CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Awang Ganu

Backpacker Tour Europe with AWANG GANU: .. meh aku cerita kan.

   Close [Copy link]
Post time 23-10-2003 09:47 AM | Show all posts
Awanggggg....
Ko summarised laaa dulu secara kasar route ko bila ko tour europe tu...
aku nak check ngan aku nyer route... hehehe....
bukan apa... nak gak tgk route2 n planning2 korang mula2 sblm tour tu camna...
tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2003 12:00 PM | Show all posts
Originally posted by atira at 23-10-2003 09:45:
casio..
aku kat area2 north england gak... tapi bukan kat sheffield...
aku dok kampung je.. ulu lak tuh...
tapi ngan sheffield tak jauh...
hmmm... leeds ngan manchester pon dekat je so aku sl ...



samer la ... dok cuci mata mana yg kaburrr tu....tapi ader gak aku buat partime kat ladang starwberry... dapat makan pree lagik... tapi yg bestnya  landlord ladang tu  sporting giler..sampai lepak2 kat umah dia pun  sempoi jer dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2003 06:56 PM | Show all posts
Originally posted by atira at 2003-10-23 09:45:
casio..
aku kat area2 north england gak... tapi bukan kat sheffield...
aku dok kampung je.. ulu lak tuh...
tapi ngan sheffield tak jauh...
hmmm... leeds ngan manchester pon dekat je so aku sl ...



Bradford la kut? :stp:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2003 06:57 PM | Show all posts
Originally posted by casio at 2003-10-23 12:00:
samer la ... dok cuci mata mana yg kaburrr tu....tapi ader gak aku buat partime kat ladang starwberry... dapat makan pree lagik... tapi yg bestnya  landlord ladang tu  sporting giler..sampai lepak2 ...



aku kerja petik strawberry time summer.. dapat gak sen..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2003 09:48 PM | Show all posts
13th July 1997

Sebenarnya plan asal kami bercadang ke Praha, Czech Republic. Tapi, sebab train dah tak de (kalau aku tak silap ler) kami pun tukar plan B, iaitu ke Germany.

Jam 19.25, menaiki train ke Rotterdam untuk tukar train yang menuju ke Munchen, Germany. Apa yang berlaku sepanjang perjalanan aku pun tak tahu, sedar-sedar sampai kat Frankfurt, sekitar 2.00 pagi. Aku dah masuk Germany dah. Ni Nazi punya tempat lah ni.

Sebenarnya, lupa pula aku nak bercerita. Sepatutnya dari mula topic ni aku cerita benda ni dah. Ini TIP aku nak bagi lah.

Sepanjang pengembaraan aku dari Calais (France) tu, aku hanya menaiki train. Aha.. mengenai train ni. Aku menggunakan INTER RAIL CARD. INTER RAIL CARD ni merupakan PASS ticket untuk kita menggunakan kemudahan train seluruh Europe! Hanya dengan menunjukkan INTER RAIL CARD ini kita akan dapat menuju ke sesuatu destinasi di beberapa zone dalam Europe, walau bagaimana pun sekiranya train yang kita naiki itu ada extra charge, kena bayar lah, tak mahal pun.

Harga INTER RAIL CARD ni bergantung kepada zone. Ada Global ada Zonal. Kalau Global kita buleh gunakannya untuk ke seluruh negara di Eropah. Kalau Zonal ni, hanya group countries jer. Aku beli 3 Zones, maknanya ada 3 zones negara ( 3 groups negara, bukan 3 negara! ) yang aku boleh pergi dgn CARD ni. Masa tu harga CARD ni  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2003 12:37 AM | Show all posts
14th July 1997 Munchen, Germany.

Satu sebab kenapa aku nak ke Germany ialah aku nak ke Tembok Berlin. Tapi apa nak buat, route aku jauh menyimpang. Tak tahu kenapa, tapi bagi aku tembok Berlin ni mempunyai cerita yang tersendiri. Hajat di hati nak ambik seketul dua serpihan batu tembok tu buat sourvenir.

OK lah cerita di Munchen.

Munich atau Munchen ni sebenarnya terbentuk dalam tahun 1158 oleh Henry the Lion. The city抯 name is actually M黱chen, yang mana datangnya dari expression "Bei den M鰊chen" or "near the monks", sebab  Monks dah tinggal kat sana for 108 years before Henry came along.

Apa yang menarik di Munchen ini ialah kebersihan di city ni. Aku hampir-hampir tidak kelihatan sampah sarap di taman, di town, di train station malah boleh di katakan Munchen, atau seluruh Germany merupakan tempat yang bersih dan indah. (Aku bertanya kepada kawan aku yg study di German selama 5 tahun, dan memang benar, Germany merupakan negara yang bersih dan indah.) Aku pernah perhatikan di depan satu kawasan tu, daun-daun gugur dari pokok lepas tu datang lah sorang mak cik ni cepat-cepat pi sapu dan bersihkan tempat tu.


Bersih dan indah, walo pun ditengah-tengah town..

Ada satu perkara lagi yang menarik mengenai penduduk tempatan di sini. Ketika aku dan kawan-kawan aku serta beberapa orang tempatan nak menyeberang jalan, betul-betul di hadapan kami ada trafic light. So kereta dah takde, tapi lampu pedastrian (Lampu Signal orang berjalan) masih lagi merah, kami pun  dengan selamba menyeberangi jalan tu. Yang hairannya, mereka masih lagi duk tepi jalan dan berpaling memerhatikan kami ketika kami menyeberang tadi. Bila lampu dah hijau baru mereka berjalan.

At last kebingungan kami terjawab bila kami terbaca dalam satu pamplet, lebih kurang begini "Jangan hairan kalau melihat local people tidak berganjak walaupun tiada kereta yang melintas".

(Juga aku bertanya kpd kawan aku tu, dan katanya memang penduduk tempatan mempunyai tata-tertib yang tinggi.)

Ini kalau kat KL ni, jangan duk imagine lah...

Okeh, pagi-pagi morning tu, kami ke Tourist Information, senang jer kalau nampak tanda i tu dalam map, Tourist Information lah tu. Cari info mana nak pergi, tempat menarik dan apa-apa lah.

Kami pun pusing-pusing town dan macam aku ceritakan tadi, bandar ini memang bersih. Dalam pusing-pusing bandar tu, terjumpa lah aku FC Bayern Fan House dan teringat lah aku akan Bayern Munich FC, kaki bola tentu tahu. Ambik gambar ajer lah di depan shop tu.

Sampailah kami kat Marketplace, dan terpegun melihat "Glockenspiel" yang famous di seluruh dunia tu. terletak di  Town Hall, Marienplatz. Setiap jam 11.00am,12.00 and 5.00pm are the times to see the full dance routine. Glockenspiel ni merupakan orchestra bells yang di"play" dengan menggunakan tuned bar, macam piano tu.. menarik jugaklah. So akan keluar lah patung orang naik kuda dan penari-penari yang meraikannya perkahwinan Duke William V and Renate of Lorraine in 1567.




Ini ler Glockenspiel yang famous tu.. kuat gak bunyi bells tu. Nampak tak ada patung-patung kecik tu..




Marketplace Marienplatz - yang ni photo dari satu site yg aku jumpa. Camera aku tak muat nak amik semua building tu. Di bina dalam tahun 1447 .. aku berada di tempat yang pernah diduduki manusia sekitar 600 tahun yang lalu. Marienplatz atau pun pasar ni asalnya merupakan tempat menjual garam dan jagung dan tempat pertandingan. Sekarang ni jadi square, tempat orang minum beer dan lepak-lepak.




Karlstor - Charles' Gate, yang di bina di abad ke 14. Hari ini menjadi land mark kepada Marketplace Marienplatz.


Jalan-jalan lagi, dan kami akhirnya sampai lah kat tram center. Entah kat mana aku pun tak ingat dah. Tram ni macam train jugak tapi yang jenis ada cable kat atas bumbungnya dan ada rail keretapi, routenya untuk dalam kawasan town sahaja. kalau kat KL tu macam monorail, tapi monorail kat KL tu tak guna rail keretapi. Tram ni pendek jer, ada ler 2 gerabak.  Kat Amsterdam pun ada lupa nak cerita..



Ini tram di Munich..

Sambung lagi lah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-10-2003 02:49 AM | Show all posts
Englischer Garten

One of the largest municipal parks in the world, the English Garden terletak antara city center dan the Isar river. Di bina dalam tahun 1789, tahun di mana  Chinese Tower di buat. Di katakan, Chinese Tower ini menjadi tempat sohor untuk minum beer, hingga mampu adakan 7000 seats pada satu masa. kat sini semua jenis orang ada, dari set punk gila babi rambut mencacak, hippies hinggalah orang-orang yang smart dengan briefcase nyer..
Pehh..



The Chinese Pagoda at Chinesischer Turm.




Yang kat atas ni  Monopteros, a pillared monument,yang di bina di atas bukit pada 1838.. tak jauh dari Chinese Pagoda . Bersih park ni, nak jumpa sampah pun susah. kalau nak berguling-guling cam citer hindustand pun boley.

Apa yang menarik sangat kat sini aaaa? Aaaa kat sini ler park di mana kalau nak tengok orang sun bath.. free naked! Kalau tak percaya pergi ler bang.. .  Apa ler dia orang tuh, nak bogel pun kena kat public juga. Apa-apa hal pun aku tak berkesempatan dengan keadaan tu, cuma ada ler nampak dari jauh orang duk melepak ..



kalau kat Dataran Merdeka ada orang cam tu, camana yer Malaysia ni?


Yang ni photo yang aku snaped. Bezanya cuma takde orang berbogel.. mungkin tak kena masa agaknya..





Sebenarnya banyak lagi tempat di Munich yang kami tak sempat nak cover sebab kesuntukkan masa. Dari UK lagi, aku dah pasang angan-angan nak bergambar di Neuschwanstein Castle, seperti gambar di bawah ni. Apa nak buat..

Tak de rezeki la tu.. cantik wooo, biasanya tempat ni menghiasi kalendar atau pun menjadi pc screen saver. Kat dalam tu ler cerita mengenai Chenderella.. Kalau kat Disneyland Paris ada ler Walt Disney buat replica castle ni, Cinderalla's Castle ke apa nama entah! Cantik lah jugak tempatnya masa aku gi 1996 dulu.



Apa yang menarik mengenai Neuschwanstein Castle ni, ianya di bina antara 1869 dan 1886 oleh King Ludwig II. Terletak di hutan Bavaria, (Ingat tak Bavarian?) dan di tepinya ada sungai dan di kelilingi oleh hutan belantara. Walau bagaimanapun, King Ludwig tidak pernah menggunakan bilik di castle tersebut, kenapa aaa?:stp:

Ok lah, memang banyak tak sempat nak cover di Munich ni, museum Bavarian Motor Work (BMW) pun tak sempat nak tengok gak.. hampeh tuh la. Olimpic Stadium pun tak sempat gak..

Walau bagaimana pun sempat lah jugak aku bergambar di monument dan building sekitar Munich yang menjadi peninggalan Adolf Hitler dan tempat kelahiran Nazi movement, 1923.


Geschwister-Scholl-Platz
Tugu peringatan Students Hans and Sophie Scholl, iaitu ahli  'Weisse Rose' (White Rose), group yang menentang  cara Nazi di Germany. Mereka  distributed leaflets yang mengecam Nazi  ke university  dan akhirnya di jatuhkan hukuman mati  oleh Nazi Court selepas 18 February 1943. Leaflets tu ada dipamerkan di main entrance university itu. Hampeh tul la Nazi tu..


Okeh, time's up, jam 23.40 kami naik train menuju ke destinasi seterusnya.. kemana yaaa.. ITALY!

Aku di rampok oleh mafia Italy ..
cont.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2003 10:27 AM | Show all posts
bestnyer ur travel.

overall...sen abes brapa utk all journeys?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2003 12:36 PM | Show all posts
Originally posted by tina^^ at 2003-10-24 10:27:
bestnyer ur travel.

overall...sen abes brapa utk all journeys?


sen? sen kena rampok di mafia aaaa..nf:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2003 06:37 PM | Show all posts
Malam tu kami bertolak menuju ke Firenze atau pun Florence, Italy sekitar jam 23.40. Badan berbau jangan cakaplah, seharian tak mandi. Tapi kira OK lah, mat saleh lagi masam baunya.

Aku pun tak tahu ler apa yang menarik sangat kat Florence ni, sebab member aku beria-ria sangat nak stop kat situ. Train menuju ka Florence siap ada sleeping seat, so tido ajer lah.. letih beb seharian suntuk berjalan di Munich, yang aku tahu kami dah melepasi Verona, Venesia Santa Lucia dan Milano Centrale. Semua tempat tu kalau boleh kami nak cover, tapi tak kesampaian.

Jam 09.10 am, kami tiba di Florence, mengantuk jangan cakap lah.. yang aku masih ingat, aku keluar dari train tu masih dengan berbalut selimut lagi. Semua masih mamai .. letih travel ni, ingat apa ka. Selepas packed apa yang patut, pi cari toilet, biasa lah basuh muka, gosok gigi dan buang air.. at least tak lah buruk sangat.

Cari tempat makan, ada ler shop berdekatan train station jual breakfast, roti jer lah.. hampeh ingatkan ada jual nasi lemak ke..

Selepas mengambil kira worth atau tidak visit kat Florence ni, kami membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Roma Termini, sebab di Florence tak banyak tempat yang menarik pun. TIP : Study dulu perjalanan ke tempat yang di tuju, kalau tidak rugi masa.

Walau bagaimana pun, akhirnya aku diberitahu bahawa Florence ni ada beberapa tempat yang menarik dan historical place to visit, apa nak buat dah terlanjur perjalanan. Aku boleh paste kat sini antara building yang meyambut ketibaan aku di Kota Florance pada pagi itu.



Florence ni dikatakan telah wujud semenjak zaman Roman lagi, ini cerita zaman pemerintah Caesar lah ni.. cerita cerita kurun terakhir sebelum Masehi.

emm.. aku memijak tanah yang pernah suatu ketika dahulu menjadi tapak pemerintah Caesar..

Sebenarnya di Florence ini lah lahirnya mereka yang terkenal di seluruh dunia, antaranya Leonardo da Vinci, lahir pada April 15, 1452, in Vinci, just outside Florence. Giovanni Boccaccio Flippo Brunelleschi .. Cimabue and Giotto, the fathers of Italian painting. Ini lah antara mereka yang berjaya menjadi tumpuan dunia dengan artwork mereka.


Kalau tengok pada map, Menara Condong Pisa tak jauh pun dari Florence ni kira-kira 1 jam lebih perjalanan ajer, tapi kami plan nak cover Pisa masa on the way back nanti. Takpe.. kami nak perabihkan Rom terlebih dahulu.

So jam 10.22 kami menaiki train menuju ke Rom. Lebih kurang 4 jam perjalanan, kami tiba di Roma Termini, the heart of ITALY!

cont.
Reply

Use magic Report

rodriguez This user has been deleted
Post time 25-10-2003 07:21 AM | Show all posts

untung budak UK!!

abang aku dulu study kat london.memang satu europe dia pusing.part time dia jadi pemandu pelancong orang mesia yang nak tour ke europe.

baca kisah awe ni..teringat aku tiga empat taun lepas.abis semua kepualauan jepun aku mengembara..dari pulau ke pulau,,negeri ke negeri.orang jepun pun tak buat macam aku.hehehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2003 10:19 AM | Show all posts
orang malaysia sendiri tak abis pusing Malaysia hahahah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2003 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by Awang Ganu at 2003-10-25 10:19 AM:
orang malaysia sendiri tak abis pusing Malaysia hahahah..


huhuhu..terasa pulak aku!

aku pon tak abes tour satu mesia..tp negara org mmy nyebok nak tour...

apooollahhhh...ehehhe

menusia mmg camtue kot
ada hanya disedari biler tiada.
yg ader depan mata tak nampak, seberang laut china selatan nunnnn kat sana..kemain lagik nak nyebok....eheheheh

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2003 11:41 AM | Show all posts
Originally posted by tina^^ at 2003-10-25 11:38:
huhuhu..terasa pulak aku!

aku pon tak abes tour satu mesia..tp negara org mmy nyebok nak tour...

apooollahhhh...ehehhe

menusia mmg camtue kot
ada hanya disedari biler tiada.
yg ade ...



falsafah tu.. falsafah!
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2003 04:33 PM | Show all posts
mana sempat pusing... pusinggg je.. tak kisah le negara orang ke.. negara sendiri ke...
ehh.. ramai lak keje petik strawberry...
aku just keje cleaner je kat boots store.....
boleh tahan gak sen nyer...
dapat cover aku tour 18 negara europe... he he
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2003 04:57 PM | Show all posts
Originally posted by atira at 2003-10-26 16:33:
mana sempat pusing... pusinggg je.. tak kisah le negara orang ke.. negara sendiri ke...
ehh.. ramai lak keje petik strawberry...
aku just keje cleaner je kat boots store.....
boleh tahan gak sen ...



kau kerja kat boots store? aku rasa macam aku kenal jek kau ni.. siapa aaa?:stp:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2003 09:03 AM | Show all posts
ye ke ko kenal???
tapi aku bukan kat bradford....
tempat aku lagi ulu dari bradford....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2003 07:12 PM | Show all posts
nanti aku bukak dairy lama ..ahak..!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2003 12:03 AM | Show all posts
nanti lah aku sambung.. kalau boleh aku nak buat satu homepage peribadi utk tour aku nih..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2003 06:29 PM | Show all posts
salam awang,

continue la lagi backpacking story tu. Banyak beza time aku pi sana in 2001. Kalau currency pound sterling time aku tu dah RM5.4. NAik juling biji mata aku nak tukar duit. Beli travellers cheques awal2. Takut currency naik lagi.

Kalau ko start kat Brussels, aku and the gang, start from Amsterdam to Zeltweg to watch A1 race, lepas tu ke Munich - Zurich - Rome, Venice - Barcelona, Madrid, Cordoba - Paris - London, Edinburgh. Dlm masa sebulan..

Kalau kat Amsterdam tu of course ler kena pi red light district. Tu kira tempat wajib. Bukan apa, something different. Macam we all la.. astaghfirullah.. hehehe tapi mata nengok gak. Member aku sambut birthday kat sana so we all masuk makan kat restaurant bunga raya.. ok la minta vegetarian and telur dishes jer.

Kat Munich rugi kalau tak pi Olympic Stadium, tengok BMW building. Cantik gak tempat tu. Aku jumpa community malaysia near glockenspiel tu. OK dapat makan nasi lagi. Macam ko gak aa, nak save budget tidor je dlm train. Tapi pompuan ni ada restriction sikit..

InsyaAllah next year nak pi lagi kali ni nak buat Spain and Portugal - kalau ada duit lebih lah.

Aku rasa yg plg siksa berjalan ni time nak cari tempat solat and makan nasik. Aku mcm kawan ko gak, kalau dah 2 minggu tak dapat nasi rasa nak demam satu badan. Yang best plak, time aku tengok gambar aku tuh.. isy ada kurus sikit maaa.

keep up!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.070308 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list