CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ini sekadar hiburan“ - Nabil Ahmad minta penonton tidak hukum pengacaraannya

15-7-2026 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 697| Komen: 4

 



KECOH di platform Threads apabila rata-rata penonton Big Stage X Rocketfuel meluahkan rasa kurang senang terhadap gurauan yang dibuat pengacara Nabil Ahmad terhadap salah seorang peserta program berkenaan iaitu Sabrina.

Mengulas mengenai perkara itu, Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 43, berkata setiap perkara yang berlaku sepanjang program berkenaan adalah sebahagian daripada perancangan produksi dan tidak mempunyai kaitan dengan hal peribadi.

"Bagi saya, semua kena belajar terima yang ini sekadar hiburan. Tak payah nak ambil serius sangat.

"Saya pun ada kerja yang saya kena buat. Memang pihak produksi setuju dan saya pun setuju. Semua itu ada dalam persembahan. Apa yang saya buat dalam persembahan tak ada kena-mengena dengan hal peribadi," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nabil berkata dia sendiri tidak mengetahui mengenai kecaman yang tular kerana bukan pengguna platform Threads.

Malah, dia memilih untuk tidak memuat turun aplikasi berkenaan kerana menganggap ia dipenuhi dengan komen negatif yang boleh menjejaskan kesihatan mental.

"Saya syukur sangat saya tak ada Threads. Saya tak ambil tahu sebab saya nak jaga mental health saya. Saya hanya buat kerja saya saja.

"Selagi pihak produksi bagi peluang dekat saya, saya bersyukur masih ada peluang untuk terus bekerja dalam industri," kongsinya.

Nabil berkata dia juga memilih untuk tidak menghiraukan komen negatif netizen dan percaya setiap publisiti yang diterima mempunyai hikmah tersendiri.

"Dari dulu lagi saya selalu cakap, any publicity is good publicity. Ia sebahagian daripada persembahan dan kerjaya.

"Threads itu memang tempat orang main-main. Orang jual goreng pisang pun kena kecam. Jadi bagi saya, apa yang ada dekat situ tak penting.

"Yang penting ialah rancangan sebenar, persembahan secara langsung dan peserta-peserta yang saya bersama mereka sejak sesi latihan," ujarnya.

Ditanya sama ada dia sempat bertemu Sabrina selepas tamat siaran langsung, Nabil berkata perkara itu tidak berlaku kerana masing-masing mempunyai komitmen sebaik program berakhir.

"Mana nak jumpa? Tak jumpa. Mereka terus dibawa ke tempat lain. Saya pula lepas habis rancangan terus balik sebab esok pagi ada siaran radio," luahnya.

Sebelum ini, gurauan Nabil mengundang kritikan netizen yang mendakwa dia sengaja memalukan dan menjatuhkan semangat Sabrina ketika sesi penyingkiran Big Stage X Rocketfuel.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 15-7-2026 03:16 PM
iols layan episod first big stage... bosan noks.. tapi part nyanyian tu better la dari yang masuk TTMM haritu
Quote kashaz 15-7-2026 09:29 PM
Edited by kashaz at 15-7-2026 10:35 PM

Selagi laku, mmg la kata gitu.
Cuba kalau tak laku. Mahu meratib kat Threads.

Mmg dia tak best sebagai host, walaupun untuk hiburan. Baper kali kena kecam dah pun kan.

Senang cakap, mmg jenis ikut produksi utk bagi bad marketing untuk naikkan ratings.
Quote prince_marhaen 16-7-2026 08:37 AM
duit punya pasal kan... production suruh buat apa pun buat je.. tak fikir halal haram adab budaya lagi dah..
cukup tabung gi haji....and repeat..
Quote BungaKencana 16-7-2026 09:34 AM
Messi ank FIFA Nabil ank Astro

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-8-2026 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.036867 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top