CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Barcelona, Sepanyol

[Copy link]
Post time 1-6-2012 08:41 AM | Show all posts

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis melawat Mezquita-Katedral de Cordoba, Sepanyol, baru-baru ini.

Negara ini memang memiliki perjalanan sejarah yang bukan pendek.

Apa tidaknya, Sepanyol dulunya dikenali dengan nama Andalusia iaitu negara yang bersempadan dengan Portugal di barat, manakala Gibraltar dan Magribi/Morocco di selatan sementara di timur pula terletaknya Perancis dan Andorra.

Dikenali dengan nama Andalusia, mengambil istilah bahasa Arab ‘Al Andalus’, merujuk kepada bahagian jazirah Iberia yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Muslim.

Namun pada 1492 di bawah pemerintahan Raja Ferdinand dan Ratu Isabell, pemerintahan Muslim Andalusia ditakluk semula oleh Kerajaan Katolik.

Sejarah inilah yang menjadikan Sepanyol memiliki seni bina bangunannya yang tersendiri, tetapi jelas menunjukkan ia dipengaruhi oleh kebudayaan Muslim dan Katolik.

Berikut adalah di antara bangunan-bangunan indah di Sepanyol:

- Alhambra di Granada

Alhambra terletak di Bukit La Sabica. Ia merupakan istana peninggalan Bani Ummaiyah ketika Sepanyol masih kekal sebagai Andalusia.

Istilah Alhambra diambil daripada bahasa Arab yang bermaksud Istana Merah. Ia juga sempena seluruh bahagian bangunan yang didirikan oleh Sultan Muhammad bin Ahmar, raja bangsa Moor yang berasal dari Afrika Utara itu berwarna merah.

Satu keistimewaan yang terdapat di bangunan ini ialah tertera hasil pahatan huruf Arab yang mewarnai bahagian dinding sebelah dalam bertulis “Laa ghaliba illalah" (tiada kejayaan selain Allah).

- Torre del Oro di Seville

Torre del Oro atau lazimnya disebut Gold Tower. Ia merupakan menara tinjau tentera yang terletak di sebuah benteng pertahanan yang menghubungkan Alcazares dengan dermaga yang kedudukannya sangat strategik.

Buat pertama kalinya, ia dibina oleh Gabenor Abul-Ula pada tahun 1220-1221 yang terletak di tepi Sungai Gualdarquivir yang ada di Kota Seville.

Nama Torre del Oro berasal daripada keadaan lantai yang dulunya diperbuat daripada emas. Ketika ini Torre del Oro digunakan sebagai Muzium Maritim dan menjadi salah satu mercu tanda hebat bagi Kota Seville.

- Mezquita-Katedral de Cordoba

Ia biasanya disebut sebagai Masjid-Katedral di Cordoba. Awalnya, ia adalah tempat pemujaan Pagan (orang yang tidak percaya kepada sebarang agama utama seperti Islam, Kristian atau Yahudi) yang diambil alih oleh gereja Kristian Visigothic dengan menambahkan katedral Gothic di tengah-tengah bangunan sehingga terlihat seperti ada gereja dalam masjid.

Kemudian, ketika bangsa Moors (Umayyad) menduduki Andalusia, bangunan ini diubah menjadi Masjid.

Namun demikian, kini seluruh bangunan masjid tersebut sudah digunakan untuk Katedral Paderi Kristian Cordoba.

Mezquita menjadi salah satu Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) setelah itu disebut-sebut dan diakui sebagai salah sebuah masjid yang tercantik dan terbesar di dunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2012 08:41 AM | Show all posts

Giralda merupakan salah satu simbol paling terkenal di Sevilla, Sepanyol.

- Giralda di Seville

Giralda pula merupakan satu simbol paling terkenal di Sevilla kerana saiznya yang cukup besar dengan keluasan 1,361 meter persegi, sementara ketinggiannya pula 42 meter.

Giralda merupakan menara masjid yang pada awalnya adalah Cathedral of Seville. Di Cathedral of Seville inilah terletaknya makam Christopher Columbus.

Columbus dimakamkan di Sepanyol kerana meninggal dunia di salah satu wilayah di ‘Negeri Matador’ ini iaitu di Valladolid pada 20 Mei 1506.

- Reales Alcazarez di Seville

Ia merupakan istana yang dibentengi oleh asas binaan yang cukup kukuh. Dibina sewaktu pemerintahan Abd. Al Ramn III pada tahun 913.

Antara keistimewaan bangunan ini ialah memiliki banyak bilik, teras dan ruang bervariasi dengan gaya Islam Neoklasik.

Terdapat juga Salon de los Embajadores (Ruang Duta), iaitu kubah yang dihiasi dengan patung kayu cedar bersepuh emas juga Arcos de Herradura (Sepatu Kuda) ialah ubin berplaster yang memiliki tiga busur masing-masing tiga sepatu kuda.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 10:20 AM | Show all posts
Salam sume..
saya dah g spain mase bulan 4 hari tue..
sangat seronok.. g tanpa ejen.. InsyaAllah sape2 yang g sendiri..
selamat.. map banyak membantu.. saya pun gune map yang diberi mase kat hotel..
paling best.. g cordoba, granada n madrid semestinya.. dapat masuk stadium berneau (madrid).. seronok sangat.. Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 04:45 PM | Show all posts
Salam sume..
saya dah g spain mase bulan 4 hari tue..
sangat seronok.. g tanpa ejen.. InsyaAllah ...
feezasabri Post at 1-6-2012 10:20


feeza, baper $ tambang pegi & balik?

kalau nak gi lebih kurang seminggu, agak2 berapa $ kena ada ya
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 09:30 AM | Show all posts
feeza, baper $ tambang pegi & balik?

kalau nak gi lebih kurang seminggu, agak2 berapa $ kena ...
gam_gajah Post at 1-6-2012 16:45



    owh.. urm.. tambang?? hari tu naik AA jadi murah r.. cos turun london, then naik jetstar.. tapi saya g 2 negara spain & uzbek.. tambang g balik lebih kurang rm 5000 (tak sampai dalam rm 4986).. dari kl-london, london-spain. pastu spain-taskent(uzbek), tashkent-kl..  kesimpulan.. spain memang terbaek.. tempat paling best.. Alhamra.. kalo nak g.. kene tido kat granada semalaman..
pagi2 boleh bangun terus ke Alhamra.. beli tiket.. lepas subuh je kene gerak terus.. dalam kul 6.30pg.. baru dapat tiket awal.. then pusing madrid.. stadium tempat paling utama.. pastu masjid arab... banyak gak untuk diterokai.. cume satu je.. Eropah sedang mengalami kegawatan ekonomi yang meruncing.. jadi kalo g.. banyak kedai 2 tutup cos tak leh nak survive..  dieorang memang bergantung harap kat pelancongan semata sekarang nie.. n paling utama.. kat spain.. beg duit kene jaga sebaik2nya.. kalo kat tempat crowded.. beg kene pegang.. cos kat sane paling ramai pencuri(pencopet).. hari tu nyaris2 En. Abdul Latip Talib nak kene ragut dah.. rezeki masih milik kami... jadi beware..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 09:55 AM | Show all posts
owh.. urm.. tambang?? hari tu naik AA jadi murah r.. cos turun london, then naik jetstar.. ...
feezasabri Post at 4-6-2012 09:30


tks for the info & tips
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2012 03:23 PM | Show all posts
Insyaallah tahun depan ke sana pulak. Kena start menjengah lah kat sini pula.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2012 10:53 AM | Show all posts
hi nak tanya ade sape2 penah pegi Montserrat kat barcelona? sebab duk baca-baca jarang orang datang sini, maybe sebab 1 hour journey dari city. mcm best la pulak kalo dtg sini sebab cantekkk~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.052945 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list