CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 12-7-2010 09:54 PM | Show all posts
Salam
Nak tny skit ada x sape2 nak gi umrah dlm masa terdekat ni?
Saya nak pesan brg.. harap2 ada la org bleh tlg nnt coz nk harapkan diri sendiri ke sana, ntah bila bleh gi.. now blum ckup duit.. tlg pm sy ye kalau ada yg sudi nak tolong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2010 09:57 AM | Show all posts
1st time paste pic... x pndi nk edit

[img][/img]
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 10:05 AM | Show all posts
[img][/img]
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 10:14 AM | Show all posts
[img][/img]
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 11:05 AM | Show all posts
ade sape nk g mekah..nk pesan la huhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 04:19 PM | Show all posts
ramai yang kerinduan ni..
nak menepek gambo jugak..
ni port fav saya sepanjang kat sana..puas hati solat depan kaabah..
panas smpi berbelang2 muka..takpe.janji puas hati
rindu:cry:

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2010 05:39 PM | Show all posts
Reply 140# nenektua


Hari ini rasa rindu sangat. Sangat! So belek2 gambar, dan tepek sini sket.


Salam..
Tadi pi keluar..terdengar perbualan oramg dlm Bahasa Arab..
Siap berhenti...seronok pulak mendengar..terus teringat kat Mekah...
Ya Allah rindunyaaa...
  
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 05:47 PM | Show all posts
Emm... tengok gambar2x ni semua membuatkan perasan Riena membuak2x nak ke sana.... tak sabar rasanya menghitung hari...... ' Ya Allah permudahkanlah urusan hamba Mu ini...dan  terimalah diri ini seadanya untuk sujud di Baitullah " - AMIN!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2010 05:55 PM | Show all posts
Assalamualaikum riena..
Confirm pegi...berapa haribulan ye ???
Seronoknya..
Semoga Allah mempermudahkan Urusan Ibadah Umrah dan mendapat Umrah yg makbul..
Aminnnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 09:26 AM | Show all posts
Assalamualaikum riena..
Confirm pegi...berapa haribulan ye ???
Seronoknya..
Semoga Allah mempermu ...
aziefa Post at 13-7-2010 17:55

Kak Azie, InsyaAllah Riena sekeluarga akan ke sana 2-16hb Aug ni. Tak sabar rasanya berpuasa dan solat terawikh di Masjidil Haram... Kak Azie semestinya berpengalaman berpuasa di Mekah kan.. ada tips yang boleh dikongsi? TK - Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 11:00 AM | Show all posts
Reply 150# rienaleman

Salam Riena..
Moga mendpt Umrah yg makbul.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 01:23 PM | Show all posts
Kak Azie, InsyaAllah Riena sekeluarga akan ke sana 2-16hb Aug ni. Tak sabar rasanya berpuasa dan s ...
rienaleman Post at 14-7-2010 09:26



Alhamdulillah..
Seronoknya..
Sekali kalau kita dah pi Umrah pada bulan Ramadan..
Kita kalau diberi peluang utk buat Umrah..seboleh bolehnya mesti nak pi bulan Ramadan..
Macam diri Akak...kebanyakan Umrah Akak adalah bulan Ramadan..
Tapi Kak Rosputih lagi best..
Selalu berpeluang pergi sebulan puasa Ramadan..Umrah di Mekah..
Masyallah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 01:27 PM | Show all posts
Kak Azie, InsyaAllah Riena sekeluarga akan ke sana 2-16hb Aug ni. Tak sabar rasanya berpuasa dan s ...
rienaleman Post at 14-7-2010 09:26



riena ..
Kak Azie lampirkan keratan akhbar yg menunjukan keadaan Bulan Puasa di Mekah..

Boleh dijadikan panduan utk riena dan sesiapa saja yh pertamakali nak mengerjakan Umrah pada bulan Ramadan..



Puasa dan umrah rasai suasana berbeza di Mekah


Oleh ZUNAIDAH ZAINON

APABILA tiba bulan Ramadan, para jemaah seluruh dunia mengambil kesempatan mengerjakan ibadah umrah di bulan yang penuh keberkatan ini. Walaupun, jemaah lebih ramai berbanding bulan-bulan biasa dan keadaan cuaca panas, ini semua tidak menghalang mereka untuk menyempurnakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.
Pengalaman mengerjakan ibadah umrah ketika bulan Ramadan umpama satu rahmat bagi Tuan Zainab Tuan Abdul Rahman, 56, yang hampir setiap tahun menyahut panggilan Kaabah sejak 2001. Beliau pergi buat pertama kali dengan suami, Ilyas Sulaiman, 56 tahun. Kemudiannya, beliau dan suami membawa ketiga-tiga anak mereka, Ilya Yasnorizar, 31, Ilya Yasnorina, 23 dan Nik Ridzuan, 14 tahun.
“Suasananya memang jauh berbeza dengan bulan biasa. Selain jemaah yang bertambah berlipat kali ganda dan cuaca yang panas, kita juga memerlukan kekuatan tenaga untuk melaksanakan ibadah saie dan tawaf. Penduduk Arab memang ramai yang mengerjakan umrah terutama pada minggu akhir Ramadan. Kadang-kadang boleh mencecah hingga tujuh juta jemaah, lebih ramai daripada musim haji,” ceritanya yang lebih mesra dengan panggilan Kak Nab.
Keadaan ini turut menyebabkan para jemaah terpaksa berebut tempat sembahyang dan berhimpit-himpit di dalam masjid. Tetapi menurut Kak Nab, atas kuasa Allah s.w.t., sembahyang jemaah dapat didirikan dengan sempurna terutama ketika sujud.
“Selepas berjaya melepasi semua dugaan ini, kita dapat merasai bahawa kehidupan begitu bermakna jika mengikut ajaran Islam. Dalam keadaan susah begitu, kita tetap rasa puas, satu kenikmatan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata,” tambah Kak Nab lagi.
Berbuka puasa di Mekah tidak sama seperti di Malaysia. Kebanyakan jemaah sentiasa berada di dalam masjid, bersembahyang Asar dan menunggu hingga masuk Maghrib dengan mengaji al-Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 01:29 PM | Show all posts
Sedekah

Cerita Kak Nab lagi, apabila tiba waktu berbuka puasa,
golongan Arab yang kaya-raya menyediakan buah kurma,
susu dan roti untuk disedekahkan kepada para jemaah di masjid
termasuklah yang berjalan kaki menuju ke masjid.

“Mereka berebut-rebut mencari orang untuk disedekahkan makanan
tanpa mengira kaya, miskin atau bangsa. Selalunya kita dapat melihat,
orang yang berebut-rebut hendak mendapatkan makanan tetapi keadaan di sini pula sebaliknya,” ujar bekas kakitangan kerajaan ini yang berasal dari Kelantan.

Sepanjang mengerjakan ibadah umrah di Mekah,
peristiwa yang tidak dapat dilupakan,
apabila beliau bertemu dengan seorang lelaki cacat yang berjalan menggunakan lutut
dan tangan. Atas dasar prihatin, beliau menghulurkan sedekah
tetapi ditolak dengan cara yang baik.
Kejadian ini amat menyentuh hatinya kerana masih ada manusia yang Allah s.w.t.
jadikan hatinya kaya walaupun keadaan fizikal yang tidak sempurna.

“Begitu juga dengan sambutan hari raya di sini yang kurang meriah.
Boleh dikatakan, kebanyakannya menangis dan sedih kerana bulan yang mulia
hanya akan datang lagi pada tahun hadapan.
Pada mulanya, saya ingatkan, mereka menangis kerana rindukan kampung halaman tetapi sangkaan itu meleset sama sekali,” kata Kak Nab.

Beliau menasihati kepada jemaah yang mengerjakan umrah pada bulan Ramadan
agar menjaga kesihatan dengan baik kerana keadaan cuacanya lebih panas
di samping memerlukan tenaga untuk menyempurnakan rukun umrah
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 01:34 PM | Show all posts


Mohd. Hisham Shaharudin, 40, pula menyatakan,
mengerjakan umrah pada bulan Ramadan adalah satu pengalaman
yang amat menyeronokkan kerana berpeluang melaksanakan amal ibadat
di Tanah Suci Mekah.

Beliau yang merupakan Timbalan Pengurus Operasi
Shahaz Travel and Tours Sdn. Bhd. (anak syarikat kepada Bank Rakyat) bertanggungjawab menguruskan dan menjaga kebajikan para jemaah.
Menurutnya, rutin harian selepas solat Subuh, jemaah akan kembali ke hotel
dan berehat sementara menunggu masuk waktu Zuhur.
Kemudiannya mereka akan mendirikan solat Zuhur berjemaah di masjid
dan menunggu hingga masuk waktu Asar.
Kebanyakan jemaah sama ada di Mekah atau Madinah akan berbuka puasa
dan bersembahyang di masjid untuk mendapatkan fadilat
dan keberkatan berjemaah.
Makanan berbuka puasa di masjid disediakan oleh golongan Arab yang kaya raya iaitu buah kurma pelbagai jenis, susu dan roti.

“Ada juga jemaah yang tidak berehat di hotel selepas Subuh,
sebaliknya akan melakukan miqat di Tanaim atau Jaraanah untuk mengerjakan umrah. Selepas selesai, baru balik ke hotel dan teruskan urusan seperti biasa,” tambahnya.

Cerita Mohd. Hisham, selepas berbuka dan sembahyang Maghrib,
ada jemaah yang balik ke hotel dan menikmati juadah berbuka puasa
yang disediakan sebelum kembali ke masjid untuk menunaikan
solat Isyak berjemaah dan sembahyang terawih.
Terawih di sini didirikan sebanyak 20 rakaat dan tiga witir.
Uniknya, tiada bacaan selawat antara rakaat seperti mana
sembahyang terawih di negara ini.

“Rutin harian sebegini akan berlaku dari 1 hingga 19 Ramadan,
manakala 20 hingga 30 Ramadan, akan diadakan solat takbir, hajat dan taubat
secara berimam.
Solat tasbih pula akan bermula pada pukul 12 tengah malam hingga dua pagi,” ujar Mohd. Hisham.

Mengenai pertambahan bilangan jemaah, beliau menyatakan,
sejak beberapa hotel di Mekah dipecahkan untuk mendirikan hotel lain,
harga tempat penginapan semakin meningkat dan menyebabkan harga pakej juga mahal.

“Permintaan memang meningkat setiap tahun tetapi kemudahan penginapan di sana
agak terhad. Lagi pun pembinaan hotel baru dibuat untuk kemudahan dan keselesaan jemaah pada masa hadapan.
Pada awal Ramadan, harga hotel meningkat tiga hingga empat kali ganda dan semakin bertambah menjelangnya akhir Ramadan.
Ini disebabkan, ramai jemaah mengambil kesempatan mengejar fadilat akhir Ramadan dan Lailatul Qadar,” jelas beliau mengenai perbezaan harga pakej di bulan Ramadan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 03:34 PM | Show all posts
Salam.

Tadi saya call lagi travel agency, mengharapkan sesuatu penerangan dpt diberikan. Jawapan yg diterima hanyalah saya diminta berkumpul di sebuah masjid di JB, sebelum jam 10am mesti berada di sana. Hmm...pelik jugaklah kenapa pihak agency ni lansung taknak cerita detail. Rasanya saya sebagai customer berhak diberikan penerangan. Tapi sbb saya malas nak push2, anggap jer la semua OK, dan harapnya insyaallah bertolak Sabtu ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2010 04:23 PM | Show all posts
Reply 156# larkin


Salam..
Insyallah minta segala galanya ok..
Selamat Berangkat Mengerjakan Umrah..
Moga Allah mempermudahkan Urusan Ibadah Umrah larkin..
Banyakkan berdoa..dan beristighfar..
Insyallah segalanya akan berjalan lancar...
Aminnn...Aminn...   
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 07:27 PM | Show all posts
Salam.

Tadi saya call lagi travel agency, mengharapkan sesuatu penerangan dpt diberikan. Jawapan  ...
larkin Post at 14-7-2010 15:34


Salam Larkin,  

Mmg benar kekadang travel agency nie tak bagi info awal2 pd jemaah, bukan apa takut jemaah risau.
Saya harap semoga larkin tabah dan bersangka baik dan terima segala dugaan drpd Allah s.w.t. dgn hati yang tenang. Segala dugaan itu ada hikmah di sebaliknya....percayalah.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 07:35 PM | Show all posts
Salam kak aziefa

Seronok kalau dapat umrah sebulan puasa kannn..... Saya nie anak2 masih memerlukan khidmat ibu mereka. Kalau anak2 dah besar dan pandai uruskan diri sendiri saya juga teringin nak duduk sebulan ramadhan di Mekah. InsyaAllah.

Suasana masa bulan ramadhan mmg meriah dan seronok......Jemaah mmg ramai yang paling meriah bila waktu maghrib macam2 orang sedekah kat kita....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 09:26 PM | Show all posts
Salam kak aziefa

Seronok kalau dapat umrah sebulan puasa kannn..... Saya nie anak2 masih memerluk ...
jellybee Post at 14-7-2010 19:35



Walaikumusalam..
Tulaa..seronok tengok Kak Ros yg dah berapa kali berpeluang berpuasa sebulan Bulan Ramadan di Mekah..
Insyallah dengar khabarnya Ramadan Tahun ni Kak Ros nak pergi juga sebulan berpuasa disana.....
Masyallah...beruntungnya Kak Ros..
Pergi suami isteri...sama sama bermanfaat keberkatan Bulan Ramadan di Mekah.
Doakan untuk kami Kak Ros agar dpt berpeluang beribadah sebulan di bulan Ramadan di Mekah..
Aminnn..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.075835 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list