CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PEKIDA Kuantan nafi terlibat lindungi warga asing

17-7-2026 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 217| Komen: 2

 



KUANTAN – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Kuantan menafikan dakwaan terlibat melindungi warga asing di daerah ini.

Katanya, sebarang kenyataan yang mengaitkan PEKIDA dengan aktiviti tersebut adalah tidak benar dan tidak mewakili pendirian pertubuhan berkenaan.

“Kenyataan rasmi dibuat merujuk kepada beberapa kenyataan yang tular di media sosial mendakwa kononnya penempatan warga Rohingya di Medan Warisan, Kuantan dilindungi oleh ‘ayahanda’ serta mengaitkannya dengan PEKIDA.

“PEKIDA sama sekali tidak terlibat dalam melindungi mana-mana warga asing, sama ada Rohingya atau mana-mana penempatan warga asing di mana-mana lokasi,” katanya menerusi kenyataan di laman rasmi PEKIDA Kuantan di Facebook.

Tegasnya, PEKIDA sentiasa menjunjung Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta menghormati segala tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Justeru, katanya, pertubuhan itu tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat mana-mana individu yang menyalahgunakan nama PEKIDA atau mendakwa bertindak bagi pihak PEKIDA untuk melindungi warga asing atau melakukan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Kami juga menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung salah laku mana-mana individu yang mengaku sebagai ahli PEKIDA atau menyalahgunakan nama pertubuhan supaya menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak pengurusan PEKIDA dan juga pihak berkuasa untuk siasatan serta tindakan mengikut lunas undang-undang,” katanya lagi. 


Sumber – MalaysiaGazette
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 18-7-2026 09:50 AM
apa function pukida ni eh... selain dari ahli-ahli nampak kepam, dengan rambut semua sepesen je, baju nak rugged2, pakai gelang cincin rantai semua.. dengan ada yang kuku macam nak korek jubo babi.. yang tau tiap2 taun ada jamuan sembah2 salam cium tangan ketua... apooooo
Quote Purestteam1 18-7-2026 04:26 PM
baju net spider + naga

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-8-2026 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.024998 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top