mase die pemes dulu berlagak nk mampos
siti lijah tegur die kt blakang stage pun, die buat sombong
mase tu siti lijah dtg odisen ke baru stat jadik retis ntah x ingat
skang ni padan kan muke je lah
NUSAJAYA: Seorang penyanyi lelaki yang pernah popular dengan kumpulan rock remaja era 90-an ditahan polis semalam selepas disyaki memiliki motosikal curi, selain terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Artis lelaki berusia 32 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, di sini. Ketika serbuan, penyanyi terbabit dikatakan sedang menunggu rakannya sambil berada atas sebuah motosikal di luar sebuah rumah di Kangkar Pulai, dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang.
Difahamkan, pemeriksaan polis terhadap penyanyi terbabit mendapati motosikal ditungganginya dilaporkan hilang di Tampoi, Johor Bahru, Sabtu lalu. Namun, ketika disoal siasat, artis terbabit memberi alasan kepada polis bahawa motosikal jenis Yamaha LC135 yang dilaporkan dicuri itu dipinjamnya daripada seorang rakan.
Penyanyi terbabit kemudian dibawa ke IPD Nusajaya untuk siasatan lanjut sebelum ujian air kencingnya didapati positif dadah. Berikutan itu, polis terpaksa menahan artis terbabit mengikut Seksyen 117 Akta Polis selama 24 jam untuk siasatan lanjut sebelum memutuskan sama ada dia perlu ditahan reman atau dibebaskan.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan artis lelaki terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan. “Dia ditahan hasil maklumat daripada orang ramai dan pemeriksaan mendapati motosikal ditungganginya dilaporkan hilang selain ujian awal dadah didapati positif. “Kes itu disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki motosikal curi,” katanya.
SINGAPURA: Penyanyi rock Malaysia, Mamat, didenda S$1,000 (RM2,400) oleh Mahkamah Singapura semalam selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 31, adalah bekas penyanyi kumpulan rock Exist yang popular pada 1990-an.
Laporan sebuah media online menyebut Mamat mengaku bersalah mencuri telefon bimbit bernilai S$580 dan jam tangan daripada Noor Shazeel Sazali, 21, di rumahnya di Bishan di sini pada 11 November lalu.
setankuning posted on 2-9-2014 10:06 AM
ni mangsa culture shock
masa zaman pemes, suara pun tak pecah lagi
tu yang hanyut ke laut
hrp2 mia sara tak end up mcm sesetengah pelakon kanak2 yg bile start baligh je mula la menjengah ke kelab2 mlm & berparty...
kes curi mencuri & hutang mamat tu mungkin sbb nk beli dadah agaknye... Last edited by nekjah on 2-9-2014 10:16 AM
Mamat Exist kantoi ‘kencing’ media, sebenarnya dah bercerai
Mamat ExistJika sebelum ini Mamat, bekas vokalis kumpulan Exist ada mengeluarkan kenyataan media yang dia belum lagi melafazkan talak terhadap isterinya Marshila Mustapa Kamal (Shila) dan sangat berharap agar hubungan mereka dapat kembali seperti biasa.
Namun hari ini helah Mamat terbongkar apabila bekas isterinya membuat kenyataan melalui Kosmo! bahawa mereka sebenarnya sudahpun bercerai. Malah bekas isterinya juga mendedahkan bahawa hubungannya dengan Mamat tidak mungkin dapat diselamatkan lagi.
“Kami sebenarnya telah pun bercerai apabila Mamat melafazkan talak kepada saya sekitar Oktober lalu. Saya kesal bila kenyataan yang dikeluarkan Mamat dalam Kosmo! seolah-olah mahu menunjukkan yang dia begitu menyayangi keluarganya, walhal Mamat telah pun melafazkan cerai kepada saya,”
Bekas isteri Mamat juga menyatakan kesedihannya terhadap Mamat apabila Mamat mengatakan gadis yang kononnya rapat & baru berusia 16 tahun itu (orang ketiga) memahami segala susah senangnya. Walhal Mamat selalu mencarinya apabila memerlukan bantuan.
“Selama enam tahun kami bercinta dan sembilan tahun kami berkahwin, adakah saya tidak memahaminya? Pertama kali dia pergi ke Singapura, dia berkata dengan saya mahu mencari peluang kerja tetapi dalam kenyataan dia di sebuah akhbar, dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan saya. Apa yang cuba dia maksudkan?
“Kalau nak tahu, saya langsung tidak ada nombor telefonnya untuk dihubungi. Kalau betul dia sayangkan anak-anak, patutnya dia menghubungi kami dan memberi nombor telefonnya pada saya agar jika ada apa-apa terjadi kami boleh menghubunginya.
“Perkara ini telah bermula sejak bulan April lalu. Masa awal-awal, dia dah buat hal mengenai gadis yang sama dan saya cuba selesaikan. Kononnya sudah putus, tapi mereka main wayang dengan saya.
“Saya perasan bila Mamat mula tidak menghubungi kami. Nafkah pula dia sudah tak bagi sejak ada hubungan dengan gadis itu. Saya tak faham kenapa dia bertindak begitu semata-mata kerana gadis yang masih bersekolah itu,” – Shila
Alahai Mamat, kalau yer pun taknak orang kata kamu ni playboy (frankly speaking jantan tak guna), janganlah sesuka-hati mengeluarkan statement yang boleh melukakan hati sebelah pihak. Kan elok kalau kamu mengaku saja. Takdelah bekas isteri kamu nak buat kenyataan media macam ni.
Oh ya, bekas isteri Mamat ada mengatakan yang Mamat sedang akrab dengan seorang gadis berusia 16 tahun dan masih bersekolah. Secara kebetulan, kami ada menjumpai beberapa keping gambar Mamat bersama seorang gadis yang mungkin gadis tersebut adalah orang yang dimaksudkan.
RASANYA ramai juga yang sudah tahu tentang kes yang hangat dilaporkan akhbar di Singapura beberapa hari sudah yang melaporkan bekas vokali Exist, Mamat, telah ditangkap kerana mencuri telefon bimbit seorang pelakon asal Singapura. Penyanyi Untukmu Ibu itu khabarnya telah diikat jamin oleh salah seorang saudaranya.
Buat masa ini, kes Mamat masih lagi dalam siasatan polis di negara jiran dan Marilyn difahamkan, pelakon itu ingin menggugurkan dakwaan terhadap Mamat kerana kasihan akan nasib dan cemuhan yang bakal diterima oleh keluarga serta anak-anaknya.
Apa yang Marilyn mahu ceritakan di sini, Marilyn mendapat maklumat bahawa 'saudara' yang mengikat jamin Mamat bukanlah saudaranya yang sebenar.
"Sebenarnya, Mamat dijamin oleh ibu kepada kekasihnya sendiri. Alah, kekasih yang baru berumur 16 tahun yang Kosmo! dedahkan itulah. Kononnya wanita yang menjamin Mamat itu takut anak perempuannya dimalukan kerana mendapat kekasih seperti Mamat sebab itu dia sanggup menjamin," beritahu satu sumber hebat Marilyn sayup-sayup di corong telefon. Sumber ini pun orang seberang juga.
Marilyn diberitahu, ibu kepada kekasih Mamat juga sangat menyayanginya selain selalu memberi nasihat tentang perceraian Mamat dengan isterinya, Shila yang sudah beberapa bulan ditinggalkan Mamat di Kuala Lumpur.
"Isteri Mamat juga pernah dicaci maki oleh wanita itu kononnya cuba mengganggu hidup anaknya itu. Pelik juga aku, sepatutnya isteri Mamat yang patut marah dekat 'bakal ibu mertua dan budak sekolah itu, sekarang sudah terbalik pula," keluh sumber Marilyn.
Alahai Mamat, ingatkan pergi ke Singapura, mahu membina tapak perniagaan, tetapi lain pula ceritanya. Jika betullah cerita ini, Marilyn harap Mamat cepat-cepat sedar dan ikut ke jalan yang benar.
makbapak kaum lain berlumba2 soh anak2 cari ilmu....tiba makbapak melayu....aduiiiiiiii.....ckp bykpon tak guna...sbb tu aku pulau segala jenis realiti tv mcm AF, mencari bintang blah...blah....koser aku bagi anak2 aku tgk...depa pon tak heran.....
kata orang, kalo lelaki buat hal kat luar..pehtu smpai aniaya dan ceraikan bini pertama...mmg hidup dia lepas tu susah....
kesian cz aku suka juga masa dia ngn exist, tp pas solo tu dah xminat, tengok video klip dia lagu aleeya maisara yg menari cm orang mabuk ketum tu lagi lah aku xminat...hari tu kes dia mencuri kat Sg dah setel erk..mula lah penghidupan baru, kalo dah tak laku try lah ceburi bidang lain pulak.....