|
Up Sikit Info...
Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 10c hingga 20c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.Pengunjung boleh ke sini dari Tapah, Perak.Jalan dari Simpang Pulai,Ipoh juga boleh sampai ke Cameron Highlands. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar. Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf.Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik. Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.
Daerah Cameron Highlands terdiri daripada sembilan pekan dan kampung:
Ringlet
Lembah Bertam
Tanah Rata
Brinchang
Kea Farm
Tringkap
Kuala Terla
Kampung Raja
Blue Valley
Taman bunga: Cactus Point 500 meter dari Kea Farm
Ladang Teh: Ladang Teh BOH, Bharat tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea
Kebun Sayuran: Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm, Tringkap dan Kuala Terla.
Taman bunga: Rose Centre, Rose Valley.
Kebun Buah Strawberry.
Taman rama-rama.
Tokong Sam Poh di Brinchang
Jungle Trekking
Pasar Sayur dan Pasar malam
The Smoke House, The Lake House, Strawberry Park
Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.
Banyak hotel-hotel yang telah naik sejak beberapa kebelakangan ini antaranya :
Bala's Chalet
Heritage Hotel
Century Pines Resort
Equtorial Hill Resort
Rosa Pasadena
Casa De La Rosa
De La Ferns
The Smoke House
The Lake House
Iris House
Star Regency
Rainbow Hotel
Shahzan Inn
Strawbery Park Resort
Cameron Highlands Resort (sebelumnya Merlin Inn Resort)
Hillsview Hotel
Kavy Hotel (Budget Hotel)
Sri Pahang House
Ye Olde Smokehouse
Shal's Apartment
Parit Falls
New Garden Inn,Tanah Rata
Father's Guest House
Heritage Hotel
The Cool Point Hotel
Lakehouse House
Kalai Villa Apartment (Tanah Rata)
untuk lebih info
Cameron Highlands Info
Last edited by apis8ty4 on 26-12-2012 03:26 PM
|
|