CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37268|Reply: 209

[Jenayah] Kakitangan awam dibunuh, isteri dirogol di Bentong

[Copy link]
Post time 4-11-2012 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Kakitangan awam dibunuh, isteri dirogol           Kuarters Pejabat Hutan Daerah Bentong yang didiami Khairul Hazri Jamaludin yang maut dalam kejadian samun di Bentong, Pahang, semalam.

BENTONG 3 Nov. - Seorang kakitangan Pejabat Hutan Daerah Bentong maut manakala isterinya dipercayai dirogol dalam kejadian samun di kuarters Pejabat Hutan Bentong, Jalan Tras dekat sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, ketika kejadian pukul 4.40 pagi itu, Khairul Hazri Jamaludin, 31, dan isterinya yang berusia 28 tahun tidur di ruang tamu.
Menurutnya, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan senapang patah masuk ke dalam rumah menerusi tingkap bahagian dapur.
"Kehadiran suspek mengejutkan pasangan suami isteri itu menyebabkan Khairul Hazri bertindak mempertahankan diri dan bergelut dengan suspek.
"Mangsa bagaimanapun dihentak di belakang kepala, tengkuk dan perut oleh suspek dengan senapang patah menyebabkannya cedera parah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut beliau, suspek kemudian dipercayai merogol isteri mangsa sebelum melarikan barangan berharga milik pasangan berkenaan.
Abdul Aziz memberitahu, isteri mangsa kemudian mendapatkan pertolongan orang ramai sebelum kedua-duanya dibawa ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan.
"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong kira-kira pukul 7 pagi manakala isterinya menerima rawatan dan pemeriksaan lanjut di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) kerana dipercayai dirogol dalam kejadian itu," jelasnya.
Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

beta_carotene: Mengapa Berita Hairan tidak nyiarkan berita ini ya?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2012 08:17 PM | Show all posts
teruknya jenayah di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 08:17 PM | Show all posts
harap pindah semua kuarters kerajaan ke pavillion........ sana baru selamat.........

takziah pd keluarga mangsa.........
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 08:19 PM | Show all posts
ngerinya baca kisah ni tadi.. kejam sgt2..
semoga penjenayah tu dpt balasan setimpal..
kalau x dpt balasan dunia, akhirat kelak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 08:19 PM | Show all posts
penjenayah ada di mana-mana termasuk dlm hutan belantara sana
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 08:20 PM | Show all posts
Simpati kpd si isteri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2012 08:21 PM | Show all posts
omaigoddd.... kasihannyaaaa
kalo culprit tu kena tangkap... sila penjarakan heols dalam hutan simpanan....
biar gajah.. beruk rogol heols
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 08:22 PM | Show all posts
Takziah




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2012 08:24 PM | Show all posts
tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan senapang patah masuk ke dalam rumah menerusi tingkap bahagian dapur..

kalo betol pakai senapang patah ori,senang jerk nak tgkp,list pemilik senapang patah ade je kt balai polis...leh cek sorang2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
cari je lah rumah2 yg ada senapang patah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 08:26 PM | Show all posts
mana hang tuah, hang jebat, hang lekir, hang lekiu dan hang kasturi...? sibuk jaga sultan ka?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 08:32 PM | Show all posts
kesiannya....tingkap dapur dia jenis camne yg blh pecah masuk......
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 08:33 PM | Show all posts
Isteri srwah tengah mengandung masa itu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 08:34 PM | Show all posts
Susper orang Indon, kira betul yek kena rogol... Siannya
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 08:35 PM | Show all posts
masyaAllah.. kenapalah kes2 jenayah makin teruk sekarang ni..
takziah utk keluarga mangsa.. simpati sangat dengan nasib isterinye, harap beliau tabah ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 08:35 PM | Show all posts
jahat nyer... nak rompak... rompak jer lah...xpyh nak bunuh dan rogol org...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2012 08:36 PM | Show all posts
Berita Di Sinar Harian Online

Maut cuba selamat isteri

Maut Cuba Selamat Isteri

NORFARAHAH OTHMAN
4 November 2012

BENTONG – Sepasang suami isteri yang sedang lena tidur dikejutkan dengan kehadiran seorang penyamun bertopeng bersenjatakan senapang patah dalam kejadian di kuarters Pejabat Hutan Bentong, Jalan Tras, kira-kira jam 4.40 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Khairul Hazri Jamaludin, 31, yang merupakan kakitangan Pejabat Perhutanan Daerah Bentong, meninggal dunia akibat cedera parah selepas cuba menyelamatkan isterinya, 28, daripada diancam penyamun terbabit.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, suspek dipercayai masuk ke dalam rumah mangsa menggunakan tingkap bahagian dapur yang sudah dipotong dan ditanggalkan cerminnya.

Menurutnya, kehadiran suspek mengejutkan tidur pasangan suami isteri itu menyebabkan mangsa cuba melawan.

“Suspek kemudiannya bertindak menghentak bahagian kepala, leher dan perut mangsa menggunakan senapang patah yang dibawanya.

“Manakala isteri mangsa cuba membantu namun turut dihentak menggunakan senapang patah di bahagian kepala dan dalam masa sama, mangsa turut cuba menyelamatkan isterinya,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Aziz berkata, penyamun itu kemudiannya bertindak mengambil barangan berharga milik mangsa dan isterinya.

Menurutnya, selepas itu suspek melarikan diri dan isteri mangsa kemudiannya berlari keluar rumah untuk meminta tolong.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi.

“Sementara itu, isteri mangsa dibawa menjalani rawatan lanjut di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) kerana dipercayai turut dirogol dalam kejadian tersebut,” katanya.

Abdul Aziz berkata, polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terkejut terima berita

Sementara itu rakan serumah mangsa, Aimin Hazli, 38, berkata, kali terakhir dia bertemu rakannya yang lebih mesra dengan panggilan ‘Tok’  itu pada malam Khamis lalu sebelum pulang ke Shah Alam.

Menurutnya, dia terkejut menerima panggilan telefon pagi semalam memaklumkan kejadian yang berlaku.

“Kebiasaannya, saya dan Tok jarang berada di rumah pada hujung minggu kerana pulang ke rumah keluarga masing-masing.

“Tok ada menyatakan dia tidak pulang ke Temerloh minggu ini kerana ingin ke Kuala Lumpur menghadiri kenduri kahwin dan isterinya turut datang ke sini,” katanya kepada Sinar Harian.

Aimin berkata, dia benar-benar terkejut dengan kejadian itu dan  menyifatkan Tok sebagai seorang rakan yang baik kerana sepanjang lapan bulan menjadi rakan serumah mereka begitu rapat.
Kakak rasa tidak sedap hati

Kakak mangsa, Rosnah Jamaludin, 55, berkata sejak tiga hari lalu, dia berasa tidak sedap hati dan tidak menyangka perkara buruk menimpa adik bongsunya itu.

Menurutnya, kali terakhir mereka bertemu pada sambutan hari raya puasa yang lalu.

“Saya tidak dapat menggambarkan perasaan ketika menerima panggilan telefon memaklumkan perkara itu.

“Kami sekeluarga bergegas dari Petaling Jaya ke Hospital Bentong sejurus mendapat maklumat,” katanya.

Rosnah berkata, jenazah adiknya itu akan dibawa pulang ke Kampung Padang Tenggala, Temerloh untuk dikebumikan selepas semua urusan selesai.

Turut hadir melawat keluarga mangsa ialah Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Pengarah Perhutanan Negeri, Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman dan Adun Bilut, Datuk Hoh Khai Mun.

Sinar Harian Online
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 08:37 PM | Show all posts

Tiong Lai (kanan) sempat meluangkan masa melawat keluarga mangsa di Hospital Bentong
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 08:37 PM | Show all posts
Tolonglah, Tolonglah, pegawai2 polis sekalian, bertindaklah dgn maximum kapasiti utk menjejaki penjenayah2 itu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 08:38 PM | Show all posts

Anggota unit forensik polis sedang memeriksa cermin tingkap rumah mangsa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.082792 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list