CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7290|Reply: 2

[Tempatan] Kokurikulum: Ibu bapa perlu maklum sekolah status kesihatan anak

[Copy link]
Post time 20-4-2024 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 20-4-2024 11:18 AM

SEREMBAN: Ibu bapa atau penjaga diminta memaklumkan kepada guru atau pihak sekolah mengenai status kesihatan anak masing-masing bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku terhadap pelajar ketika aktiviti kokurikulum di sekolah.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Dr Roslan Hussin, berkata dengan itu, sekolah mendapat maklumat tepat mengenai kedudukan seseorang pelajar sekali gus mereka yang mempunyai masalah kesihatan dapat dikecualikan kegiatan kokurikulum.

"Pelajar-pelajar ini minat untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah atas dasar kawan yang lain menyertainya, guru atau pihak sekolah tidak mempunyai maklumat kesihatan setiap pelajar.

"Apabila kita minta maklumat kesihatan, ada ibu bapa tidak memberikannya mungkin beranggapan ia perkara biasa.

"Oleh itu, ibu bapa atau penjaga dan pelajar itu sendiri mesti memaklumkan kepada guru atau pihak sekolah mengenai status kesihatan, mereka perlu secara jujurnya memaklumkan kepada guru-guru tentang kesihatan atau rekod kesihatan masing-masing," katanya.

Beliau mengulas kejadian seorang pelajar lelaki sekolah menengah dekat Jalan Kampung Gentam, Taman Fatimah, Kuala Pilah, yang meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa sekolah itu, pagi semalam.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, 14, dikejarkan ke hospital dan diberikan rawatan, namun disahkan meninggal dunia dua jam kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab, dilaporkan berkata remaja berkenaan menyertai sukan anjuran sekolah itu bersama kira-kira 700 pelajar lain jam 8 pagi.

"Ia membabitkan larian sejauh tujuh kilometer. Jam 9.30 pagi ketika mangsa menghampiri garisan penamat, tiba-tiba dia dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri," katanya.

Difahamkan, guru di lokasi memberikan bantuan pernafasan tetapi remaja berkenaan tiada tindak balas sebelum pihak sekolah menghubungi talian kecemasan 999.
Roslan berkata, setiap sekolah sememangnya mematuhi garis panduan ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) bagi aktiviti luar bilik darjah ketika cuaca panas.

Sebarang aktiviti luar bilik darjah tidak boleh dijalankan, sekiranya suhu mencapai 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Menurutnya, pihaknya melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu berikutan pihak sekolah tidak mempunyai maklumat berkaitan status kesihatan pelajar terbabit.

Roslan menegaskan bahawa perkara itu juga adalah di luar kawalan pihak sekolah dan guru.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2024 08:02 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Definitely. Pelik juga parents dah tau anak ada masalah kesihatan macam tu masih membenarkan. I pasti pihak sekolah dah larang sebab deme lagi la maklum kalau jadi apa-apa, lebih memburukkan keadaan. Tapi itulah, nak jadi asbab.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.072639 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list