|
KAKAK kepada penyanyi Aina Abdul yang juga seorang guru, berkongsi mengenai kemurahan hati adiknya membelanja makanan kepada para pelajarnya.
Menerusi satu hantaran di TikTok, kakaknya yang dikenali sebagai Sazlina berkongsi detik apabila Aina secara tiba-tiba menghubunginya untuk menghantar makanan kepada pelajar Tingkatan Lima yang mengikuti kelasnya. Menurut Sazlina, pelajar-pelajarnya begitu teruja sebaik sahaja makanan dan minuman yang dikirim Aina tiba. Malah, mereka terus menjamu selera sebelum menghadiri kelas tambahan pada sebelah petang. “Adik saya kirimkan mesej 10 minit sebelum kelas Matematik Tambahan tingkatan lima. Selepas 30 minit dia (Aina) telefon untuk ambil makanan di bawah. “Menjerit budak-budak (pelajar) ni. Sampai saja makanan dan minuman terus makan, maklum saja selepas 2.45 petang mereka ada kelas tambahan,” katanya. Dalam pada itu, Sazlina turut menzahirkan penghargaan atas kemurahan hati adiknya yang tidak pernah berkira untuk berkongsi rezeki. “Terima kasih kepada individu paling baik hati yang pernah saya kenal, Aina. “Semoga dipermudahkan urusan dan bertambah rezeki adik saya daripada pelbagai arah,” ujarnya.
Dalam hantaran sama, Sazlina turut berkongsi paparan perbualan WhatsApp antara dia dan Aina yang menunjukkan hasrat penyanyi itu untuk belanja makan. Malah, Aina turut memesan sebanyak 20 bungkus makanan dan minuman untuk diagihkan kepada semua pelajar. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata tersentuh dengan keprihatinan penyanyi lagu Puas Sudah itu yang tidak lokek berkongsi rezeki. “Allah sebaknya, baiknya hati Aina. “Terima kasih Aina dan cikgu Sazlina. Semoga Allah merahmati kalian dan moga berjaya untuk Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) nanti,” tulis netizen. |
KamikuP replied at 15-7-2026 03:49 PM
Kepci ke tu apsal lain beno ayamnya?
AuntyZaza replied at 15-7-2026 04:03 PM
Rasanya 4fingers
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-8-2026 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.035616 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.