CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25638|Reply: 2

[Jenayah] Janji manismu

[Copy link]
Post time 17-2-2024 10:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 17-2-2024 11:14 PM

Seorang warga emas berputih mata dan menanggung kerugian RM1.28 juta selepas diperdaya pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata lelaki berusia 61 tahun itu yang merupakan peniaga membuat laporan polis di Johor Bahru semalam.

Katanya mangsa memaklumkan dia berhubung dengan seorang individu menerusi aplikasi WhatsApp dan diarahkan memuat turun satu aplikasi bagi memantau pelaburan dibuat.

“Mangsa telah membuat pembayaran ke beberapa akaun bank yang diarahkan individu tersebut, berjumlah RM1.28 juta sejak Nov lepas hingga Jan tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kumar warga emas itu tidak menerima sebarang keuntungan sehingga kini meskipun aplikasi terbabit memaparkan keuntungan lumayan, lalu membuat laporan polis selepas aplikasi itu gagal diakses.

Dalam kes lain, Kumar berkata seorang wanita warga emas pula kerugian RM390,000 selepas terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud.

Dia berkata pesara swasta berusia 65 tahun itu turut membuat laporan polis semalam selepas tidak menerima sebarang keuntungan daripada pelaburan itu.

“Mangsa memaklumkan menerima panggilan daripada seorang individu yang menawarkan pelaburan saham dikenali sebagai Fidelity dengan menjanjikan 30 peratus keuntungan daripada jumlah pelaburan.

“Namun, sejak membuat pembayaran dari Nov lalu hingga Jan tahun ini, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan,” katanya.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

- Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Labur lagi dan lagi sampai AJM
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani buat berani tanggung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.795397 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list