CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Awang Ganu

Backpacker Tour Europe with AWANG GANU: .. meh aku cerita kan.

   Close [Copy link]
 Author| Post time 18-10-2003 11:11 PM | Show all posts
Malam tu kami keluar ke Red Light District, menyusuri beberapa canal. Amsterdam pernah di gelar Vanice on the North di sebabkan di tengah city of Amsterdam terdapat banyak canal, macam di Vanice Austria.

Kenapa di gelar Red Light District?

Menurut satu sumber,  term "red-light district" bermula ketika awal 20th century oleh pekerja di stesyen keretapi. Railroad crew ni menggunakan  red lanterns (tanglung warna merah) for signaling and lighting, dan kebanyakan pekerja ni membawa atau menggunakan satu red lantern ketika meninggalkan stesyen keretapi. So, bila pekerja ni pergi kawasan pelacuran, mereka meninggalkan red lantern tu kat laman rumah prostitute tu, mungkin sebagai signal prostitute itu sedang busy.

Sebenarnya kegiatan pelacuran di Holland telah menjadi legal ketika pemerintahan Napolean dalam tahun 1815. Dan bermula 1996 kerajaan Holland memulakan cukai ke atas bisness pelacuran tu.

According to statistics there are now more than 25,000 prostitutes in Holland dan separuh darinya adalah pendatang haram. Yang menariknya di Red Light District ni, pelacur pun mempunyai Postitutes Union.

On the way ke Red Light District tu, kami singgah kat Hard Rock Cafe, beli baju sehelai dua. Sepanjang perjalanan ke Red Light District, kami sering di sapa oleh penjual dadah, mat drug offer ganja. Jangan layan, kalau layan big mistake lah! (continue)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2003 04:18 AM | Show all posts
Originally posted by Awang Ganu at 12-10-2003 10:39 PM:
AMSTERDAM!! Apa yang menarik sangat Amsterdam nii..?

Dalam kami berjalan cari makanan tu, tetiba ada sorang mamat ni tegur aku. "Excuse me, do ya wanna hass? Ganja? Mariuana?"

Warggg! Macam Chow Kitt bebbbb! Tapi kat chow kit dia angguk-angguk beri signal jer. Aku pun kata "No thank!" .

Where you from, Philiphine? dia tanya aku lagik..

Aku jawab Indonesia hahahaha.. sebab kat Amsterdam ni ramai orang Indon atau mix Indon, ingat tak dulu2 punya cerita Belanda takluk Indonesia? So ramai yg kahwin dgn orang Indon dan bawak balik ke Belanda atau Holland nih..

Sebenarnya, di Amsterdam ni, dia orang agak mengamalkan free drug and sex. Kalau kita masuk kat cafe di Red Light District, kita boleh order daun ganja! Balut ganja dan kita free nak tarik, nak stim ganja dalam cafe tu.. it's legal! Macam kat Malaysia ni, masuk kedai mamak, kita order teh tarik satuuu bang!! Lebih kurang cam tu lah.. walau bagaimana pun jual beli drug secara terbuka macam jual ubat tu adalah dilarang sama sekali di Amsterdam.

Pengalaman aku ketika cross satu bridge di Amsterdam tu, aku sempat nampak sorang mat drug tengah cucuk jarum kat betisnya.. selamba jer tepi bridge tu.. kalu kat KL dah kena cekup dah.

Kat kedai yang tertentu siap ada jual paipon, ataupun 'dapur' untuk hisap ganja ni.. heheheheh! Member aku siap beli benih pokok ganja dan tanam dalam biliknya kat UK.

OK lah, malam tu kami tak tahu nak tido kat mana, nak tido kat kaki lima tak boleh, sebab 'DBKL' kat Amsterdam tak bagi. Nak tido dalam centraal station pun tak boleh gak.. so kami cari port baik kat tepi terusan kat tengah town tu. Jumpa bangku panjang dan tido sampai ke pagi, tido-tido ayam jer sebab tak sedap hati, penjahat dan perompak banyak sangat..

Sedar-sedar pagi esok, kena sembur di DBKL Amsterdam yang cucikan jalan dan kaki lima dari sampah, muntah dan jarum yang mat drug ni sepahkan.. hampeh sungguh!!


menarik nih awang.. he he...

awang.. takkan depa nak juai ganja hang kata no thank.... ambik lah sepam dua... takpa awe.. aku paham...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2003 12:53 PM | Show all posts
dah aku memang tak isap ganja pun.. tolong cucuh api kat paipon member ada la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2003 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by Awang Ganu at 19-10-2003 12:53:
dah aku memang tak isap ganja pun.. tolong cucuh api kat paipon member ada la..



awang,  kau ni dah round satu UK ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2003 01:31 PM | Show all posts
Originally posted by juya79 at 13-10-2003 16:50:
aku penah kat paris... semayang kat padang kat eiffel tower...
kat venice lak semayang kat celah2 lorong... kira kaki lima la tuh...
kalau kat uk biasa semayang kat changing rooms.. favourite cha ...



aku solat kat mana2 je yang relevan... tapi yg paling besshh masa tu awekk aku [minah salleh] dia yang carikan tempat yang bersih dan selamat utk aku solat.  masa tu geng aku yg kuskil kat dia pun tak sangka yang minah ni aku dah train dia pasal bab solat sebelum bacpacker satu UK and Europe 1996-1997 ...so takyah la nak bising bila time solat.... tu yg sampai skarang aku ON lagik ngan dia tapi dia kat Glasgow ler...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2003 02:02 PM | Show all posts
Originally posted by atira at 14-10-2003 08:38:
he he he.... dok bawak satu botol air mineral merata.... yg satu botol ni khas utk cebok mencebok.... selet ngan tisu... biasak aaa.... kalau tak biasa kene bina jamban sendiri laaa....



issshhh kau ni dasat gak preparation...  kau travel mana masa tu?... aku 1996-97 ada kat......... relek
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-10-2003 01:28 AM | Show all posts
Originally posted by casio at 2003-10-20 13:05:
awang,  kau ni dah round satu UK ke?



nanti aku cerita aku pusing kat UK .. dari Glasgow di north hingga ka Land Ends di south peta UK tu.. dari Aberyswith di Wales sampailah kat Kota Landon tu..
Reply

Use magic Report

kleer This user has been deleted
Post time 22-10-2003 10:17 AM | Show all posts
Originally posted by Awang Ganu at 22-10-2003 01:28 AM:
nanti aku cerita aku pusing kat UK .. dari Glasgow di north hingga ka Land Ends di south peta UK tu.. dari Aberyswith di Wales sampailah kat Kota Landon tu..



awang... nanti buleh la aku mintak tips dari mung pasal travel kat europe ni... maybe next year, nok try ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2003 10:29 AM | Show all posts
Casio...
Ko senior lagi dari aku kot.... sbb 1997 aku baru ke sana...
1999 baru ada chance tour europe...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2003 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by atira at 22-10-2003 10:29:
Casio...
Ko senior lagi dari aku kot.... sbb 1997 aku baru ke sana...
1999 baru ada chance tour europe...



ehhhh ye ke..senior...cam keje gomen jek kau ni..hehehe relek...
mmm ye la 2...haku dari 95 sampai ler takleh balik taun 98 baru ler leh blah dari saner..tu pun dah tul2 sengkek ....  ehhh sheffield ko ader gi x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2003 11:40 AM | Show all posts
Originally posted by kleer at 2003-10-22 10:17:
awang... nanti buleh la aku mintak tips dari mung pasal travel kat europe ni... maybe next year, nok try ...

tak dok hal punyer...!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2003 02:06 PM | Show all posts
Casio...
slalu gak ke sheffield... dari tmpt aku dah tak jauh..
nape? ada member kat situ??
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2003 02:07 PM | Show all posts
Awang!
ko ambik masa berapa lama tour europe tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2003 02:11 PM | Show all posts
awang bila nak sambung citer lagi...
sungguh menarik la citer ko awang...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2003 03:32 PM | Show all posts
Originally posted by atira at 22-10-2003 14:06:
Casio...
slalu gak ke sheffield... dari tmpt aku dah tak jauh..
nape? ada member kat situ??


kau kat Leeds ke.... aku kat situ daa... lepak kat staniforth rd.... biaserler MORRISON..MEADOW Hall, Sheffield Arena....   paling best Ben Navis....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2003 07:19 PM | Show all posts
sabar lah, nanti aku sambung.. 2 hari tak masuk.. my atuk just passed away 2 hari lepas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2003 07:21 PM | Show all posts
Originally posted by casio at 2003-10-22 15:32:
kau kat Leeds ke.... aku kat situ daa... lepak kat staniforth rd.... biaserler MORRISON..MEADOW Hall, Sheffield Arena....   paling best Ben Navis....



leed, sheilfield semua aku dah jalan tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2003 11:29 PM | Show all posts
Masih lagi sekitar Amsterdam..

Mungkin benarlah kata-kata Bad Girls Go To Amsterdam..

On the way to Red Light District tu aku lihat banyak shops yang jual  smoking device. Pipe, bongs (dapur untuk isap ganja). Dan kat sini juga lah aku berhenti di depan "smoking coffee shops" yang tertera gambar Bob Marley .. penyanyi Regea yang mati tengah lalok ganja. Dua orang waiter duk depan pintu cafe tu invite kami masuk dengan hanya memakai bra dan panties berwarna merah. Korang tak percaya, korang pergi la.. hahahah! Dari luar jer kami tengok keadaan kat dalam tu, nak masuk pun kami tengok customer yang ada tu, kami rasa bimbang jugak, kang kena belasah kang.. dah ler tempat orang.



Di kawasan ini jugalah ramainya pick pocker, street crime dan street beggar. Aku di maklumkan supaya berhati-hati dengan street beggar ni, sebab ada di antara mereka yang ada pisau atau pistol. Dan kalau nak beli drug jangan beli kat kaki lima, itu illegal! Yang legal kat dalam cafe shop.


So kami pun menapak lagi. Permandangan di kiri kanan penuh dengan gemerlapan lip-lap lip-lap lampu kat theater building, bar, panggung wayang, sex show shop, cofee shops, serta sex shop yang jual apa-apa sahaja tools yang berkaitan dengan sex. Nak dildo ka, gamba sex ka, movie sex ka, patung plastic wanita (doll) setinggi 6 kaki yang 'hidup' kat pangkal peha nya! Semua ada!!

Sebenarnya, di siang hari laluan kami tu (Ketika kami gi Hard Rock Cafe) kawasan ini semacam mati, takde music atau lagu-lagu , suram macam lorong belakang kat KL tu. Ini utk anda yang sudi baca experience aku, ada gambar sendiri dan ada gambar dari site lain.. nak paste gamba aku nanti jadi cerita lain pulak


Red Light District di siang hari.. nampak tak bermaya. Tapi masih lagi nampak beutiful dengan canal nya.



Cantik tempat orang..


Masuk jer time nak azan maghrib (heheheh) kawasan ni bertukar wajah. cafe yang dihiasi dengan  lampu lip lap, cafe Regea music Regea.. pehh! Kat pintu masuk ke bar siap ada poster perempuan yang aku paste kat bawah ni.. (kalau  rasa tak elok, mod boleh delete.)



Akhirnya sampailah aku kat kawasan building yang mempunyai window glasses. Sepanjang building tu terdapat beberapa partitions seperti bilik dan dapat dilihat dari luar pelacur yang hanya memakai bra dan panties menari-nari, gelek-gelek di dalamnya!


nampak tak ?


Ni waktu malam ..


Aku telah dimaklumkan bahawa mengambil gambar, sama ada dengan menggunakan camera, video camera adalah dilarang sama sekali. Kalau anda berani, anda mungkin akan didatangi lelaki yang akan meminta film dari camera anda! Dan aku telah berani mati mengambil gambar jarak jauh, ni kat bawah.


Cuba teka, apa dia? hahahah ..
Background kat belakang tu adalah prostitute yang sedang mengiklankan bodynya.

Aku tengok bukannya semua cantik, yang tak cantik pun ada jugak. Kebanyakkan prostitutes ni datangnya dari Uckraine, Russia dan banyak lah tu. Sempat gak aku tanya pricenya, dia kata kalau tak silap aku dalam 20-30 dollar gitu. Covert RM ada ler dalam RM100.00 kut..

So malam tu kami sampai pukul berapa ntah ke hulur ke hilir pusing-pusing area tu duk tengok tengok, sebijik macam tengok pertandingan ayam serama. Dosa betul la, tapi yer lah.. pengalaman di tempat orang. Apatah lagi, ni tempat di mana sebuah negara mempunyai Prostitution Information Center.

Kami akhiri sessi melawat Red Light District entah pukul berapa, dan kembali ke hotel kami. Aisey man, melalui tingkap hotel kami, kami skodeng pelacur low class buat bisness kat bawah, kat lorong belakang hotel. Kat dinding bilik kami, tertulis lebih kurang camni " Jangan ganggu kerja mereka dan jangan ambik gambar!"

Esok bangun pagi, check out dan breakfast.. nak kemana pulak nii??




Kami kini menghala ke Munchen, Germany. .. orang kita sebut Munich!

Cont.
Reply

Use magic Report

kleer This user has been deleted
Post time 23-10-2003 02:48 AM | Show all posts
mmg best citer mung nih.... tak sabar gitu nok tunggu episod seterusnya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2003 09:45 AM | Show all posts
casio..
aku kat area2 north england gak... tapi bukan kat sheffield...
aku dok kampung je.. ulu lak tuh...
tapi ngan sheffield tak jauh...
hmmm... leeds ngan manchester pon dekat je so aku slalu gak ke sana...
Meadow hall tu mmg tempat cuci mata... hehe... nak shopping sengkek...so cuci mata je laa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.109136 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list