bad one, dah la low grade )sedangkan dah boleh je kerja elok masuk eduline being a proper educator
Quote HoneyManjer 16-7-2026 12:56 PM
aku umur 15 masih berhingus berlemoih struggle nak amek PMR hahaha...

tahniah!! dan tahniah juga kepada mak ayah yang sapok impian anak2!
Quote Lampuled 16-7-2026 01:46 PM
La baru sedar parents dia dh cerai rupanya.
Quote arffa 16-7-2026 02:29 PM
seibei replied at 15-7-2026 01:59 PM
eh aziz m. osman bercerai ke? ingt masih hasben wife.
btw, TAHNIAH ARA!!!

x wife pun dah kawen baru

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-8-2026 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.042821 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top