CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2286|Reply: 0

Gabungan klasik Nautica

[Copy link]
Post time 10-11-2011 10:29 AM | Show all posts |Read mode
ISTIMEWA koleksi musim luruh jenama Nautica tahun ini kerana ia mengembalikan rekaan berunsur tradisi iaitu signatur asal Nautica yang mementingkan keaslian, warisan dan padanan rekaan sukan yang klasik.Meskipun begitu, sedikit suntikan teknikal menyerlahkan rekaan yang mencerminkan gaya sepanjang zaman, seimbang dan bertenaga.



KOLEKSI terbaharu Nautica turut menawarkan himpunan pakaian buat sang jejaka


Musim kali ini memperkenalkan rekaan-rekaan kasual yang sesuai untuk pelbagai acara. Rona gelap dan suam seperti jingga, kuning gelap, oren tampak teguh, manakala bayang-bayang biru cair, biru gelap dan terang serta kelabu mencipta gabungan warna yang menyerlahkan penampilan.Pakaian luarnya yang disuntik fungsi teknikal merupakan kekuatan Nautica seperti Kot Twill Trench daripada fabrik nilon dan kapas, selain rekaan Ballast Parka yang menjadi rekaan ikonik serta blazer tiga butangnya.
Untuk baju panas pula, paten terbaharu diperkenalkan seperti leher bulat, satu perempat zip, leher penuh dan leher V yang kesemuanya dibuat menggunakan kain kapas 12 gg.



KIRI: Jaket nuansa biru menyuntik penampilan ranggi apatah lagi ia digayakan bersama seluar jean.

Untuk baju tenunan, Nautica mencipta kemeja jersi rugbi dalam rona kosong mahupun corak jalur. Rekaan jean yang pelbagai pula diberi tenaga tambahan melalui suntikan elemen kasual yang dimaksimumkan.



KEMEJA berkotak dipadan dengan baju T polos sedondon warna.

Untuk denim, rekaan slim fit adalah yang paling penting. Tambahan tekstur vertikal dan perincian menjadikan rekaan lebih up to date. Warna kelabu masih menjadi elemen asas tetapi, pilihan terbaru denim biru dan hitam melengkapkan koleksi jean Nautica.
Pengenalan rekaan kemeja formal Nautica juga diperhebatkan untuk penampilan lebih rugged dan kacak. Rekaan-rekaan yang menjadi rebutan ialah kemeja Chambray Slim Fit, kemeja jaket dalam fabrik suede dua lapis dan baju panas Fisherman.
Jaket utiliti kain kapasnya pula merupakan rekaan tunggal dalam kategori itu, manakala kemeja Carter Stripe Raglan tangan panjangnya merupakan padanan sempurna bersama jaket Nautica atau dipakai begitu sahaja.


Untuk rekaan bahagian atas, tenunan yang diinspirasikan corak tentera ditambah perincian poket tampal, manakala tampalan suede di siku menyerlahkan rekaan kemeja Milbourne Pique.

Kemeja T lengan panjang dan pendek pula memperkenalkan palet warna dan perincian baru seperti logo rona kontras dan aplikasi grafik.


Sementara itu, koleksi rekaan untuk si gadis pula mencerminkan gaya feminin klasik pada setiap helaian, namun menyuntik elemen sofistikated pada masa yang sama.Warna-warna yang ditawarkan bagi koleksi Great Lakes merupakan pilihan sempurna untuk musim luruh. Warna biru gelap dan hijau dipadankan dengan rona putih, krim dan kelabu.

Seluar denimnya mengekalkan rekaan asal mahupun pilihan baru lima poket yang ringan untuk aktiviti lasak, manakala tekstur yang diperbaharui memberikan gaya elegan meskipun hanya dipadankan dengan sehelai cardigan.Koleksi Windy City pula merupakan rekaan paling sofistikated untuk si gadis Nautica. Ia memberi fokus kepada rekaan kemeja klasik dalam biru gelap, kelabu, putih, beri, merah jambu dan arang bagi mencipta variasi dalam setiap helaian.



REKAAN dres pendek yang menyerlahkan penampilan wanita tampak menawan dan sofistikated.

Blaus femininnya dengan cetakan dot merupakan corak signatur, manakala dres kemeja klasiknya mencipta emosi anggun apabila diserikan dengan selendang yang menggantikan kardigan.Koleksi Mackinac pula, merupakan seluar gaya luar rumah yang hebat. Reflek warnanya menceritakan perubahan musim dalam rona suam dan tenang musim luruh seperti rona jingga dan putih.
Pilihan seluar panjang longgar atau gaya seorang pelayar dengan butang atau denim biru lusuh gaya vintaj memberikan rasa sebenar wanita Nautica.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.062146 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list