CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6816|Reply: 34

Edisi Welcome to malaysia -Lagi Pelakon Temasik Nak Hijrah

[Copy link]
Post time 20-7-2015 07:29 AM | Show all posts |Read mode

Erwin Dawson Mahu Hijrah Ke Malaysia Kerana Islam

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 12:01 AM


Mohd Al Qayum Azizi  
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
qayumazizi@thestar.com.my




Erwin Dawson mahu mendapatkan taraf Pemastautin Tetap (PR) di negara ini.
         
  (Ubah saiz teks)



PETALING JAYA: Pelakon baru yang berasal dari Singapura, Erwin Dawson berhasrat untuk berhijrah ke Malaysia selain mahu mendapatkan taraf Pemastautin Tetap (PR) di negara ini apabila layak kelak.

Pemilik nama sebenar Mohamed Erwin Shah Evan Dawson, 26, itu berkata, dia tertarik untuk menetap di Malaysia kerana berasa lebih bebas untuk mengamalkan ajaran Islam berbanding di negara asalnya.

"Sejak beberapa bulan tinggal di negara ini saya tertarik dengan komuniti Islam di Malaysia yang berbeza daripada negara asal saya.

"Sebagai seorang Muslim saya ingin berada dalam komuniti yang membolehkan saya mengamalkan agama saya tanpa sebarang sekatan dan itu adalah faktor utama mengapa saya ingin memohon menjadi rakyat negara ini," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Erwin dia sedar bukan mudah untuk mendapatkan PR dan perlu tinggal di negara ini sekurang-kurangnya lima tahun sebelum membuat permohonan tersebut.

Erwin memberitahu dia tinggal di negara ini sejak November tahun lalu.





Erwin semakin selesa bergelar pelakon di Malaysia.





Dalam pada itu, jejaka kacukan Melayu Singapura dan New Zealand ini berkata, keluarganya juga tidak menghalang dengan keputusannya itu memandangkan jarak kedua-dua buah negara tidak jauh.

"Jika diikutkan sejarah bapa kepada ibu saya berasal dari Perak tetapi saya tidak pernah ke sana kerana semua ahli keluarga telah berpindah ke Singapura jadi bukan sesuatu yang pelik apabila saya ingin berhijrah ke Malaysia.

"Mungkin ada saudara-mara jauh yang masih tinggal di sini tetapi tidak pernah mengenali atau berjumpa dengan mereka," katanya.

Sementara itu, Erwin berkata, dia ingin meneruskan karier lakonannya di Malaysia selepas melihat peluang untuknya mengembangkan kerjayanya sangat besar.

"Alhamdulillah setakat ini saya gembira dengan perkembangan kerjaya saya di Malaysia dan kepercayaan pihak produksi memberikan tawaran juga cukup baik.

Bagaimanapun kata Erwin, dia berharap dapat membeli sebuah kereta dalam masa terdekat bagi memudahkan dia berulang-alik ke lokasi penggambaran memandangkan ketika ini terpaksa berharap kepada krew produksi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2015 07:56 AM | Show all posts
welkam to malaysia
abis kena lahar ni lah kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Cakap je la ko takde market kat spore sana tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat Semak je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
helok ke ko?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 09:07 AM | Show all posts
Susah ke nak mengamalkan Islam kat Singapo tu dik?? Rasanya tak, masa I pegi Singapo dua taun lepas  makanan halal tak susah langsung nak carik, kedai mamak, kedai nasi campur melayu senang gile nak jumpa.. semayahng pun akak semayang kat bilik hotel sajah, takde plak kena serbu  dengan polis Singapo .. Semayang jumaat kat Singapo dapat karipap percuma lagik, besar plak tu dan penuh inti daging sampaikan adik I bawak balik  boleh kongsi tiga orang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-7-2015 09:12 AM | Show all posts
timahterung replied at 20-7-2015 09:07 AM
Susah ke nak mengamalkan Islam kat Singapo tu dik?? Rasanya tak, masa I pegi Singapo dua taun lepas  ...

rasanya maksud dia tu mungkin senang nak mendalami islam di malasyia berbanding Singapura...Kat Malaysia ni dimana-mana saja ada surau/masjid, pusat pembelajaran agama pun banyak...yang tak banyak pengunjung je kot.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 09:15 AM | Show all posts
sekatan mende nye kat singapore tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2015 09:19 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 20-7-2015 08:43 AM
Cakap je la ko takde market kat spore sana tu

khenn? keji betul



Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 09:20 AM | Show all posts
espri6006 replied at 20-7-2015 09:12 AM
rasanya maksud dia tu mungkin senang nak mendalami islam di malasyia berbanding Singapura...Kat Ma ...

Isy takdalah. Kat sana banyak kelas2 agama dan mesjid mereka sentiasa penuh setiap kali waktu pembelajaran. My cousins duduk sana aman2 aje dan i tenguk mereka lebih banyak mendalami ilmu agama daripadaa kami di msia ni. Takdlah dengar mereka mengadu yang kebebasan beragama mereka disekat.
It's up to the individulah - kalau nak seribu daya and kalau tak nak seibu dalih.

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
wanitajelita replied at 20-7-2015 09:19 AM
khenn? keji betul

Biasalah tu sis.sume pelakon spore verangan nk jd mcm harun aziz
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 09:29 AM | Show all posts
Edited by fynnkakiblock at 20-7-2015 09:30 AM






Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 11:09 AM | Show all posts
kenapa ya, dorang nak tuka rakyat malaysia,
bukan ker most singaporean ni bangga jadi rakyat singapore...
especially yang melayu nih...
klo pasal job, mmg dorang x boleh kerja kat sni kah klo x jadi rakyat singapore?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 11:24 AM | Show all posts
teringat kwn aku sorg warga singapore naaaak sgt nak jd warga malaysia hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 11:33 AM | Show all posts
alasan cam hape je
elok je muslim kat singapore tu beragama..
nak puasa nak terawikh.. takde pulak disekat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 12:06 PM | Show all posts
kukukatablog replied at 20-7-2015 11:09 AM
kenapa ya, dorang nak tuka rakyat malaysia,
bukan ker most singaporean ni bangga jadi rakyat singap ...

Macam Ummi Hafilda cakap dulu, "Melayu singapore pencacai je.."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2015 12:20 PM | Show all posts
kalau pasal agama tu nak lebih2 mmg la x boleh,
sbb islam pon bukan agama rasmi dorang,
tapi time aku g singapore dulu, dorang citer masjid x banyak, tapi besar2,
sentiasa aktif 24/7, dan lagi meriah dengan aktiviti dari masjid2 kat malaysia....
so klo nak jadikan alasan x boleh bebas nak mengamalkan agama islam tu mmg alasan x masuk akal...

tak tau la pulak kot dia nih gigih berdakwah kat tepi patung singa tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar takda ka?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 03:08 PM | Show all posts
alasan sgt nk kebebasan mengamalkan islam berbanding negara sendiri
masuk mesia blakon peluk2 siyom2 bagai
lepas tu kata tuntutan watak
islam tolak tepi..
choyyyy

mengaku jek la market tak dak nk cari mkn kat negara sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt..mana gambar heols?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.377735 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list