CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rinafarha1709

umrah II

 Close [Copy link]
Post time 7-6-2008 07:26 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua meriah betul thread ni sampai dah masuk part II.
Saya selalu buka untuk kutip pengalaman.
Terima kasih banyak dapat info2 yg bagus dari forumer semua.
Insyaallah hujung bulan ni saya akan ke sana buat pertama kali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2008 07:27 PM | Show all posts
kisah dari laman web..bukan saya karang
PRAMUGARI KOMA DI TANAH SUCI



     Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. kebetulan ketika itu saya balik ke mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di sekolah agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.  
          Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga. Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di lapangan terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.  

          Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku. "Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya. Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.  

          Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal, sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut, sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.  

          Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?  

          Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis? "Mazlan ..kakak taubat dah Lan... kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat." "Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" Tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak- esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 07:27 PM | Show all posts
"Habis yang kakak pergi haji ini?" "Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi". "Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi. Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini". "Betul ke kak?" tanya saya, terkejut. "Betul Mazlan".  

"Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. kakak rasa seperti diazab di neraka kakak ni...seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah. "Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya. "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan." Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.  

"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar, kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita, habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. "Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."  

          Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. terasa sungguh kebesaran Allah."Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yang soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."  

         Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. "Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat...kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis. Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh. "kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi, berehat..." tegur saya. "Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya. "Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."  

          Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. "Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa. "Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. .. kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah... "kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Akak nak ajak suami pergi haji seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."  

          Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-quran dan Hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik. Tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal"... itu dah terlambat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 07:30 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 7-6-2008 06:50 PM
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/assalamualaikum.gif
Amboii..rancaknya Hussain n rina berborak dlm thread ni...
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/tup.gif Baguslah..
Bagi ceria ...


makcik... saya dengar pakai baju cantik2 pegi function..begaya sakan ye

pegi mana sampai hati tinggalkan saya dan aunty rina
terpaksa saya layan gila2 aunty rina

ibu tadi ada..mungkin pegi kenduri kawen kot...
maklumlah cuti sekolah banyak kenduri
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 07:32 PM | Show all posts

Reply #83 HUSSAINTAHIR's post

pernah baca somewhere cerita yang Hussain paparkan ni...tapi lupa kat mane...thanks for sharing.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 07:51 PM | Show all posts

Reply #81 luyur's post



Seronoknya dapat pi Umrah....saya boleh bayangkan betapa seronoknya luyur
mengira hari untuk pi Umrah...
Percayalah sekali sudah melangkah ke Tempat suci tu...
Hati itu akan sentiasa terpanggil kesana..
Selamat Berangkat Mengerjakan Umrah.
Jangan lupa balik cerita pengalaman pertama ke Mekah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2008 07:52 PM | Show all posts
Originally posted by IDB at 7-6-2008 07:32 PM
pernah baca somewhere cerita yang Hussain paparkan ni...tapi lupa kat mane...thanks for sharing.

my frenz forward kt saya
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 07:57 PM | Show all posts
Originally posted by luyur at 7-6-2008 07:26 PM
Assalamualaikum semua meriah betul thread ni sampai dah masuk part II.
Saya selalu buka untuk kutip pengalaman.
Terima kasih banyak dapat info2 yg bagus dari forumer semua.
Insyaallah hujung b ...


luyur jadi pegi ngan warith travel n tours ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2008 07:58 PM | Show all posts

Reply #83 HUSSAINTAHIR's post



Terima kasih cerita diatas.Rasa Mak cik pernah terbaca cerita ni..
Tapi baguslah...sekurang kurangnya mengingat kan kita balik..
Caj bateri...kita manusia mudah lupa ..lalai...

Giliran Husain pulak melayan rina...
Hari tu Mak cik yang melayan rina sampai tengah malam..

Layanlah kanak kanak ribena berry yang sedang membesar..he..he..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2008 08:01 PM | Show all posts

Reply #78 aziefa's post

hi akak..miss lah akak...napa pergi lama sgt..tadi page problem ke?
sbb takleh baca apa yg akak taipkan...
mlmni akak ada function lagi ke????
baju tadi dah buka ke????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2008 08:05 PM | Show all posts

Reply #79 aziefa's post

kita mmg serupa tapi tak sama..
akak merak rina burung hantu..hehe..terbang tak sama...

itulah akak..akak tutup
rina buka...nanti akak pula buka rina penutupnya
jgn bg chance kat hussain tau....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2008 08:08 PM | Show all posts

Reply #86 aziefa's post

betul apa yg akak cakapkan ini....seronoknya jadi luyur.selamat menunaikan umrah luyur.......
tak sabar tunggu  mas916 pulang...rasanya dah pulang..tak sabar nak dgr cerita dari mas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2008 08:17 PM | Show all posts
"KAABA"
The House of ALLAH in Makkah. The Kaa'ba is covered by a black cloth known as 'Kiswa', which is produced & changed every year. Special factory designed for the making of Kiswa in Makkah. It costs approx. SR 17million.The cloth is made of 670kgs of silver dyed black, about 120kgs of pure gold & 50kgs of silver used in writing the Qur'anic verses over the cloth. The total area of the cloth is 658sqr meter.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2008 08:45 PM | Show all posts
sebelum rina pergi umrah aritu..rina ada terima email ni darai kawan rina yg menetap di jeddah..dia cakap kat sana tgh kecoh ttg kes ni....
so rina rasa rina nak share lah kat sini...


Ketahuilah bahawa Wahhabi sekarang telah melakukan sekurang-kurangnya 5 perkara bid'ah pada tempat sa'i :

1- Wahhabi robohkan tempat sa'i yang asal sehingga orang yang buat umrah sekarang melakukan sa'i BUKAN lagi di kawasan Bukit Sofa dan Marwah tetapi dikawasan yang baru luar dari kawasan sa'i yang disahkan oleh Nabi Muhammad. Dan ketahuilah bahawa sesiapa yang melakukan sa'i di tempat yang baru tersebut maka sa'i nya tidak sah dan tidak harus disisi Islam kerana Nabi Muhammad tidak pernah melakukan sa'i disitu.

2- Wahhabi membina kawasan baru yang kononnya dianggap tempat sa'i di luar kawasan Ziqoq Al-'Attorain iaitu tempat yang telah di naskan sebagai tidak sah sekalipun melakukan sa'i di situ ( Ziqoq Al-'Attoroin ) . Malangnya Wahhabi membina tempat sa'i yang baru luar dan jauh sama sekali dari tempat tersebut.

3- Wahhabi melebarkan tanpa dalil syara' ukuran lebar Bukit Sofa yang ke arah luar kawasan asal sehingga membawa ke kawasan berhampiran hotel-hotel dan kedai-kedai bersebelahan disebelah Timur sehingga kawasan itu pula dijadikan tempat sa'i sedangkan ianya telah terkeluar jauh dari kawasan lebar Bukit Sofa yang asal.

4- Wahhabi tidak ada amanah bila mana dalam kerja mengorek kawasan baru tersebut mereka sendiri dapati bahawa Bukit Sofa & Marwah tidaklah selebar yang mereka sangkakan dan (terbaru) mereka sendiri dapati tempat sa'i yang baru mereka bina itu tidak termasuk dalam kawasan lebar Bukit Sofa & Marwah.
Tetapi cinta dunia dan benci agama menyebabkan lidah terkelu membicarakan kebenaran dek billion Dollar & Riyal telah mengaburi mata mereka.Subhanallah......

5- Wahhabi akan menyiapkan bentuk tempat sa'i nanti (bulan Ramadhan) dengan bentuk one way iaitu orang ramai akan diarah melakukan sa'i antara Sofa ke Marwah dalam kawasan yang SAH tetapi dari Bukit Marwah ke Sofa pula mereka akan diarah mengunakan kawasan sa'i yang baru yang TIDAK SAH. Ini menjadikan sesiapa yang melakukan sa'i tersebut hukum sa'i nya adalah tidak sah bahkan masih dalam keadaaan Ihram selama-lamanya(sampai buat cara yang betul di tempat yang betul).

* KESEMUA WAHHABI DAN WEBSITE-WEBSITE WAHHABI SERTA MUFTI WAHHABI MALAYSIA MEMPERSETUJUAN PERUBAHAN TEMPAT SA'I TERSEBUT BERSELARI DENGAN IDEA WAHHABI YANG MEROBOH DAN MENUKAR TEMPAT SA'I YANG ASAL.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2008 08:46 PM | Show all posts
kecoh ttg tempat saei yg diubah kedudukan nya.......

[ Last edited by  rinafarha1709 at 7-6-2008 09:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 08:50 PM | Show all posts

Balas #77 aziefa\ catat

Assalamualaikum aziefa, dah balik dah..

Memang dari petang tadi memerhati budak dua orang ini berdating di thread umrah ni.  Tak mau kacau mereka. Rancak mereka bercerita. Kakak ingat nak interrupt sebelum maghrib tadi, tapi tak jadi, rupanya kita sama-sama mengadap pc masa tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-6-2008 08:56 PM | Show all posts

Reply #96 Rosputih's post

ibu ...kami bkn datinglah ibu..mana leh dating ibu....
haram ooo
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 08:58 PM | Show all posts

Balas #97 rinafarha1709\ catat

Kan ibu cakap dating di thread umrah, bukan berdua-duaan, semua orang nampak.

hehehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2008 09:09 PM | Show all posts

Reply #98 Rosputih's post

ibu dah mkn mlm???ibu apa khbr?mesti ibu teringat cucu2 ibu...selalunya bila time senja...kita akan rasa sunyi dan teringat org yg kita rindui..betul tak ibu???
sekarang jom kita dating berdua ibu...

[ Last edited by  rinafarha1709 at 7-6-2008 09:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2008 10:09 PM | Show all posts
Originally posted by rinafarha1709 at 7-6-2008 08:45 PM
sebelum rina pergi umrah aritu..rina ada terima email ni darai kawan rina yg menetap di jeddah..dia cakap kat sana tgh kecoh ttg kes ni....
so rina rasa rina nak share lah kat sini...


Ketah ...


saya mempunyai pandangan berbeza
syura ulama2 makkah dan arab saudi telah berbincang sebelum sesuatu pembangunan dilakukan di masjidil haram

so mereka pasti berpuas hati dengan maslahat bilangan jemaah umrah dan haji sebelum pembinaan tempat saie 3 tingkat itu dilakukan...

so pembinaan ini wajar dengan pertambahan jemaah yg melakukan saie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.063611 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list