CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7967|Reply: 0

Piala AFF: 'Undian yang menarik' - Pan-gon

[Copy link]
Post time 21-5-2024 05:48 PM | Show all posts |Read mode

KIM Pan-gon. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM

Kuala Lumpur: Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon akui ujian getir bakal diharungi anak buahnya apabila sekali lagi berdepan Thailand selepas diundi dalam Kumpulan A saingan Piala AFF hujung tahun ini.

Untuk rekod, pada edisi lalu skuad negara tewas di tangan skuad Gajah Perang dalam peringkat separuh akhir menerusi agregat 1-3.

"Ia undian yang menarik. Hasil undian kita berdepan juara sebelum ini iaitu Thailand dan satu lagi cabaran pasukan jiran tetangga, Singapura. Dan satu lagi pasukan Kemboja serta pasukan dari pusingan kelayakan," katanya.

Dalam undian itu, skuad Harimau Malaya mampu menarik nafas lega apabila meraih undian mudah apabila diletakkan bersama juara bertahan Thailand disusuli juara tiga kali, Singapura, Kemboja dan pemenang antara Brunei atau Timor Leste.

Manakala, aksi Kumpulan B pula menyaksikan persaingan agak sengit babitkan dua gergasi Asean iaitu Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar dan Laos.

Berdasarkan format pertandingan, aksi peringkat kumpulan menyaksikan setiap negara berpeluang menjadi tuan rumah dalam dua perlawanan dan dua aksi lagi di tempat lawan secara liga sepusingan.

Dua pasukan terbaik akan mara ke separuh akhir yang akan dilangsungkan secara timbal balik dan pemenang akan beraksi di final, juga berjalan secara timbal balik.

Malaysia pernah muncul juara Piala AFF pada 2010 di bawah kendalian Datuk K Rajagobal dan tiga kali naib juara pada 1996, 2014 dan 2018.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ang-menarik-pan-gon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.444849 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list