wisteria Publish time 26-6-2007 10:08 AM

yang hidup adalah yang berani


*tak ingat la sape cakap

Sofie_Munir Publish time 27-6-2007 08:55 AM

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Sofie_Munir Publish time 27-6-2007 08:57 AM

Kalau hidup ingin merdeka,Tiada tercapai hanya berkata,Ke muka maju sekata, maju kita,Melemparkan jauh jiwa hamba.~Usman Awang

Sofie_Munir Publish time 27-6-2007 08:58 AM

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan."
~Surah al-Hajj:77

Sofie_Munir Publish time 27-6-2007 08:59 AM

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan"~Surah Yusuf:18

Sofie_Munir Publish time 27-6-2007 09:00 AM

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan.
~Davey John Schwartz

Sofie_Munir Publish time 27-6-2007 09:00 AM

"Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki."~Profesor Diraja Ungku Aziz

Sofie_Munir Publish time 27-6-2007 09:03 AM

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.~ Saidina Ali Abu Talib

Sofie_Munir Publish time 27-6-2007 09:03 AM

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Sofie_Munir Publish time 27-6-2007 09:04 AM

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)

Sofie_Munir Publish time 27-6-2007 09:04 AM

Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya.
- SAIDINA ABU BAKAR

Sofie_Munir Publish time 27-6-2007 09:05 AM

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Sofie_Munir Publish time 27-6-2007 09:07 AM

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)

Sofie_Munir Publish time 28-6-2007 06:01 PM

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).

Sofie_Munir Publish time 28-6-2007 06:02 PM

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).

Sofie_Munir Publish time 28-6-2007 06:02 PM

Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).

Sofie_Munir Publish time 28-6-2007 06:04 PM

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Sofie_Munir Publish time 28-6-2007 06:05 PM

Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).

Sofie_Munir Publish time 28-6-2007 06:05 PM

Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)

Sofie_Munir Publish time 28-6-2007 06:06 PM

Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).
Pages: 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 [13] 14 15 16 17 18 19 20 21 22
View full version: Koleksi Petikan Kata Hikmat/Ahli2 Falsafah (merged with simplelife)


ADVERTISEMENT