CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5107|Reply: 0

[Kedah] Warga emas maut digilis treler

[Copy link]
Post time 17-4-2024 01:31 PM | Show all posts |Read mode
Warga emas maut digilis treler


Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 17, 2024 @ 12:57pm  bhnews@bh.com.my




Lelaki warga emas yang maut dipercayai digilis sebuah treler di Jalan Gangsa, Mergong. NSTP/IHSAN BOMBA




ALOR SETAR: Seorang lelaki warga emas maut selepas terjatuh dari motosikal yang ditungganginya sebelum digilis sebuah treler di Jalan Gangsa, Mergong, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 10.04 pagi tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Nozlan Zakaria bersama 10 anggota termasuk sebuah jentera, sebuah EMRS dan sebuah motosikal RIM tiba di lokasi sejurus kemudian untuk melakukan operasi penyelamatan.

"Setiba di lokasi didapati, terdapat kemalangan membabitkan sebuah motosikal Honda EX-5 dengan sebuah treler.

"Terdapat seorang mangsa lelaki warga emas berusia 73 tahun dipercayai digilis di kepala serta badan dan tersepit di bawah treler di bahagian tayar hadapan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Naufal berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di lokasi tidak lama kemudian.

Beliau berkata, mayat warga emas itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.062542 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list