CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

78 etnik Rohingya diluluskan status pelarian bawah program DPP - KDN

17-7-2026 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 242| Komen: 4

 



KUALA LUMPUR: Sebanyak 78 warga asing telah diluluskan status pelarian mereka di bawah program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) setakat Jun lepas, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini memaklumkan, kumpulan itu sebahagian daripada 128 tahanan warganegara Myanmar (etnik Rohingya) yang dipindahkan ke Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka (PPKPPS) di Bidor, Perak untuk proses penentuan status.

Menurut kementerian, program DPP yang bermula pada 1 Jan 2026 bertujuan menguruskan pendaftaran maklumat biometrik, tapisan keselamatan, serta proses penentuan dan pengesahan status migran yang memohon perlindungan sementara di negara ini.

"Fasa pertama program ini memberi tumpuan kepada tahanan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di seluruh Semenanjung Malaysia dengan jumlah keseluruhan 4,010 orang telah didatakan.

"Jumlah itu merangkumi 4,008 warganegara Myanmar serta masing-masing seorang warganegara Sudan dan Syria," katanya bagi menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) mengenai status pelaksanaan DPP dan perlindungan hak asasi pencari suaka.

KDN memaklumkan Fasa 2 Program DPP melibatkan pendaftaran pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan yang mengaku sebagai pelarian di luar DTI dirancang bermula pada separuh kedua tahun 2026.

"KDN menyasarkan proses pendaftaran ke atas golongan ini diselesaikan sepenuhnya pada 31 Disember 2029," menurut kementerian. 

KDN menjelaskan pemegang DPP yang sah boleh dipertimbangkan untuk akses kepada bantuan dan perkhidmatan sosial seperti pekerjaan, kesihatan dan pendidikan secara bersyarat, terkawal dan di bawah seliaan kerajaan melalui kementerian serta agensi berkaitan.

"Pemegang DPP tertakluk sepenuhnya kepada undang-undang dan peraturan Malaysia. Sebarang pelanggaran undang-undang atau syarat yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan sewajarnya, termasuk pembatalan Pas Khas dan pengusiran dari Malaysia," menurut KDN.

Mengulas mengenai aspek hak asasi, KDN menegaskan walaupun Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951, kerajaan kekal komited mengambil pendekatan berasaskan prinsip kemanusiaan bagi membantu golongan itu menjalani kehidupan yang teratur.

-- BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 17-7-2026 06:47 PM
Edited by silance at 17-7-2026 06:51 PM

"KDN menyasarkan proses pendaftaran ke atas golongan ini diselesaikan sepenuhnya pada 31 Disember 2029," menurut kementerian.

3 taun baru nak selesai urus registration? Itu baru forecast. Kalu samting unsankarable  jadi let say masuk lagi diluar kawalan, tambah negara lain pun lari perang juga, makin panjang masa nak urus.

Limit berapa worangs akan dapat kad ini? Serial number berapa digit - 4, 5, 6, 7 digits?

1 bilion++ (as per berita info - kalau silap tolong betulkan) just gone like that.
Apa pulangan untuk rakyat local dari projek ini?
Quote prince_marhaen 18-7-2026 09:45 AM
Butohhhhhhhhh!!! Makin membiak lah puak kuat kongkek ni... anak feeling2 jadi warganegara.. kimakkkk!!! Patut campak je semua kat laut china selatan tu!
Quote downiey 18-7-2026 07:10 PM
ketahian apekah ini
Quote pocongkiutss 18-7-2026 07:25 PM
Kalau jd masa zaman Jibby ni nnt mesti kena tuduh jd pengundi hantu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-8-2026 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.052166 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top