CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad nafi laporan dakwa ada hubungan dengan Mossad

15-7-2026 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 115| Komen: 1

 



ISTANBUL: Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, menafikan laporan The New York Times yang mendakwa agensi perisikan Israel, Mossad, cuba merekrut beliau serta mendakwa beliau kini dikenakan tahanan rumah, sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai 'sama sekali tidak benar', lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan, pejabat Ahmadinejad menuduh akhbar itu menerbitkan laporan yang direka-reka bagi mengelirukan pendapat umum dan mencetuskan perpecahan dalam Iran.

Pejabat itu turut menafikan Ahmadinejad dikenakan tahanan rumah, sambil menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai rekaan bagi menyokong apa yang disifatkannya sebagai dakwaan 'tidak masuk akal' yang dibuat akhbar itu.

"Kami menolak sama sekali semua dakwaan yang langsung tidak benar seperti yang disebarkan oleh The New York Times," menurut kenyataan itu.

The New York Times pada Isnin melaporkan bahawa Mossad sejak beberapa tahun kebelakangan ini cuba memujuk Ahmadinejad supaya bekerjasama dengan Israel serta melihat beliau sebagai calon berpotensi untuk menerajui Iran.

Laporan itu turut mendakwa bekas presiden berkenaan kini dikenakan tahanan rumah.

Laporan itu mendakwa rancangan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha lebih meluas Israel untuk menukar rejim di Iran susulan serangan awalnya yang menyasarkan pemimpin kanan negara itu.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menurut pegawai Amerika Syarikat (AS), Israel secara rahsia membiayai perbelanjaan kediaman dan perjalanan Ahmadinejad, manakala ejen Israel beberapa kali bertemu beliau di luar negara, termasuk ketika lawatannya ke Budapest," menurut laporan itu.

Akhbar itu mendakwa usaha berkenaan memuncak pada penghujung Februari, ketika hari-hari awal konflik AS-Israel dengan Iran, apabila perisikan Israel didakwa cuba membawa keluar Ahmadinejad dari Tehran sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menjatuhkan kerajaan Iran dan melantiknya sebagai pemimpin negara itu.

Menurut laporan itu, satu serangan udara Israel pada 28 Februari menyasarkan kompleks kediaman Ahmadinejad, memusnahkan sebuah bangunan yang digunakan oleh pengawal peribadinya serta kenderaan berperisai miliknya.

Empat pegawai kanan Iran mendakwa sebuah Peugeot berwarna hitam tiba selepas serangan itu, membawa bekas presiden berkenaan ke sebuah rumah selamat rahsia di Iran.

Memetik pegawai AS dan Iran yang mengetahui operasi itu, akhbar berkenaan mendakwa kenderaan itu dipandu oleh ejen Mossad.

Minggu lalu, Ahmadinejad, yang berkhidmat sebagai Presiden Iran dari 2005 hingga 2013, menghadiri upacara pengebumian Almarhum Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei dalam penampilan awam pertamanya sejak perang AS-Israel terhadap Iran.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 15-7-2026 01:30 PM
Faisal Tehrani tersenyum sinis

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-8-2026 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.028261 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top