CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30510|Reply: 167

Pengalaman TraVeL yg memorable sepanjang 2012 & impian 2013

[Copy link]
Post time 26-12-2012 02:04 AM | Show all posts |Read mode
Kesinambungan daripada benang tahun lepas Travel - Yang terbaik sepanjang 2011 & impian 2012 kita buka benang baru utk ringkasan pengalaman travel sepanjang 2012 pula.

Kali ini kalau boleh janganlah setakat taruk list 'kemana-aku-pergi' semata...rajin2kan lah ulas sedikit tentang pengalaman travel itu....tak perlu ceritakan semuanya, just...nyatakan apa pengalaman yg paling diingati dari trip itu. Gambar2 travel adalah digalakkan.

So far....tahun 2012 aku masih lagi berlegar2 sekitar rantau Asia Tenggara....dapat peluang 'outstation' selama sebulan lebih di Jakarta pada awal tahun, menyertai rombongan kawan2 ke Bali dan ber-backpackers ke Thailand sebanyak dua kali....dan antara pengalaman yang diingati pada tahun ini ialah:-

Melihat bebola api naga di Sungai Mekong - Walaupun tahun ini aku tak melihat fenomena alam seperti letusan gunung berapi depan mata macam tahun lepas, aku berpeluang melihat fenomena aneh yg sering berlaku di Sungai Mekong (di Nong Khai - bahagian timur laut Thailand). Malam pertama, beratus ribu warga tempatan berkumpul di tebing sungai menunggu bebola api misteri bewarna merah muncul dari sungai menjulang ke udara tetapi hampa sbb tak ada apa2 berlaku. Oleh kerana travel sorang dan tak ada kenderaan utk ke tempat melihat Naga Fireballs ini (yg terletak di kawasan pedalaman 50km dari guest house) aku tumpang motor pasangan Itali waktu pergi dan tumpang balik warga tempatan yg baru tutup kedai jam 1 pagi (kalau takde diorang alamat tidur tepi sungai la mlm tu). Utk malam kedua pula menumpang van sekumpulan pembikin filem dokumentari yg sempoi dari Bangkok dan bagusnya malam kedua dapatlah lihat sekitar 50 bijik bebola api misteri tu. Cerita penuh pasal pengalaman meilihat bebola api naga ni ada di sini ---> Travelog Thailand (wilayah Isan) - Mecari Bebola Api Naga di Sungai Mekong


*Ratusan ribu pengunjung menanti peluang untuk lihat bebola api naga muncul dari sungai Mekong

Sesat di Ayutthaya (malam) - Pertama kali tiba di Ayutthaya (central Thailand) dah hampir larut malam...pekan kecil Ayutthaya tidur awal, hampir semua premis dah tutup. Aku sama dua beranak dari Poland berjalan kaki dari stesen keretapi mencari penginapan murah (RM25 semalaman) tapi tak jumpa. Sampai kat satu guesthouse RM50 semalaman, ibu-anak polish dah penat, so aku offer utk carikan tempat tu sendiri...jalan punya jalan kena sergah dgn anjing2 liar yg banyak berkeliaran (sangat scary okeh!)....terpaksa tahan motor sorang budak kampung untuk lalu jalan2 pekan itu dengan selamat. Malangnya penginapan murah RM25 dah full, so kena mintak budak motor tu bawak aku balik ke penginapan RM50 tadi......

Sesat di Ayutthaya (siang) - Berbasikal di Ayutthaya pada besok harinya memang sangat penat...sebabnya sesat, kalo tak sesat takdelah kena kayuh sampai 30 km di tengahari yg sangat2 panas. Namun kenangan manis selepas bawa basikal naik bot melintas sungai ialah jumpa perkampungan dengan banyaknya masjid2 dan sekolah pondok. Sedang hampir semua org tempatan tidak boleh berbicara dlm english atau melayu, terjumpa pula seorang ustaz asal Bangkok yg boleh cakap Indon dgn fasih sebab pernah tinggal di Jakarta selama beberapa tahun.

Cerita naik bas bandar - Pertama kali tiba di Bangkok adalah dengan bas ekspress dari Phuket. Sampai awal pagi di terminal ntah dimana, kena naik bas bandar utk ke stesen BTS terdekat. Setelah dapatkan panduan dari locals, akhirnya berjaya naik bas pertama pagi tu sama dengan warga2 Bangkok yang nak pergi kerja...aku berdiri saja dalam bas tunggu conductor datang jual tiket tapi takde pun...sedangkan bas akhirnya tiba di stesen BTS yg nak turun tu...maka, terus turun je la dlm keadaan terpinga2 'takpe ke tak bayar tambang ni?'.....kali pertama naik bas bandar di Bangkok dan tak bayar tambang...pastilah antara kenangan yg diingati kan


*Masjid Bang Luang di area Tonburi, Bangkok merupakan satu-satunya masjid dengan senibina tradisi Thai

tu antara kenangan yg memorable dari Thailand, ada lagi sebenarnya....selain dari Thailand, pengalaman bertemu A.Fuadi, penulis novel Negeri 5 Menara di Jakarta, bertemu Garin Nugroho, pengarah filem artistik tersohor Indonesia di Singapura dan bertemu Ketut Liyer (watak dlm buku/filem Eat Pray Love) yang sebenar di rumahnya di Ubud, Bali adalah antara pengalaman personal yang diingati.....


*Dua gadis Jepun di rumah Ketut Liyer di Ubud, Bali

Resolusi 2013 pulak:-

Incredible India - Tahun lepas pun cakap resolusi yg sama...tapi tak menjadi. Insya Allah tahun depan jadilah...Februari dan Mac, dua bulan solid utk cover kebanyakan bahagian utara termasuk beberapa town di pinggiran banjaran Himalaya.

Bumbung dunia atau laluan sutera - China dlm September...fokus utama ialah Tibet, ke istana Potala dan Everest base camp tapi sekiranya Tibet tidak mungkin, rancangan ditukar kpd meneroka laluan sutera hingga ke bahagian barat negara China.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2012 02:09 PM | Show all posts
adeh..pnat menaip tetiba draft hilang...huhu. kena repeat balik
so aku kasi up dulu la thread nih..maklumla dh ujung2 tahun..kang tertolak ke belakang..org tak perasan.

ampun mod..jgn marah
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 03:13 PM | Show all posts
March thn 2012 aku dpt pergi Ho Chi Minh..
Patutnya trip HCM ni aku pegi bln 7/2010...tp sbb lg semggu nk pegi aku 'kemalangan' n shoulder aku dislocate.. so aku terpaksa burn tix aku g sana....frust yg teramat2 la kan..sbb pulun dok ngadap thread HCM kt forum ni skali di saat2 akhir aku yg xdapat pergi...

lps dari tu..mmg aku azam nk pg gak HCM...sampai la awl thn 2012,AA buat promo tix return HCM rm260++ fly bulan 3
so apalagi terus grab la..yg plg best trip ni masa birthday lana.. kira celebrate besday atas kapal trbg la..heheh

4 hari kat sana..me n fren pegi tour Mekong River,Chu Chu Tunnel.. jalan2 dalam town HCM tu..
merasa la mcm mana nk lintas jalan motor penuh atas jalanraya..kwn lana siap mngucap sambil melintas..

2thn lana simpan hasil kajian HCM lana..xsangka 2012 br Allah izin lana pg sana...  




selain tu 2012 2x lana g Indon
1st time visit bandung...teman kwn soping barang kwen.. siap pg main2 kat Trans STudio

2nd time visit Bandung again tp via Jakarta - yg ni siap insaf lg..org kaya- kaya sangat2 kaya...org miskin sangat2 miskin di Jakarta

then trip ulangan g Kuching with family
yg lain2 trip2 dekat2 je..

trip yg sudah konfem 2013
Krabi (insyallah nk ikut kwn)
Hongkong/ macau in february... - tgh pulun study

trip repeat
HCM (april) & Kuching(august) again







































Last edited by lana_lang on 26-12-2012 03:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 05:44 PM | Show all posts
2012
Januari - Kuching...pegi ms cuti CNY...dpt melawat Kg Budaya n seronok tgk show tarian kaum2 di s'wak
Mei - Langkawi - pegi ngan family mestila seronok kn...olive klu ke mana2 ngan family mesti rs best je...klu ngan member kene tgok jenis kwn ...
Jun - Ho Chi Minh, seronok ms gi Cuchi Tunnel..tempat tu biasa2 je tp teruja tengok kecerdikan Vietnamese  trap Us army...pasar mlm kat Ben Tanh dah mcm danau kota...penuh ngan malaysian..seronok gak dpt bertukar2 tips + harga brg sesama m'sian
November - Hong Kong - paling best, semuanya urus sendiri...cuma kecewa sket kat The Peak x nampak view HK sbb kabus tebal...rasa nk repeat Hk lagi + nak gi Macau sekali

2013
domestik mgkn sekitar Sabah je - pulau manukan, dan Tenom ( antara pekan yg plg tenang, scenery hulu Sg Padas yg cantik...dan x byk tourist)

Mac - Taiwan ( x pasti lagi...50/50 pegi atau tak)
Mei - Bali ( insyaallah 70% jadik)
Dec - South Korea - winter sonata vacation  (misi nak merasai salji tulen)...hehehe


yg betul2 nak pegi sampai dah khatam thread Osaka/Tokyo - 2014 insyaallah....
destinasi penting - Istanbul - sejak 2010 dah psg impian ni ...terpengaruh buku ustaz Hasrizal Secangkir Teh Pengubat Letih.... ( yg ni ditunda ketahun2 akan dtg)

Last edited by olivegal on 16-2-2013 11:40 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 06:57 PM | Show all posts
olivegal posted on 26-12-2012 05:44 PM
2012
Januari - Kuching...pegi ms cuti CNY...dpt melawat Kg Budaya n seronok tgk show tarian kaum2 d ...

ah..dh bace buku tu...bestkan travelog ustaz tu . cuma aku x berkenan sbb dia cenderung membandingkan kekurangan malaysia etc...pada pandangan aku la...

pada aku..jauh mana travel pun..jatidiri jerla yg ingatkan diri bab 'hujan batu dinegeri sendiri etc.'..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 02:05 AM | Show all posts
Pengalaman Travel yang Memorable Sepanjang 2012 dan Impian 2013.
Tema 2012 ialah Cuti-cuti Malaysia...

Januari - Genting Highland - 2D1N
Tak payah cerita pun takpe sebab 1 Malaysia tahu genting tu ade ape kan?
So mmg fun layan game, fefeeling sejuk kunun mcm kat banjaran himalaya gitu...
*all in habis dalam RM700 for 3pax...


Januari - Pengkalan Balak - 2D1N
Lebih kepada santai-santai lepas stress...
terasa rindu nak bercamping masa zaman skolah dulu...
so kami pakat nak camping dengan keluarga besar...
siap bawak peralatan camping bagai.... dengan gas mininya sume...
syoklaa... sesekali lepas stress macam nih...
paling syok, memasing siap bawak pets memasing... perghhhh... cool sesangat....
*all in habis dalam RM350 for 3pax...





Februari - Langkawi - 3D2N
Saja tunaikan hasrat ibunda terchenta (cewahhh ayat!) yg teringin benau nak pi langkawi.
So plan bebaik, dptlaa tunaikan hasrat tu...
Meskipun cuma 3hari2malam, namun boleh katakan semua tempat menarik kami terjah...
flight belah petang, so sampai langkawi dah petang kol 5 gitu...
Mlm pertama bermalam di area pantai.. kami pilih pantai tengah sebab takmo too crowded kat pantai chenang...
so hari pertama tu kami dah cover jelajah sepanjang jalan pantai chenang... shopping tak hengat...
ni area pantai tengah...

tak sempat try parasailing sebab tak tahan laporrrr.... pi minum petang lg penting... haha..

layan sunset kat pantai tgh... angin tiup sepoi-sepoi bahasa.. mmg bleh hilang stress...

lawa plak hotel nie berwarna-warni... ceria sungguh!
sepanjang 1st day, kami just rayau pantai tengah, pantai chenang, dinner seafood, shopping beli souvenir.
2nd day baru kami mula xtvt jelajah pulau2 iaitu pulau dayang bunting, pulau singa besar, pulau beras basah...
so ni hasil penjelajahan kami...

otw nak ke pulau-pulau, nampak kapal mewah ni, terus snap gambar...

beruk-beruk ni ibarat penyambut tetamu korang kat sana.. so, standby jelaa sedekahkan air/makanan kat mereka ni..




pulau dayang bunting...
abis xtvt ni belah pagi, so tghari tu pas makan, kami cabut ke pekan kuah utk check in hotel langkasuka.

pas zohor, kami teruskan penjelajahan langkawi ke makam mahsuri, langkawi geopark utk naik cable car, hutan lipur telaga tujuh... tp tak sempat panjat habis pasal dah nak senja, so kami decide sambung esok pagi.
malam tu penat toksah cakaplaa.. jadi kami just having our dinner jelaa.. pastu tido...

telaga mahsuri





panorama menarik dari gunung mat chincang... sejuksss... ngeri plak bila tgk kat sini...

3rd day, hari last, kami cover mana tak sempat jelajah...
pas breakfast terus check out, pi jeti point kat pekan kuah utk tempah tiket feri kuala perlis belah ptg sbb balik naik ketapi stesen arau.. pastu terus rayau kat dataran helang, snap sana snap sini, igt nak beli cekelat kat HIG tp pk2 awal sgt takut cekelat cair, so kami terus rayau ke tapak beras terbakar... bergambar lagi, beli gamat kat situ, beli topi koboi sbb smlm tak sempat tunggang kuda kat geopark, so kami sambung hari ni. alhamdulillah lepas hajat nak tunggang kuda..
pastu kami sambung pulak daki telaga tujuh yg semalam tak sempat daki.. turun tu, penat, layan minum air kelapa...
time tu ade plak iklan minah arab tersadung kain, terjatuh golek2 kat tar... berdarah seh... nasib baiklaa laki dia prihatin bawak minah tu rehat kat tempat kami minum air kelapa... dan nasib baiklaa org kedah ni prihatin, bg pertolongan... syukur.
ada masa sket lagi, kami terus ke laman padi. pastu terus gerak ke pekan kuah nak beli cekelat ngan set tea vantage sket kat Haji Ismail Group. kol 4.45ptg pulangkan keta kat jeti point. Kol 5.30pm naik feri, kol 7.30pm naik ketapi ke klsentral. selesai.



pengiklanan yg agak bagus di sini. anda boleh mencubanya jika anda seorang peniaga. heheh.

beras terbakar seperti yg didakwa. betul ke? wallahua'lam.

telaga tujuh yang tak cukup tujuh. huhu.

laman padi.

bye bye langkawi.

*all in habis dalam RM3000 for 3pax...

to be continued...

*all in tu untuk SEMUA... including fuel/tiket flight/ketapi, mamam, hotel, shopping, fees itu ini, ole-ole gitu gini etc Last edited by biskut_lemau on 27-12-2012 02:22 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2012 08:44 AM | Show all posts
Alhamdulillah, rezeki di tahun 2012, kaki semakin jauh melangkah..

jan - feb : cambodia - vietnam (phnom penh - siem reap - hcmc - danang - hoi an)
antara byk2 perkara yang jadi di sini, paling tak boleh lupa pengalaman bermalam di hotel berhantu di PP..giler scary...hampir bergaduh jugalah dgn petugas hotel sebab kitaorang nak blah dari situ tapi mereka seolah2 tak nak lepaskan kami huhuhu..

pengalaman melintasi imi cambodia utk ke vietnam by bus..pegawai imi yang giler kerek..tangan saya ini jenis yang berpeluh, waktu dia minta saya scan jari2, dah tentulah meninggalkan kesan sebab time tu tangan saya memang sedang berpeluh..dia bantai membebel2 tah-apa-apa-tah...macamlah saya boleh faham..siap ambik tisu dan dengan kasarnya lap mesin scanner tu..cehhhh!!kalau macam tu punya cara baik dok rumah ajelah, tak payah keje dengan orang ramai hhuhuh

feb : jakarta
pengalaman pertama travel solo...takut, cuak dan macam2 perasaan saya alami tetapi hati dah nekad, lawan ajelah kupu2 yang syok menari dalam perut hehehe..dalam byk2 tempat yang saya singgah, paling saya suka di sini adalah jakarta tua sebab sejarah..saya suka sejarah..saya sewa basikal keliling kota tua hinggalah ke sunda kelapa...cabarannya berbasikal di sini apabila perlu bersaing dengan lori kontena dan sebagainya..dok bayangkan kalaulah kena lenyek oleh lori2 ini, hai hai bye2 ajelah; mati katak hehehe..tetapi syukur bapak yang menjadi guide hari tu jaga saya dgn baik..waktu di sunda kelapa pun dia kawal saya dgn baik dari diganggu oleh mereka2 yang tidak 'sepatutnya'...pengalaman memilukan pula, apabila berkesempatan 'masuk' ke dalam masy. golongan bawahan yang mendiami kota jakarta...tak tahu nak cakap macam mana tetapi rasa bersyukur dengan apa dianugerahkan saat ini...

april - mei : trans-java (surabaya - bromo - probolinggo - ijen - jogja - garut - bandung)
antara trip yang sangat melelahkan tetapi fun giler...pengalaman paling best, waktu rafting di arun jeram, probolinggo...hilang semua stress..view pun sangat cantik..berbaloi2 bak kata orang hehehe..selain dari itu, pengalaman mendaki gunung papandayan di garut memang saya tak boleh nak lupa sampai bila2..merata tempat penuh dgn hembusan sulfur dan air panas menggelegak keluar dari perut bumi..silap langkah, nyawa dah tentu melayang...mujur ada guide yang tahu selok belok gunung so perkara yang tak sepatutnya kami mampu elakkan...oleh kerana, terlalu lama menghidu udara kurang baik di sini (gas sulfur), seminggu hidung saya berdarah..Insyallah, kalau ada rezeki nak ke sini lagi untuk sunrise..

jun : lombok ( lombok - bali - jember - surbaya)
saya follow geng dari indonesiabackpacker..tak pernah ketemu pun mereka ini, tetapi tawakal ajelah...pengalaman menakutkan hingga saya fobia utk menaiki feri apabila melalui pengalaman menakutkan dari pelabuhan lembar (lombok)- padang bai (bali)..ombak bergelora malam tu, dan feri tak payah cakaplah macam mana keadaannya; terasa macam nak karam aje huhuhu...makan ubat mabuk pun tak beri kesan, saya lembik sepanjang malam..saat tak boleh lupa waktu tersungkur ke lantai sebab tak boleh nak imbangi badan..mujur ada 2 org bapak datang selamatkan saya, kalau idak emm tak tahulah macam mana..takut nak membayangkan..

waktu menaiki feri dari gilimanuk (bali) - ketapang (banyuwangi), sekali lagi diuji..waktu feri menghampiri pelabuhan ketapang, tak tahulah apa jadi feri berpusing2 360 darjah...takutnya tak usah nak cakaplah..fikir mati aje saat ini huhuhu..semua penumpang dah terjerit2 sebab panik dan mujurlah pihak yang berkenaan cepat bertindak sebelum terjadi kejadian yang tidak diingini - Alhamdulillah

july : singapore
takde dlm list pun tetapi kebetulan teman dari jakarta singgah di rumah dan minta teman ke spore so saya turutkan ajelah..misinya nak cari makam habib noh..bulan pose menapak, memang haru dan birulah; rasa macam nak merangkak pun ada hehehe..mujurlah ketemu juga dgn makam...waktu melangkah masuk di makam, saya di sapa oleh seseorang bertanyakan apa hajat saya berkunjung ke situ..maksud saya beliau bertanyakan nazar saya..errr, nak kena ada hajat ke utk berkunjung ke situ?? tetapi niat saya memang utk melawat dan tiada lain2 niat...sempat juga singgah di asean civilization museum..woow, wpun bulan pose saya tetap diduga..ada something mystery yang berlaku tetapi tak perlulah saya ceritkan di sini...

ogos : jakarta
kerja gila ne mana taknya seminggu sebelum raya kami boleh pula terbang ke negara jiran..p kejap aje, 2D 1N hehehe..dalam flight tu hanya 4 org saja rkyat msia lain semua warga indon yang pulang utk beraya pengalaman berpuasa di jakarta, emm pada saya ckuplah sekali saya melaluinya...terkejut dgn sambutan ramdhan di sana; err kami salah bulankah?? sungguh, kami terpinga2 dengan keadaan yang dilalui...bertudung litup tetapi selamba memenuhi gerai2 mknan..kalau sendirian, ya tkpe saya mungkin faham tetapi kalau dah satu family..errr apa citer??

sept : gunung kinabalu
ne macam mimpi jadi nyata..dah lama berangan nak naik akhirnya berjaya jugalah..kami di duga dengan angin yang kencang..sayang, 800m terakhir saya terpaksa tarik diri sebab dah tak boleh nak control diri..setiap langkah yang saya buat, urat2 di kaki terasa sgt perit seolah2 ada mata pisau yang sedang menghiris (cewahhh hehehe)..utk ini, ada rezeki nak try lagi Insyallah

nov : laos (vientiane - pakse - don khone - luang prabang)
pengalaman manis2 belaka di sini...negara yg cantik especially di south..

dec : gunungkidul (jakarta - bdo - jogja - gunungkidul - solo)
paling saya angin bila dikelentong oleh penjual2 tiket bus walhal selang 2 hari sekali saya call sana utk pastikan tiket tak dijual ke orang lain..alih2 bila dah sampai sana, tiket elekkk..derang tetap jual, cisss!!! gara2 itu, kawan2 saya terpaksa ambil bas biasa dari jakarta - jogja dgn perjalanan ambil masa 17jam utk tiba huhuhu..pengalaman saya sendiri (kami pergi berasing dan bertemu di kota jogja), bas tak muncul2 wpun dberitahu mereka odw utk pick up saya...memang berbakul2lah kata2 kurang enak keluar dari mulut saya..mujurlah last minute secara tiba2 tiket train bandung - jogja, ada..saya anggap ianya sebagai rezekilah utk ke jogja atau lebih tepat lagi gunungkidul..kalau tidak, trip kali ini memang hanya di bandung sajalah huhuhu

tamat utk tahun 2012...utk tahun 2013, ada beberapa trip yang dh confrm seperti filipina, rinjani dan miri..Insyallah, kalau ada rezeki lebih nak ke india hujung tahun depan....

Last edited by melur_30 on 27-12-2012 11:48 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 09:37 AM | Show all posts
About-Jane posted on 26-12-2012 06:57 PM
ah..dh bace buku tu...bestkan travelog ustaz tu . cuma aku x berkenan sbb dia cenderung membandi ...

travel travel jugak...Malaysia tetap di hati kn....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2012 09:53 AM | Show all posts
pehh.. dasat2x travelog nkorang yer.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 10:00 AM | Show all posts
Tahun 2012 ni rezeki travel aku tak banyak ... dapat pegi 2-3 tempat jer ...

Feb 2012 - winter trip in South Korea

First winter trip after so many years ... kebetulan plak minggu yg aku pegi tu minggu yg paling sejuk ... suhu below -15C ... mmg gigil tak ingat ... overall it was a fun trip walaupun sejuk beku satu badan ...






May 2012 - trip santai2 dengan geng2 forum Cari pegi Kluang
Agendanye pegi minum2 kopi kat Kluang Rail Coffee








Sep 2012 - trip mengimbau kenangan lame di Miri & Brunei
Saje2 terbang ke Miri selepas 3 tahun aku tinggalkan Miri & Brunei for good ... lebih kepada trip makan2 sebenarnye ....

Laksa sarawak yg mantop...


Layan sunset di Miri



Fresh seafood



Tahun 2013

Jan 2013 - mau repeat Singapore




Feb 2013 - first time nak pegi Thailand




April 2013 - layan cherry blossom di South Korea


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 10:23 AM | Show all posts
Most memorable travel tahun ni ialah menunaikan umrah for the first time. Alhamdulillah, memberi perubahan dalam hidup dan aspek kerohanian.

Disebabkan umrah tu awal tahun, sepanjang tahun memang blur-blur nak ke overseas. Dulu nak pi umrah sebab rasa tak patut travel ke segala tempat, all the ruined shrines, tapi 2 masjid utama di mekah dan madinah tak sampai lagi. Tahun ni, lepas pi umrah, rasa macam tempat lain tu dull lah pulak.

Jadi fokus percutian dalam tahun ni untuk bagi anak2 different experiences. Melepak 3h2m di Sepang Goldem Palm Tree dan buat educational mangrove trip. Berkubang di Grand Lexis layan swimming pool dalam bilik. Ke Kuala Gula, konon2 nak merasa ketam lembut dan bagi anak2 pegang pancing dari balkoni bilik, sambil makan durian.

Of course balik kampung ke taiping, segala benda touristy direpeat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 10:50 AM | Show all posts
melur_30 posted on 27-12-2012 08:44 AM
Alhamdulillah, rezeki di tahun 2012, kaki semakin jauh melangkah..

jan - feb : cambodia - vietnam ...

gila best pengalaman ratu bekpek Melur30 nih harus stori2 lebih lanjut lagi ni.....

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 11:41 AM | Show all posts
cmf_GAIA posted on 27-12-2012 10:50 AM
gila best pengalaman ratu bekpek Melur30 nih  harus stori2 lebih lanjut lagi ni.....

ratulah sgt, gaia huhuhu
cukup2lah panjang tu tak larat dah nak taip panjang2
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 01:22 PM | Show all posts
cmf_GAIA posted on 27-12-2012 10:50 AM
gila best pengalaman ratu bekpek Melur30 nih  harus stori2 lebih lanjut lagi ni.....

haha..kan..sgt ratu ..tiap2 bulan travel. mmg dasat2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 01:26 PM | Show all posts
saya pula march ke langkawi, ini ke langkawi selepas last time pergi sana 7 tahun lepas sebegitu.

honestly saya suka sahaja langkawi, tak lah crowded sangat, aman2 sahaja semuanya. saya tinggal di hotek baron ke apa entah di chenang,.

may pula saya ke perth buat kali kedua, basically saya pergi ala2 untuk weekend getaway sahaja, pergi bersiar2 kejap then balik.
sambil itu untuk sejukkan badan juga.

bulan 10 pergi ke cameron, tinggal di bangalow TNB, naik puncak brinchang jua ke mossy forest.

jan dan nov pergi singapore, jan pergi day trip sahaja, nov pergi tengok konsert dan first time bermalam di temasek, stay di tree in lodge ara bugis st, selama ini saya pergi sana buat day trip sahaja.

tahun depan ikut perancangan asal ingin ke eropah semula karena masih boleh berjimat sebab family abang saya dan kawan saya masih berada di sana, namun begitu ada juga perancangan ingin pergi umrah sambil ziarah jerusalem.
harus lakukan either one lah, tak mampu kot untuk lakukan keduanya di tahun hadapan, masalah cuti yg sedikit dan juga kewangan juga mungkin menjadi kekangan.

namun saya akan prioritize pergi umrah dahulu lah jikalau jadi. Last edited by Changa on 27-12-2012 01:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 01:44 PM | Show all posts
sambung....

Pengalaman Travel yang Memorable Sepanjang 2012 dan Impian 2013.
Tema 2012 ialah Cuti-cuti Malaysia...

Mac - Terengganu - 2D1N
misi nak jejak kasih sahabat sekampus dulu...
sesambil tu jenjalan kat marang, kuala terengganu, taman tamadun islam...
last sekali shopping kat pasar payang... kat sini habis almost 1k... sutera ganu cun-cun... tak tahan tgk...
btw, saya suka terengganu... tulisan jawi merata mcm kat kelantan... i loikee!!!


bas kota... kreatif dan berseni!


masjid kristal...

taman monumen

all in habis around RM1500... bajet lari pasal gatal beli sutera kat pasar payang...


April - Sabah - 4D3N
kk-kudasang-ranau...
malam pertama di kundasang, 2mlm berikutnya di kk.
btw semua percutian saya, bermula di langkawi, 90% saya rujuk cari.com.
mmg saya sgt hargainya!
so spt saranan user sini, byk tempat menarik saya jelajahi..
saya dah cerita sebelum ni kat topik sabah... so bleh rujuk sini
antara tempat wajib kalau gi sabah, biasalah...
3 pulau tu samada sapi-mamutik-manukan atau nak cover pulau gaya atau pulau mabul etc...
sume best, tanya poket memasing jer.. haha.
jgn lupe kalau di kk, jelajah habis bandar kk.
kat pelabuhan feri tu (jesselton point) wajib ambik gambar, tanda dah ke sabah.
masjid negeri, pasar filipin (tp saya tak singgah sbb user sini kata pekan nabalu ngan pasar gaiya lagi murah),
makan malam kat medan selera kat kk... mmg byk pilihan... bleh rasa makanan laut yg segar dan murah...
kalau sempat, leh minum petang kat pantai tanjung aru tgk sunset. saya sempat singgah kejap je.
otw ke kundasang singgah jambatan tamparuli & rumah terbalik.
kat kundasang-ranau, lepak kat kaki gunung kinabalu/kinabalu park, beli teh sabah kat ladang teh,
main ikan kat sg moroli-tagal fish spa, naik jambatan dari pokok ke pokok (pokok tualang rasanya psl tinggi sgt) kat canopy walkway...
penat panjat, bleh layan kesegaran mata air kat poring hot spring... uniknya air mata airnya panas...
jgn lupa singgah juga mesilau dairy farm utk rasa kesegaran susu lembu sabah. mmg segar rasanya!
kalau dah ke sabah, rugilah kalau tak tgk raflesia. so jgn lupa pergi ke tempat penanaman pokok raflesia.



pemandangan dari hotel...

Kinabalu Pine Resort... mmg shantek!

canopy walkway...


poring hot spring...

raflesia

masjid negeri, kk..

rumah terbalik...

kinabalu park...

mesilau dairy farm...

mutiara... souvenir wajib jika ke sabah...







all in habis dekat RM5000 gaklaa... sbb saya kuat shopping... huhu...

to be continued... Last edited by biskut_lemau on 27-12-2012 07:51 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2012 01:50 PM | Show all posts
azradiza posted on 27-12-2012 10:00 AM
Tahun 2012 ni rezeki travel aku tak banyak ... dapat pegi 2-3 tempat jer ...

Feb 2012 - winter t ...

berminat plak tgk kluang rail coffee ni..
macam nak try je...
best tgk dia punya burger, coffee yg pekat camtu..
sure best... thanks upload... rasa mcm dah ada idea nak sambut besday kali ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 01:56 PM | Show all posts
biskut_lemau posted on 27-12-2012 01:50 PM
berminat plak tgk kluang rail coffee ni..
macam nak try je...
best tgk dia punya burger, coffee  ...

aaa sebenarnye tu adelah roti kaya ... bukan burger .. kopi die mmg best .. pekat ... aku sempat beli bawak balik 1kg kopi serbuk & kopi dalam sachet
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 02:09 PM | Show all posts
Tahun 2012 memang telah direzekikan kena posting 3 bulan di France. Alang2 dah sampai Europe, teruslah melawat mana yang sempat. Antaranya :


Interlaken - Jungfrau
Tempat ni betul-betul punya pemandangan yang indah

Mount Pilatus - lucerne
Tempat ini juga punya pemandangan yang "breath taking" dan memang berbaloi dikunjungi. Cara terbaik adalah memilik Swiss Saver Pass. Sampai di Luzern/Lucern naik Feri ke kaki Mount Pilatus. Boleh pilih nak naik Cog Wheel atau Cable car untuk ke puncak. Make sure bawak makanan sedap-sedap sebab sambil enjoy view yang hebat.....boleh menambahkan kolesterol.


Eiffel Tower - kalau nak gambar yang cun kena tunggu malam.

Paris Disneyland - Sungguh seronok bagi kanak-kanak bila mengunjungi tempat ini. Jangan risau pasal nak bawak masuk makanan....dia tak check pun




London - Kecik2 kalau luar negeri tu kira pi London lah


Amsterdam - macam-macam aksi orang bila bergambar kat tempat ni

Untuk 2013, saya dah booking Goldcoast bulan March. Tapi hati dalam manyak sakit jugak pasal cuti penggal sekolah telah dianjak. Terpaksalah anak-anakku memonteng demi kangaroo dan kaola....hehehehe Last edited by kopokleko on 27-12-2012 02:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 02:22 PM | Show all posts
bestnya baca pngalaman korg.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.209264 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list