CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] Adakah Sultan atau Majoriti ADUN yang berkuasa dalam perlantikan MB ?

[Copy link]
Post time 2-9-2014 03:46 PM | Show all posts
blastoff posted on 30-8-2014 08:52 AM
Dess , takkan kau nak buat forum cari ni macam ceramah PR yang boleh sewenangnya hambur tuduhan tanp ...

Dah name pn macai PR..menurun bung nuar lah ni..main cakap jekk..yg lain tukang hangguk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 04:46 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 2-9-2014 03:36 PM
Saya nak Tanya...memerlukan persetujuan dari pihak raja..soalan saya...kalau raja tak setuju...bag ...


saya faham maksud tuan.

kalau raja tak setuju bererti perlantikkan tak akan terjadi. jadi pihak pemerintah perlu mengemukakan org lain yg akan dipersetujui. cuma pemilihan muka yg bakal berganti ini bukan RAJA yg pilih. saya bg contoh...pihak RAJA tak boleh bgtau yg RAJA nak si polan tertentu utk jadi MB tapi pihak RAJA boleh pilih dan bersetuju 3 muka yg dicadangkan utk mentakbir negeri sebagai MB. pemilihan 3 calon MB pula dipilih oleh adun/ parti yg menang. actually kuasa perlantikan ini nampak seperti balance antara pihak istana dan kuasa executive.  mcm sign cheque yg mana satu tandatangan mungkin tak laku. memerlukan 2 tandatangan utk keluarkan sejumlah duit dari bank melalui cheque.

dan mcm saya ckp. kena tolak ansur. dah kalau RAJA tak  mahu sipolan, bg la calon lain. serupa juga apa. yg takbir nanti parti menang jugak. bukan parti lain.
Last edited by lompatikam on 2-9-2014 04:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 04:49 PM | Show all posts
ermmm nak kata bodoh semua mp dan dun...nak kata pandai...semua nya angguk angguk geleng geleng....Titah Sultan di permainkan...sungguh memalukan .....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 05:03 PM | Show all posts
pemilihan MB nih bukan dibawah kuasa RAJA, tapi memerlukan persetujuan dari pihak RAJA,tak silap aku kes nih serupa kes MB terengganu dulu zaman idris jusoh-mat said yg mana sultan tak perkenan YB Idris jusoh. dan sebagai parti yg menang, perlu lah tolak ansur juga. dah kalau sultan tak mau hangpa cari la org lain. serupa juga sebab pengurusan kemudian masih berdasarkan kata sepakat. MB BN pun nak buat kerja ada benda yg dia rujuk president BN dlm mesyurat menteri2 besar. bukan semua main belasah je.

berbeza dgn pengubalan undang2. pengubalan undang2 dibuat di parliment, kemudian akan di usulkan pada Agong, walaupun Agong menolak, akan diwartakan pulak.

MAAF, soalan ini aku rasa ada hidden agenda utk mengeruhkan keadaan atau create issue. - sekadar pendapat.

p/s: maaf, aku terpaksa edit/post balik susunan ayat aku, cacar marba - dah jadi lain makna yg awal tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 05:19 PM | Show all posts
Sultan kena ikut akap anwart..sultan mana ada kuasa...wan jijah pilihan PR.....sultan kena ikut....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dita85 posted on 2-9-2014 03:43 PM
Cakap pakai ape ni??

Ni la 'bagusnye' PR ni..baling batu sorok tangan..ehh pandai plak tuding j ...

Menurut penyokong PR sewaktu komen pasal chedet...INI dinamakan selective amnesia....tp bila kena dahi sendiri...tak recall langsung.

Kalah orang tua umur 80 tahun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2014 06:18 PM | Show all posts
scorpionkiki posted on 2-9-2014 06:10 PM
Menurut penyokong PR sewaktu komen pasal chedet...INI dinamakan selective amnesia....tp bila kena  ...

Itula pasal...sedap jek die yg buat die kate tak buat...mcm ni lah perangai dorang..dasar TIN KOSONG!

Amnesia ye??nak kasik dorang hingat senang jek..kasik hantuk kepale kat dinding lapanbelas kali...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 06:31 PM | Show all posts



Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menempelak Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekiranya enggan menerima cadangan Pakatan Rakyat (PR) melantik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk seri Dr Wan Azizah wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor kerana perkara tersebut sudah termaktub dalam Deklarasi Prinsip Perlembagaan 1992.

Abdul Aziz berkata, dalam Deklarasi Prinsip Perlembagaan yang ditandatangani oleh ayahanda Sultan Selangor ketika itu, baginda seharusnya mengikuti nasihat kerajaan negeri bagi melantik Menteri Besar sekiranya perkara itu dipersetujui oleh pemimpin yang berjaya menguasai pentadbiran di Selangor.

Justeru itu, Abdul Aziz berkata, Sultan Selangor harus akur dengan pemilihan yang dibuat PR dan perlu melantik Dr wan Azizah sebagai Menteri Besar baharu, sekirannya enggan berbuat demikian ia jelas melanggar perlembagaan serta memalukan baginda sendiri sebagai Sultan Selangor.

"Kandungan tersebut mengikat baginda hingga hari ini. Tiada kesan undang-undang dalam dokumen tersebut, tetapi secara moralnya akan memalukan baginda jika mengabaikannya.

"Jadi di Selangor, Sultan perlu melantik (Dr Wan Azizah). Meminta lebih nama serta enggan melantik beliau adalah membelakangi deklarasi 1992 dan lebih penting lagi, (membelakangi) perlembagaan itu sendiri," katanya lagi.

Tambah Abdul Aziz lagi, deklarasi tersebut ditandatangani sebelum ini bersama enam Sultan lain.Merujuk kepada laporan sebelum ini, Sultan Selangor telah menangguhkan peletakan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan meminta PR menghantar dua nama calon baharu selain Dr Wan Azizah bagi mengantikan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu sebagai peneraju Kerajaan Negeri Selangor setelah dia dipecat oleh PKR baru-baru ini.

Daripada sumber setiausaha sulit Sultan Selangor, peruntukan mengikut Perkara LI (1), Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (2) (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Sultan Selangor mempunyai kuasa dalam menentukan pelantikan Menteri Besar dengan kuasa budi bicara mutlak selepas mendapat nasihat atau kepercayaan majoriti Ahli Undangan Negeri (ADUN).

"Sultan Selangor menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR, dan DAP mencadangkan lebih dua nama daripada parti-parti PR sebagai calon MB bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan melantik mana-mana calon yang difikirkan layak." ujar sumber tersebut.

Sebelum ini, PR telah mengemukakan nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi mengantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar walaupun parti PAS telah menghantar nama lain selain Presiden PKR iaitu Timbalan PKR, Azmin Ali sebagai calon kedua menjawat jawatan tersebut. - See more at: http://www.utaranews.com/2014/09 ... thash.EGRdcCGP.dpuf


Last edited by blastoff on 2-9-2014 06:38 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2014 06:33 PM | Show all posts
Dia ni bakal berdepan akta hasutan kelak .   

Dia ingat sultan khadam dia ke yang kena buat nu kena buat ni ikut cakap dia . Last edited by blastoff on 2-9-2014 06:36 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 06:41 PM | Show all posts
blastoff posted on 2-9-2014 06:33 PM
Dia ni bakal berdepan akta hasutan kelak .   

Dia ingat sultan khadam dia ke yang kena buat  ...



testing
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 06:42 PM | Show all posts
blastoff posted on 2-9-2014 06:33 PM
Dia ni bakal berdepan akta hasutan kelak .   

Dia ingat sultan khadam dia ke yang kena buat  ...



saman laa .

kita tengok apa peruntukan yg tuanku ada .




Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 06:44 PM | Show all posts
lompatikam posted on 2-9-2014 10:28 AM
pemilihan MB nih bukan dibawah kuasa RAJA, tapi memerlukan persetujuan dari pihak RAJA,tak silap aku ...



sekali lagik ulang .

idris jusof ditolak pasai ada kes salah laku .

jadik patutlah BN bertolak ansur .

berbeda lak dgn wan jijah .

sokongan dari majoriti ADUN .
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff posted on 2-9-2014 06:33 PM
Dia ni bakal berdepan akta hasutan kelak .   

Dia ingat sultan khadam dia ke yang kena buat  ...

Dlm the star yg hang tempek tempohari pasal sultan tak mau remote controlled mb tu ada jugak yg maksudnya yg sultan kan guna pakai sedition act ....ada jugak mentioned yg jgn suka suka interprets undang Kata ikut kemahuan sendiri....yg ni aku confident asst prof ni kena. Jd eloklah kemas meja dan practice law...boleh tolong abang non yg kelihatan bingai sejak karpal Singh mati tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:55 AM | Show all posts
dess402 posted on 2-9-2014 06:44 PM
sekali lagik ulang .

idris jusof ditolak pasai ada kes salah laku .

saya tak cerita berkenaan salah laku, soalnya disini kuasa pemilihan dan perlantikkan. sebab ada 2 entiti yg hampir balance.
jgn sampai sultan suruh bubar DUN. pakat semua tepuk dahi nanti ( PR,BN, SPR, Rakyat).



Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 12:20 PM | Show all posts
melati_kesuma posted on 30-8-2014 09:56 AM
Susahlah pkr buat mcm ni..x faham apa maksud anwar n rafizi ni..pe pun nampak sgt khalid ni ok kan.. ...

state bukan syarikat yg kita perlu simpan duit utk untung. apa yg perlu duit yg defisit itu perlu dikembalikan pada rakyat selangor. bagaimana? cuba lihat jalan2/ lampu luar area selangor seperti bukit beruntung, rawang, klang, kuala selangor, selayang. setiap tahun perbelanjaan negeri mmg cantik. sentiasa defisit. tapi duit itu perlu dikembalikan. benda ni dah lama di  suruh oleh penasihat ekonomi dan juga penasihat politik. area bukit beruntung tuh rumah terbengkalai/kosong rosak berapa banyak. bukan kah elok jika PKNS baikpulih dan jual sebagai rumah mampu milik. mungkin agak jauh tapi bila community menjadi pesat disitu, pembangunan lain akan menyusul kemudian. lagi pun dah amik alih TALAM bukan? mungkin pembaikpulih kawasan tak membangun lagi ini tak berapa menguntungkan. tapi perlu atas dasar sebagai pentadbir negeri.

sekadar pendapat



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.089946 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list