CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayahjoe

UMRAH & HAJI XII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 11-9-2012 07:44 AM | Show all posts
Saya nak pergi umrah tahun depan.
Tak tahu samada nak pilih andalusia atau mas holiday.
Ada sape2 ada  pandangan pasal mas holiday?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2012 08:10 AM | Show all posts
ma3rd posted on 10-9-2012 10:16 PM
Saya lagi la..confirm cuti tanpa gaji sebulan. Cuma nak tahu tarikh je. Nak kena siapkan kerja seb ...

InshaAllah! semoga setiap urusan awak & parents dipermudahkan

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2012 10:04 AM | Show all posts
Ade sesape sini yang tahu mengenai kursus pemantapan haji untuk bakal jemaah haji x?
penceramah ustaz sapawi che mat
minggu lepas die berceramah di ampang
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2012 11:05 AM | Show all posts
nuha_zaheera posted on 11-9-2012 10:04 AM
Ade sesape sini yang tahu mengenai kursus pemantapan haji untuk bakal jemaah haji x?
penceramah ust ...

nuha, tak silap saya dengar masa kursus perdana hari tu Ustaz Sapawi ada buat 2kali... yg last week dkt Ampang dan 15 ke 16hb ni kat masjid somewhere in Keramat. Ada catit rasanya...tp buku kt rumah la plak!

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2012 11:19 AM | Show all posts
Pr|nCeSS^M|cKeY posted on 10-9-2012 01:07 PM
salam freshoren... hehe.. ibu pun ada bgtau M|cKeY pasal freshoren..
insya Allah, ada rezeki...
...

oo sebulan ye kat sane?best sungguh..
sy 2mggu je..x best sebab kejap..tp alhamdulilah dpt juga rasa pengalaman pahit manis yg x terhinggggaaa sgt...bole leleh airmata kalo ingat...mmg best umrah ramadhan tp nak tggu next ramadhan lama lagi..huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2012 12:03 PM | Show all posts
2la. makcik saya pegi kursus haji perdana kat shah alam bgtau
tapi die xsure masjid mane..
15hb dan 16hb ni ustaz shihabudin bagi kursus insentif di Masjid Bdr Tun Razak
saya nak cube dgr ceramah ustaz sapawi lak sbb makcik saya kate bagus
mohon tt lain share info
sbb saya bdk baru belajar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2012 01:05 AM | Show all posts
Lagi berita jemaah buat perangai, pihak travel kene denda.

SEPANG 11 Sept. - Sekumpulan 13 orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan rakyat Malaysia dihantar pulang ke tanah air dari Arab Saudi hari ini, selepas mereka didapati melakukan kesalahan berkaitan peraturan visa.

Mereka merupakan sebahagian daripada kumpulan 300 pelawat dari Malaysia yang memperoleh visa menerusi pakej umrah yang ditawarkan oleh syarikat Destinasia Travels Sdn Bhd, yang berlepas ke Arab Saudi secara berperingkat sejak Julai lepas.

Pengurus Destinasia, Muhd Norzi Md Ghazali berkata 13 orang itu ditahan kerana berada di Arab Saudi melebihi tempoh yang dibenarkan visa, dan siasatan mendapati mereka dipercayai berhasrat untuk tinggal di Arab Saudi selama kira-kira lima tahun untuk “belajar di sekolah pondok” di sana.

“Tindakan mereka ini menyusahkan pihak kami dari segi masa, tenaga, dan juga wang. Kami akan buat aduan kepada pihak Persatuan Agensi-agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta). Untuk tindakan seterusnya saya belum pasti lagi, mungkin laporan kepada pihak imigresen atau polis,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Kumpulan sembilan lelaki dan tiga wanita yang berumur antara 30 dan 70 tahun serta kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun itu tiba di KLIA pada 1.30 tengah hari, namun mereka enggan memberi sebarang komen semasa didekati.

Merujuk kepada kumpulan 300 pelanggan pakej umrah yang ditawarkan Destinasia Muhd Norzi berkata kira-kira 70 orang sahaja daripada mereka yang mematuhi jadual mengikut pakej yang ditawarkan, manakala selebihnya menimbulkan “beberapa masalah” seperti tidak mengikut jadual atau enggan mematuhi pakej tempat tinggal yang ditetapkan.

Beliau berkata bagaimanapun 13 orang ini merupakan kumpulan terakhir daripada kumpulan 300 visa yang dipohon Destinasia itu, yang terpaksa “dicari” oleh banyak pihak di Arab Saudi sebelum ditahan untuk dihantar pulang ke tanah air.

Katanya usaha mencari mereka dilakukan oleh muasassah dan mutawif yang dilantik, dan juga pihak berkuasa kementerian Haji Arab Saudi, selepas tempoh visa untuk berada di Arab Saudi tamat Ogos lepas.

Utusan Malaysia. 11/9/2012.


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 05:44 PM | Show all posts
Pr|nCeSS^M|cKeY posted on 8-9-2012 07:13 PM
mickey pun teringin jugak nak cuba pergi dgn andalusia..
masa pi ramadhan tempoh hari...
kebet ...

salam Mickey
haritu pegi umrah bulan Jun dgn Andalusia jugak
alhamdulillah..mmg puas hati

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2012 02:20 PM | Show all posts

Sunyinya mana pergi teman2 umrah/haji yang lain mai lah rindu rindu dengan 2 kota suci Makkah/Madinah. Mai lah meriah meriahkan teman teman yang akan pergi menunaikan haji.

Selamat menunaikan Haji pada teman teman yang bertuah serta terpilih untuk menunaikan haji tahun ni.

Cuba perhatikan 2 keping foto ni nampak tak kelainannya. Yang bawah terbaru

Foto credit to skycrapercity.com




Last edited by aily on 14-9-2012 02:24 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 11:36 PM | Show all posts
te_peng posted on 2-9-2012 04:28 PM
Merujuk kepada berita apa sudah jadi Wahai Muhammadiyah Travel? Adakah urusan bisnis kena tipu lagi? ...

Assalamu'alaikum wbt

Lama saya tak masuk ke sini.

Saya nyaris-nyaris pergi dengan Muhammadiah pada Jun lepas. Selepas berbincang dengan wakllnya di Melaka saya tidak berapa yakin sebab bila tanya pergi naik apa? Dia jawab, "Tengoklah mungkin dengan MAS atau Eagle". Bila tanya ada flight terus ke Madinah tak? Dia jawab lebih kurang macam tu jugak "tenguklah bla bla bla ...". Bila tanya kat Mekah tinggal hotel mana? Dia jawab lebih kurang macam tu jugak: "Tenguklah mungkin kat Seraya Ajiyad atau ..." Terus saya cancelled niat nak ikut Muhammadiah sebab wakilnya sendiri tidak sure kan.

Saya teruskan pencarian TA yang sesuai (saja nak ubah angin sebab nak cari pengalaman guna TA lain - sebelum tu 2x ikut Andalusia). Dapat lah satu TA ni. Servisnya saya bagi 7 kalau ikut skel 1-10.  Hotel kat Madinah - Hotel Movenpick. Depan masjid, dan makanannya memang class (saya difahamkan 80 Riyal sehari atau sekali makan -- sorry tak pasti)

Hotel kat Makkah memang dekat dengan Masjid Haram tetapi kena mendaki bukit lebih kurang 50 kaki dengan kecuraman 30 darjah. Jemaah yang sudah berumar lanjut atau berkerusi roda memang masalah besar untuk ke masjid. Mutawifnya tidak ada pejabat khas di hotel, jadi kadang-kadang payah nak jumpa - tidak seperti TA Andalusia, mutawif mereka ada pejabat kat hotel dan boleh jumpa 24 jam. Dulu saya ada laporkan kat sini yang TA ni tak bagi resit sebelum saya pergi umrah. Daaannn sampai sekarang pun saya masih belum dapat resit lagi, pada hal masa telefon salesgirlnya memang dia promise untuk poskan. Nasib baik semuanya berjalan lancar kat sana - syukur Alhamdulillah.

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 01:05 AM | Show all posts


Depan hotel Movenpick - tengah tunggu bas untuk program ziarah luaran.











Dewan Makan





Last edited by msaadhamid on 15-9-2012 01:08 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 01:18 AM | Show all posts

Hotel di Makkah agak tersorok sedikit iaitu di belakang Le Meridien. Kita kena mendaki bukit sejauh lebih kurang 30 meter kemudian belok ke kiri. Kat hujung itulah hotel yang kami tinggal.




















Last edited by msaadhamid on 15-9-2012 01:19 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 01:40 AM | Show all posts
Tapi hotel ni ok lagi berbanding dengan hotel yang kat atas jalan tu. Saya berdiri di simpang untuk menuju ke hotel kami tinggal. Perhatikan jemaah wanita yang terpaksa mengheret bagnya untuk ke hotel yang kita nampak kat atas tu. Banyak lagi hotel kat belah-belah atas tu. Bila berselisih dengan jemaah-jemaah yang terpaksa mendaki lagi untuk sampai ke hotel masing-masing, memang nampak kekecewaan di muka mereka.




Saya zoomkan supaya kita boleh nampak dengan lebih jelas lagi. Bayangkan macam mana jemaah yang berkerusi roda nak ke Masjidil Haram?







Namun fasiliti hotel adalah memuaskan. Ruang legar dan bilik agak luas. Walaupun ada kemudahan WiFi, tapi tak dapat akses dari bilik. "Maaf, modem kami ada masalah sedikit. Nanti kami panggil teknisyen." Sampailah kami balik, WiFi masih tidak dapat digunakan. Tapi staf kat kaunter laju jer akses Internet.






Last edited by msaadhamid on 15-9-2012 01:46 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 02:03 AM | Show all posts
Puan moderator.

Bagilah point - penat pos entri tapi point tak bertambah pun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 08:50 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 15-9-2012 01:40 AM
Tapi hotel ni ok lagi berbanding dengan hotel yang kat atas jalan tu. Saya berdiri di simpang untuk  ...

Apa nama hotel tu di Mekah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 12:42 PM | Show all posts
rohai00 posted on 15-9-2012 08:50 AM
Apa nama hotel tu di Mekah?

Nada al Deafah

Last edited by msaadhamid on 15-9-2012 12:49 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2012 02:14 PM | Show all posts
msaadhamid posted on 15-9-2012 12:42 PM
Nada al Deafah

ini mesti ikut TA xxRx xxxJxxx kn?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 02:26 PM | Show all posts
aily posted on 14-9-2012 02:20 PM
Sunyinya mana pergi teman2 umrah/haji yang lain mai lah rindu rindu dengan 2 kota suci Makkah/Madi ...

2 bangunan hotel dh hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 06:43 PM | Show all posts
msaadhamid posted on 15-9-2012 02:03 AM
Puan moderator.

Bagilah point - penat pos entri tapi point tak bertambah pun.

lawa jugak hotelnya ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 08:21 PM | Show all posts
rohai00 posted on 15-9-2012 02:26 PM
2 bangunan hotel dh hilang.

Teng!! betul tapi ada lagi perubahan. Perhatikan betul betul ada satu lagi tingkat telah dibina
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.588905 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list