CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Minta maaf ya" - Hanya ini jawab Harith Iskander selepas disaman Rosmah Mansor

15-7-2026 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1633| Komen: 20

 



PELAWAK dan pelakon Harith Iskander memilih untuk tidak memberi komen panjang berhubung kes saman melibatkan dirinya yang difailkan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menjawab secara ringkas, Harith, 60, memohon maaf kerana tidak boleh memberi sebarang ulasan memandangkan kes berkenaan masih dalam proses mahkamah.

"Oleh kerana kes ini sedang dalam proses mahkamah, saya tidak dapat memberi sebarang komen buat masa ini.


"Minta maaf ya," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan Rosmah memfailkan tuntutan saman pada 9 Jun, mendakwa Harith menghina rupa paras dan fizikalnya dalam salah satu persembahan komedi Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour di Melaka pada Januari lalu.

Menurut Rosmah, Harith sengaja mencemarkan reputasinya menerusi paparan visual yang memaparkan imej makhluk halus sebelum gambarnya ditayangkan.

Rosmah mendakwa, sebelum berbuat demikian, Harith Iskander memberitahu penonton bahawa seseorang yang melihat cermin pandang belakang ketika memandu di jalan yang gelap akan 'melihat sesuatu yang menakutkan'.

Menurut Rosmah, ia sekali gus jelas menggambarkan dirinya sebagai sesuatu yang menakutkan dan mengaitkan plaintif dengan makhluk halus.

Sehubungan itu, Rosmah menuntut Harith membuat permohonan maaf tanpa syarat selain ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Sementara itu, Harith dalam pernyataan pembelaannya menafikan persembahan tersebut dilakukan dengan niat jahat atau berunsur fitnah.

Menurut Harith, saman yang difailkan Rosmah banyak bergantung kepada dua klip video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @mayychan0303, sedangkan rakaman itu tidak menggambarkan keseluruhan persembahan yang berlangsung selama kira-kira 90 minit.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 16-7-2026 08:59 AM
Tak kisahlah buruk mana pon orang tu, jgn body shaming org lebih2, tambah2 bila u are a public figure. Dia ada mengata ko dkt mana2 ke gemok buncit? Maybe pasal tu la bini ko pon minta cerai
Quote apedehal 16-7-2026 10:12 AM
Harap cikmah menang saman...sikandar ni bukan lawak pun
Quote jalfa 16-7-2026 10:22 AM
Itu jela lawak ko ulang ulang ..masalahnya ko herlok ke nokss.....ko ponnnn..malas aku nak cakap
Quote cm_vungtau 16-7-2026 12:42 PM
Muka kau pun muka mintak kaki, lagi nak mengata muka orang. Bodoh betul. Orang tu dah tua la, jadahnya mengata muka orang tua. Biasalah tu orang tua kerepot. Kau tu muda2 botak boroi pasal apa?
Quote nadie90 16-7-2026 01:22 PM
Sendiri mintak tutup periuk nasi

Ada sapa tlg backup x kli ni?
Quote TomyamPuteh 16-7-2026 01:49 PM
Si botak ni pon spesies Imran Bard jugak la ni.Gitu je mintak maaf.
Quote akuMNdia 16-7-2026 02:07 PM
TomyamPuteh replied at 16-7-2026 01:49 PM
Si botak ni pon spesies Imran Bard jugak la ni.Gitu je mintak maaf.

relax la.. cuba baca artikel tu betul2.. yg dia mintak maaf tu kat reporter sbb dia tak nak bagi apa2 komen/statement.


Quote Melanie91 16-7-2026 04:29 PM
I masuk sini sbb nak baca psl kes ni. Tapi takde apa sgt. Si botak ni, dulu konon2 berjuang sgt psl buli. Sbb anak dia kena buli. Tp dia boleh cari makan dgn cara membuli org lain? Cuba tgk muka dia, letak side by side. Tak de beza pun dia dgn kakmah. Dgn pendek+gemuk. Ko mengata fizikal org mcm ko perfect sgt.
Quote Purestteam1 16-7-2026 05:02 PM
try hard buat lawak tapi x lawak pun... elok la tu
Quote samssi 17-7-2026 03:07 PM
aku tak suke dia ni ok! dahla liberal bila bab islam.
apa pun body shaming tetap salah. kau menghina ciptaan Allah ko rasa tenang ke?
eeee i dont like him
Quote samssi 17-7-2026 03:08 PM
aku tak suke dia ni ok! dahla liberal bila bab islam.
apa pun body shaming tetap salah. kau menghina ciptaan Allah ko rasa tenang ke?
eeee i dont like him
Quote EncikRhoma 18-7-2026 08:08 PM
aku ni bukannya fan kak mah tapi aku setuju je harith ni disaman. Biar dia tinggal spender je. Menyampah aku dgn dia
Quote kikiharris 19-7-2026 03:32 AM
Dia ni mmg annoying af
Dengan kelakar yg tak menjadi tu.
Eloklah kena Saman sampai jatuh miskin. Mungkin itu je cara nak ajar si retard ni.
Quote bambimo 19-7-2026 08:15 AM
sama gak irl rakyat marhaen..kdng bila org ttiba gain weight ke dr jauh dh dtg kata waahh kak aku ingt sapa yg tembam ni.. dia kata kat org dia pun jalan pun xOK sbb nk carry badan..bila org yang di kata tu dh manage kurus...jumpa senyap plak..walhal dia masih cmtu gak
Quote Zeatyisaac 19-7-2026 10:12 AM
kikiharris replied at 19-7-2026 03:32 AM
Dia ni mmg annoying af
Dengan kelakar yg tak menjadi tu.
Eloklah kena Saman sampai jatuh miskin. Mun ...

Sedangkan Rasulullah S. A. W pun dia sanggup persendakan, apatah manusia lain. Allahuakbar. Memang tak berakal dia ni.
Quote orkid_amani 19-7-2026 10:18 AM
Masa jadi pengacara dulu nampak la berilmiah HI ni..dah jadi pelawak terus nampak bodoh & hodoh.. lawak body shaming tu zaman budak2 sekolah rendah ja kot ngata ngejek kawan yg kita xsuka..cari la lawak yg betul2  lawak bukan menghina org
Quote L.U.S.M 19-7-2026 08:32 PM
TomyamPuteh replied at 16-7-2026 01:49 PM
Si botak ni pon spesies Imran Bard jugak la ni.Gitu je mintak maaf.

IB tu dgn mulut besar skrg ni sakan jln merata yeee
Quote SANKURIANG 19-7-2026 09:54 PM
Ni peringatan juga pada sorang lagi pelawak yg disayangi Astro tu. Ingat body shaming tu buli, kau sesuka hati ejek orang, sekali orang tu saman …londeh semua.
Quote ezacbee 19-7-2026 11:08 PM
Saman je botak ni.. Sokong acik rosmah.

Tiberrrr

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-8-2026 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.046875 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top