|
KOTA BHARU – Seorang wanita yang sebelum ini dikenali sebagai ‘gadis api misteri’ memilih pengamal perubatan Islam berusia 82 tahun yang banyak membantu dalam proses memulihkannya daripada gangguan makhluk halus sebagai suami bulan lalu.
Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 28, mendapat perhatian ramai sejak 2012 selepas kemunculan ‘api misteri’ yang membakar barangan di dalam rumah keluarganya menyebabkan mereka hidup dalam kebimbangan. Dia tidak menyangka jodohnya dipertemukan dengan seorang pengamal perubatan Islam, Mokhtar Mohamed yang pernah mengubati penyakit dihidapinya sebelum ini. Katanya, dia yang mengenali suaminya selama dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk bernikah pada 24 Jun lalu. “Saya mengenali suami dan menjalinkan hubungan ketika dia membawa saya berubat di rumah pengamal perubatan Islam di Melor selepas beberapa kali diuji dengan misteri kemunculan api di rumah di Kampung Penambang, di sini. “Meskipun berbeza usia 54 tahun dengan suami, saya tetap berdoa agar dikurniakan zuriat,” katanya di sini semalam.
|
eyansss replied at 21-7-2026 07:33 PM
lepas kawen tetiba dah takde? hahahahaha… ko patut dah dapat hint sape yang hantar dek…

eyansss replied at 21-7-2026 07:33 PM
lepas kawen tetiba dah takde? hahahahaha… ko patut dah dapat hint sape yang hantar dek…


bottompro replied at 21-7-2026 05:46 PM
Boleh keras ke ciknek Suben
airfilterkotor replied at 21-7-2026 07:43 PM
Jahak mung.
L.U.S.M replied at 21-7-2026 07:48 PM
82 tahun tegap gitu mustahil xde memakai
L.U.S.M replied at 21-7-2026 07:48 PM
82 tahun tegap gitu mustahil xde memakai
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-8-2026 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.082959 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.