[size=0.9em]Kuala Krai: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun hampir putus jari kanan apabila mercun bola dijumpainya meletup dalam kejadian di depan rumahnya di Kampung Sungai Batu Dalam, Dabong di sini, semalam. [size=0.9em]Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam, ketika Damia Insyirah Abdullah sedang bermain bunga api bersama sepupunya di laman rumah, sambil diperhatikan ibu Hasbah Derani, 44, daripada jauh.
[size=0.9em]Hasbah berkata, ketika kejadian Damia Insyirah hanya bermain bunga api bersama sepupunya, manakala dia memerhatikan mereka daripada dalam rumah berikutan sibuk melakukan persiapan menyambut Syawal.
"Ketika dia bermain dengan sepupunya itu, saya di dalam rumah sedang sibuk mengemas namun sentiasa memantau pergerakan mereka sehinggalah tiba-tiba Damia hilang daripada pandangan. [size=0.9em]"Tiba-tiba dia muncul di laman rumah sambil menangis dengan tangan kanan penuh dengan darah. [size=0.9em]
"Saya tak tahu mana dia dapat mercun itu, tapi saya percaya dia jumpa dan cuba membakarnya," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Krai (HKK), tadi
Berikutan kejadian itu, Damia Insyirah di bawa ke Klinik Kesihatan Dabong untuk rawatan sebelum di rujuk ke HKK.
Anak bongsu daripada enam beradik itu turut menjalani pembedahan memasukkan besi pada ibu jari dan jari tengah kanan bagi membetulkan tangannya yang cedera teruk.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28
Read here:http://www.hmetro.com.my/article ... ri/Article?mutakhir
|