CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35127|Reply: 135

MERGED : All About Labuan (ummy43 & shabb75)

[Copy link]
Post time 30-6-2006 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Jom, lawat Taman Burung Labuan
Oleh Suzianah Jiffar


Kicauan upih, tiong mas, kakak tua, nuri, murai timbulkan suasana nostalgia dan romantik kepada pelancong di Laut China Selatan.

KUBAH besar berukuran 48 meter lebar dan 24 meter tinggi menjadi tempat berteduh pelbagai jenis burung. Di tempat itulah burung bercampur gaul, bergurau senda, bersiul-siulan dan makan.

Itulah antara keistimewaan 700 ekor burung termasuk dari luar negara yang ditempatkan di Taman Burung Labuan, di Tanjung Kubong, kira-kira 20 minit perjalanan dari pusat bandar pulau itu.


IDRIS membelai burung kakak tua di Taman Burung Labuan.


Dibuka pada 1999, taman yang meliputi kawasan seluas 6.9 hektar itu mempunyai lima kubah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2006 07:33 PM | Show all posts

labuan

bole tak nak tahu ape ade di labuan, aku rasa mcm nak gi labuan ni. Seblom gi, nak la mintak pendapat org labuan. Cam ne?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2006 08:14 PM | Show all posts
ehh..labuan ni apa yg ada kat sana huh??
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2006 11:07 PM | Show all posts
dgr cite takde pape..takdak life..boring..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2006 11:19 PM | Show all posts
labuan takde ape2 sgt la..biase2 je..satu hr cukup pusing satu labuan..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 12:33 AM | Show all posts
No komen psl Labuan dah lama tak balik jd dah byk bezanya keadaan dulu & skrg  ...tu kena masuk kat bod Labuan:
http://forum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=195

atau website:

http://www.labuan.net/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2006 09:59 AM | Show all posts
ooo nothin' much eh...
hmmmmm.....

mungkin permandangan yg indah2 kot?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 06:06 PM | Show all posts
alamak suma kata nothing ek, nape kawan aku ckp best gi kat sana, bole g shopping. Labuan mana lak kawan aku pegi ni? Apepun, tima kasih la korang nyer respons kat aku pasal labuan ni. Tak jadi la aku nak gi labuan . . . . .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2006 06:49 PM | Show all posts
shopping? shopping kain kot..tp rasenye cam lebey kuang je rege..maybe kwn tu g shopping sbb labuan tu kan duty free..

mmg la dh makin lawa labuan tu..tp ntah aa..dh lame tak gi labuan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 12:18 PM | Show all posts
erm rasanya ramai yang salah anggap bahawa labuan sama mcm langkawi... sebabnya free duty island.... ramai kawan2 dari semenanjung bertanggap mcm tu.... ermmm sorry ye org labuan bukan nak kecilkan labuan (tapi labuan memang kecil kan??? hehehehe kalau sesat pun pusing2 satu pulau je) tapi bagi saya labuan takde apa2 sebenarnya.... free duty? saya tak tahu mana yang tang free duty nye... tak sama pun mcm langkawi... at least langkawi coklat ferere rosche murah gile ngan pinggan mangkuk pun murah tapi labuan ni entahlah...

kain sutera... yang ni yes.... dulu my sister selalu pi kl shopping kain sutera... ermmm italian silk le... tapi rupanya labuan lebih murah.... tu pun kalau pandai tawar.... harga memang jauh gile banding ngan Gu***i* tu...

apa pun bagi saya labuan masih lagi bandar mati..... maybe satu masa nanti labuan akan lebih menarik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2006 12:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 01:23 PM | Show all posts

Reply #9 sorceress's post

saya setuju la...errr....ehehhee...
pada saya labuan ni takde le pape sangat...yg murah hanya 3 bende je...CHOCOLATE....CIGGY and LIQUOR...lelain seme mahal...tapi kalo sape nak main water sports bole la kot...but dari segi shopping...don't expect too much la...better langkawi dari labuan la...

nak ke labuan kalo dari kk ada 3 cara..
1) amik flight ke sana...
2)naik feri dari kk....3 jam
3)drive ke menumbok...naik feri dari sana (boleh bawak kete)...1 jam...

dicadangkan...amik yg nombor (1) tu...cepat dan mudah....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 12:25 AM | Show all posts
arr..bln 11 ni aku kene dok labuan..kene bersedia mental fizikal neh
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 01:33 PM | Show all posts
Originally posted by ReksakseHuduh23 at 14-7-2006 12:25 AM
arr..bln 11 ni aku kene dok labuan..kene bersedia mental fizikal neh


kena duduk berapa lama RH?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 04:32 PM | Show all posts
rasanya mmg tak de ape yg menarik kat labuan tu...satu hari dah cukup kalau nak meronda sana..yg best rasanya cuma chocolate je kot...lain2 tu biasa je..mlm pon sunyi sepi je..
kalu dr labuan nak ke kk...naik feri pon syok gak...ingatkan bole mabuk duk lama2 dlm feri tu...rupe tak...syok lagi ade ler...cuma lama je...3 jam
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 05:45 PM | Show all posts

Reply #14 yassara's post

tak mabuk kalo naik feri pagi kol 10.30...
cuba naik feri kol 3pm...and dok kat atas (first class)...
sure mabuk...ehehehehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2006 11:41 PM | Show all posts
Originally posted by sorceress at 14-7-2006 01:33 PM


kena duduk berapa lama RH?


taktau agi.. tp rase nye cam berthn2 kot.. sbb tunang keje sane.. pas kawen cdg nk ikot dia gi sane.. hhee
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by ReksakseHuduh23 at 14-7-2006 11:41 PM


taktau agi.. tp rase nye cam berthn2 kot.. sbb tunang keje sane.. pas kawen cdg nk ikot dia gi sane.. hhee


uwaaaaaa RH... memang kena sediakan dari segi mental ler RH. tahun pertama rasanya pasti mencabar tapi mayb tahn2 selepastu dah ok kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 05:05 PM | Show all posts

Reply #17 sorceress's post

tu la pasat.. gatai sgt nk dok jauh2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2006 02:48 PM | Show all posts
Lambaian Kampung Patau Patau
Oleh Samsudin Awang



BILA sebut saja kampung air, kebanyakan pelancong pasti terfikirkan Kampung Air di Bandar Seri Begawan, Brunei yang menjadi kawasan penempatan terbesar di Asia Tenggara yang dibina di atas air.

Tidak ramai mengetahui perkampungan seumpama itu juga terdapat di Pulau Labuan yang dihuni masyarakat nelayan berasal dari Brunei. Masyarakat Melayu Brunei membina rumah di muara Sungai Keling bagi memudahkan mereka ke laut mencari rezeki, di samping berulang alik ke Brunei menziarahi keluarga menggunakan bot dengan hanya mengambil masa perjalanan kira-kira setengah jam.



Kampung air di Labuan dikenali dengan nama Kampung Patau Patau, yang diambil daripada nama sejenis alatan tradisional menangkap ikan digunakan masyarakat Melayu Brunei di kampung itu.

Terdapat kira-kira 150 rumah kayu dihubungkan antara satu sama lain dengan jambatan kayu dan jeti. Di samping itu turut disediakan kemudahan masjid, kedai dan restoran yang terletak di atas air.

Keunikan perkampungan ini menjadikan ia satu lagi destinasi pelancongan utama di Labuan dengan kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara untuk melihat lebih dekat kehidupan masyarakat nelayan pulau itu.

Bagi memberi peluang kepada pelancong menikmati sendiri pengalaman menghuni kampung air, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Patau Patau membangunkan pelancongan berkonsepkan homestay di kampung itu.

Dengan kadar bayaran antara RM65 hingga RM100 untuk seorang pelancong bagi penginapan satu malam, mereka berpeluang tinggal dengan keluarga penduduk untuk memahami budaya dan kehidupan harian masyarakat terbabit.

Pelancong berpeluang turun ke laut menangkap ikan, menyertai persembahan kebudayaan, memproses hasil laut, membuat dan menggunakan peralatan tradisional nelayan di samping dapat menjamu selera hidangan makanan segar yang baru ditangkap dari laut.

Ketua Pengarah LKIM, Datuk Annas Khatib Jaafar, berkata setakat ini tujuh keluarga nelayan di situ sudah memenuhi piawaian homestay kebangsaan untuk menerima kedatangan pelancong menginap di rumah mereka.

"Sebelum membenarkan nelayan mengusahakan homestay, rumah mereka mestilah memenuhi aspek kebersihan, jumlah bilik, saiz keluarga dan produk pelancongan yang ditawarkan di rumah mereka.

"Nelayan terpilih kemudian perlu menyertai kursus khas anjuran LKIM dengan kerjasama Kementerian Pelancongan untuk memastikan mereka mahir berkomunikasi dan belajar bagaimana melayani pelancong," katanya.


MAKANAN laut dan kampung disediakan
untuk peserta homestay.

Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Iskandar Mirza Mohd Yusof, berkata homestay di kampung itu menjadi tumpuan pelancong dari Thailand, China, Indonesia dan Singapura khususnya pada musim cuti.

"Walaupun kebanyakan pelancong tempatan beranggapan cara hidup nelayan adalah suatu yang sudah diketahui, namun di Kampung Patau Patau situasinya berbeza khususnya dari aspek budaya dan tradisi.

"Lebih unik, keseluruhan penduduk di kampung itu mempunyai pertalian darah dengan yang lain seterusnya membentuk suasana kehidupan seperti dalam suatu keluarga besar.

"Individu yang gemarkan 'sport fishing' juga amat sesuai merasai homestay ini kerana mereka berpeluang mendalami pelbagai ilmu nelayan dan perikanan dari masyarakat Melayu Brunei yang begitu mahir dalam bidang itu," katanya.

Iskandar berkata, pelancongan di Labuan ketika ini tidak hanya menjurus kepada pulau bebas cukai atau aktiviti marin saja, sebaliknya ia dipelbagaikan kepada kebudayaan dan warisan seperti di Kampung Patau Patau.


INFO

Cara ke sana

Penerbangan Malaysia (MAS) menyediakan khidmat setiap hari dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu terus ke Labuan. Dari Kota Kinabalu atau Miri anda boleh menggunakan pesawat Fly Asian Xpress.

Ia juga dihubungkan dengan perkhidmatan feri dari Menumbok di tanah besar Sabah dengan perjalanan kira-kira 50 minit.

Untuk menikmati perjalanan sekitar Labuan pula, ia hanya mengambil masa kira-kira satu setengah jam dengan pilihan menggunakan perkhidmatan teksi atau menyewa kereta serta limosin dengan kadar sewaan yang berpatutan.

Penginapan

Penginapan terdiri daripada hotel ekonomi hinggalah hotel bertaraf lima bintang. Kadar hotel ekonomi antara RM65 RM120 manakala hotel mewah pula antara RM150 hingga RM1,500 untuk penginapan semalam.


FAKTA


Kampung Patau-Patau adalah antara empat kampung air yang dikenal pasti Perbadanan Labuan untuk dikekalkan sebagai rizab Melayu dan diharap dapat mengekalkan tradisi kemelayuan bagi tujuan pelancongan.


Labuan sudah 22 tahun terpisah daripada pentadbiran Sabah dan menjadi Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984 selepas Kuala Lumpur.


Taman Burung Labuan, 16 kilometer dari pusat bandar juga tidak kurang menarik untuk dilawati kerana didiami 108 spesies dan 500 ekor unggas, seperti punai tanah, tiong air, punai gading, belibis, pergam putih dan burung upih.


Labuan dikenali sebagai Mutiara Laut China Selatan cuma mempunyai keluasan 92 kilometer persegi namun pelbagai tempat menggamit kehadiran pelancong seperti Taman Memorial di Tanjung Purun yang menjadi tempat persemadian askar yang gugur ketika Perang Dunia Kedua.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.079060 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list