CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga emas 66 tahun direman tujuh hari bantu siasatan kes rogol remaja OKU

18-7-2026 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 247| Komen: 4

 



Tawau: Seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 15 tahun di sini, semalam.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Safiyatun Ahmadun, selepas membenarkan permohonan dikemukakan pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Inspektor Vun Yu Wei.

Suspek dibawa ke Mahkamah sekitar jam 9 pagi tadi bagi proses permohonan reman.

Berdasarkan keterangan semasa permohonan reman, mangsa dipercayai tidak mengenali suspek dan hanya berkenalan pada hari kejadian di sebuah premis dekat Pusat Bandar di sini. 

Suspek dipercayai menegur mangsa sebelum menawarkan pekerjaan menjual pakaian di pasar malam.

Suspek kemudian dipercayai memujuk mangsa menaiki kenderaan miliknya dengan alasan untuk membawa mangsa bertemu majikan sebelum membawa mangsa ke sebuah lokasi penginapan.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Wilynton Enchana Watt, berkata suspek ditahan dalam satu operasi di sebuah rumah di Kampung Ranggu, Batu 10, Jalan Apas.

Beliau berkata, ia susulan satu laporan polis yang dibuat selepas mangsa mengalami kesakitan pada tubuh badan.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tawau bagi mendapatkan rawatan sebelum hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa dipercayai menjadi mangsa rogol.

"Mangsa juga seorang individu OKU yang menghidap Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) ," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, hasil maklumat dan siasatan yang dijalankan membawa kepada penahanan suspek dan disiasat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan, antaranya pakaian dan beberapa barangan lain.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 18-7-2026 05:09 PM
Orang kata orang lembam ni senang diajak. Tapi dalam kes ni dia budak 15 tahun atuk ni sah buta undang2.
Quote Goodluckdontcry 18-7-2026 05:27 PM
Cerita korea tajuk No Mercy..puas hati tgk bila sekor2 jantan keparat kene tinju mampus..tp ye la cerita blh la.. reality..setakat msk jail..tp kesan pd mangsa dibawa smp mati.. betul2 spt zaman jahiliyyah..kaum hawa diibaratkan dan dipandang spt objek..blh dibuat sesuka ati..dlm masa sama..ada juga perempuan yg normal tp xblh fikir normal sbb ikut nafsu..tp adik diats..jd mangsa sbb dia xnormal dan jd mangsa serakah setan si tua kutuk laknatullah...
Quote Zazama 18-7-2026 10:55 PM
Mentang2 budak tu oku, senang je ambil kesempatan. Semoga pelaku dapat balasan setimpal.
Quote Purestteam1 18-7-2026 11:28 PM
jilake punya pelaku... moga pisang mereput

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-8-2026 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.030761 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top