CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8380|Reply: 76

Kontroversi Babak Lucah, Siti Hariesa Tak Pasti Nak Berlakon Dengan Zul Ariffin Lagi Atau Tak

  [Copy link]
Post time 24-10-2023 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Siti Hariesa tidak menolak kontroversi babak panas drama lakonan menjadi namanya glamour.


Namun dia berharap ontroversi membabitkan babak ‘daring’ dalam drama Perempuan Itu, menjadi yang titik hitam pertama dan terakhir dalam kariernya sebagai pelakon.


Foto: IG




Katanya dia enggan mengulangi kesilapan serupa apabila babak intim bersama pelakon Zul Ariffin dalam drama tersebut, hampir ‘meranapkan’ kerjaya seninya yang baru hendak bercambah.


“Publisiti tetap publisiti walaupun melibatkan perkara buruk. Tapi kalau boleh saya nak elakkan perkara sebegitu terjadi lagi selepas ini.


“Saya sudah ‘move on’ dengan kontroversi yang hampir meranapkan kerjaya seni yang baru hendak bercambah.




  



“Kejadian itu menjadi pengajaran dalam hidup saya. Jadi selepas ini saya akan lebih berhati-hati untuk meneliti skrip terlebih dahulu. Kalau ada ‘babak panas’, saya akan tapis,” jelasnya kepada Kosmo! Online.


Pada masa sama, pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 tidak pernah terfikir untuk berputus asa atau berundur daripada kerjaya lakonan walaupun pernah dikecam hebat netizen.


  



“Walaupun saya pernah dikecam hebat netizen, tapi saya tidak pernah berputus asa. Saya hanya ‘move on’ dan jalankan kerja saya sebagai pelakon.


“Alhamdulillah kontroversi itu tidak memberi kesan terhadap kesihatan mental saya,” jelasnya.


  



“Berlakon lagi dengan Zul Ariffin? Tak tahulah. Kita tengok masa akan datang bagaimana,” katanya.


Namun yang jelas, Hariesa tidak menolak untuk bergandingan dengan mana-mana pelakon lelaki berstatus suami orang, namun dia akan berhati-hati supaya tidak terpalit lagi dengan kontroversi sebagai ‘penyondol’.




  



“Kalau kena berpasangan dengan pelakon lelaki berstatus suami orang, saya akan berhati-hati. Berlakon adalah kerjaya saya.


“Tapi untuk terjebak dengan cinta lokasi, mungkin tidak. Saya cuma buat kerja saya sebagai pelakon. Lebih baik saya cari diluar (pasangan),” katanya.


Sekitar Mac tahun lalu, Hariesa pernah terpalit dengan kontroversi gara-gara sebuah teaser memaparkan babak intimnya bersama aktor Zul Ariffin untuk drama Perempuan Itu yang tular dalam media sosial.




  



Antara babak yang membuatkan ramai ‘ternganga’ adalah aksi Zul mendukung Siti Hariesa seperti sedang berasmara secara berbogel.


Lebih panas, apabila ada adegan Hariesa menyuap ‘whipping cream’ ke mulut Zul dengan aksi mengghairahkan.


Selepas setahun drama tersebut ‘digam’, naskhah yang turut menampilkan pelakon Mimi Lana itu akhirnya ditayangkan di TV3 pada Jun lalu.  -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg berlakon perempuan itu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanpa zul aritu pun takde sapa kenal ko . Baik diam la. Ko bkn jenis tak bole pegang2 pun nk keluar stmnt cmtu. Silap2 kalau ada offer lain.yg memerlukan babak ranjang ko berani je buat
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka sama siti khadijah tapi harisah ni lawa lagi. Ada aura seksi menggoda mcm peah koba.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ko punya pasal satu mesia dpt tgk muka esbok bila tgh stim org dah lupa dik senyap2 je la
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikkk... Tiberr... Layanan di reject oleh esbok ke...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2023 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheol ke sepupu keknis?ke salah orng?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka spesen je dgn siti khadijah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg dia berlakon dgn Alip aziz.
Btw dia ni ada masuk dlm mimpi sesiapa tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Lampuled replied at 24-10-2023 08:44 PM
Bg dia berlakon dgn Alip aziz.
Btw dia ni ada masuk dlm mimpi sesiapa tak?

Haa aku pn harap dia berlakon ngn aliff aziz nak tgok hasilnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahriman replied at 24-10-2023 06:37 PM
Sheol ke sepupu keknis?ke salah orng?

salah chuols

sepupu keknis tu Shaza Bae
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
missbigrockstar replied at 24-10-2023 05:53 PM
Muka sama siti khadijah tapi harisah ni lawa lagi. Ada aura seksi menggoda mcm peah koba.

semua orang pakat kata sama tapi mata iols tak nampak persamaan tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
tak payah la deknon, esbok tu bukan best pon berlakon. Berlambak lagi pelakon lain yang ada & boleh berlakon. Lontaran vokal pon jelas, bukan macam si esbok tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi julripin yg naik court sorang2.


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi dia ni cantik. Muka melayu memang cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 24-10-2023 08:52 PM
semua orang pakat kata sama tapi mata iols tak nampak persamaan tu

I think bentuk muka je. Lgpn mungkin sbb pangkal nama pun siti. Aura beza la.. mmg yg ni npk sexy, yg lg satu npk innocent lg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sukanyanyi replied at 24-10-2023 09:00 PM
I think bentuk muka je. Lgpn mungkin sbb pangkal nama pun siti. Aura beza la.. mmg yg ni npk sexy, ...

i see. Iols heran dulu awat la orang dok kata muka theyols sama. Mungkin la kot dari jauh bentuk muka tu orang nampak dulu

both pernah berlakon SLCK sama2 so dalam cite tu pon memang lain sangat. Tak tertukar mana satu siti khadijah, siti hariesa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
DeLuna85 replied at 24-10-2023 08:56 PM
Tapi dia ni cantik. Muka melayu memang cantik.

rupa sheols sejenis melayu klasik gittew


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni ke yg pelakon from saga with love
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 24-10-2023 09:06 PM
rupa sheols sejenis melayu klasik gittew

Kan.. muka dia ni pun sejenis seksi juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.064682 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list