CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Awang Ganu

Backpacker Tour Europe with AWANG GANU: .. meh aku cerita kan.

   Close [Copy link]
Post time 4-11-2003 02:30 PM | Show all posts
ehh..
aku pon start kat brussel- rotterdam &amsterdam-denmark(conpehagen&malmo) -sweden(stockholm)-berlin-prague-budapest-romania(bucharest)-venice-rome-vatican-munich-austria (salzburg&vienna)-geneva& zurich- barcelona-monte carlo- nice-paris-calais-UK...
he he... bercelaru sket aku nye route...
err... tu pon aku rasa banyak tempat aku tak mention.. heheh...
bulgaria dah masuk sekerat.. pastu kene halau.. ahakss....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2003 08:19 PM | Show all posts
errr bila mention bab halau ni aku teringat masa kat terminal barcelona sants(ntah betul tak spelling). Masa tu kat Barcelona. Hish! bila citer pasal bandor ni aku rasa macam suey satu badan. Kat situ la member aku nyaris kena samun, kat situ la we all kena halau kuar dari stesen and we all witnessed enam jahanam versi spanish.:agr:

Masa tiba kat Charmartin tu dah dekat petang. Dengan tak mandi satu harinya dari Venice tu, takat berus gigi, cuci mata jer terus pulun roti.. aisey roti lagi. Dah store barang dlm baggage storage tu jenjalan ler kat Plaza de Catalunya, cari gaudy buildings, beli souvenirs ler.. sempat stop kat internet cafe lagi, siap solat jama' lagi. dekat maghrib baru balik ke stesen. Tengah dok lepak2 tu ewah ewah ada mamat ni tetiba jer dari belakang curi beg member aku, we all apa lagi, member aku dah jerit, aku plak dah siap naik bangku.. baru mamat tu pulangkan beg tu. Kalau tidak we all jadi rakyat spain ler jawabnyer.. tiket train, tiket kapal torabang, paspot member aku.. isy isy nf:

Tengah lepak tu dekat 11.50pm security stesen dok halau semua org kuar.. out! itu jerla satu bhs inggeris yg depa tau.. la tak bleh tido dlm stesen rupanya.. menonong-nonong jer la kuar dengan bekal roti ngan air mineral dlm kampit.. dah malam tak tau la nak cari pensione ke hotel ke so cari ler tempat lepak kat bus stop ches! Kesejukan satu malam.

Tengah dekat kul 1am to 2am tu tiba2 dtg segerombolan mamat ni dok pickpocketing pakai pocket knife . aisey! we all dah seram dah.. ada satu pakcik ni jadi mangsa. Mcm2 we all buat, gelak kuat2 berdehem kuat2 pak cik ni tak bangun. tidor kayu kot. Bila stesen bukak balik by 5am, pakcik ni dah hilang satu wallet. We all ngantuk sangat, ingat nak sambung dlm stesen, si security guards plak ketuk palang bangku, terpanjat mokcik! hampeh!

At last tido jer dlm train dari Barcelona ke Madrid.. mak ai ngantok abis.
Pegajarannya dlm tido kat stesen di Spain. Pickpocket ramai sangat. Ramai yg warn suruh hati2 kat Rome but I guess Spain lagi teruk. :re:

[ Last edited by gegulagetah on 5-11-2003 at 02:07 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2003 08:34 PM | Show all posts
korang masa travel ada jumpa melayu ka? ada korang tegur dia orang? atau ada dia orang tegur korang ka?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2003 11:47 AM | Show all posts
rasa nye... satu europe tu tak leh nak tido dlm stesen.. mmg kene halau... apa yg aku selalu buat.. sebab dah beli pass ticket utk sebulan.. tunjuk tiket kat jaga stesen tu kata nak tunggu keretapi pagi sampai.... selalunye diorang kasi je stay..
agaknye jaga2 stesen tu kesian kat kitorang kot... dah le kiut ( ahakz..perasan) pastu travel jejauh... hmm... aku buat backpack ni berdua je... member aku tuh pon perempuan... dah kitorang berdua bersize kecik.. diorang selalu suspect kitorang ni bebudak...

awang.. aku kat area2 glamer macam swiss, austria, amsterdam etc.. baru aku jumpa budak2 melayu... perghh mesti la bertegur sakan.. kat tempat2 cam romania, poland, czech, hungry etc mmg kitorang berdua lah wanita melayu terakhir... he he
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2003 11:52 AM | Show all posts
ada gak jumpa melayu, kat Munich. OK gak. Apa tak nya kami ni muka melayu, mana2 kenal. Lepas tu plak borak pun dalam Malay, senang sangat nak cam.

MAsa tu tengah jalan2 kat Marianplatz (kat situ banyak kedai) when satu minah Chinese ni tap bahu aku, tanya Malaysian? Aku pun angguk jer la. Rupanya kat sana ada community Malaysia aktif plak tu.

Minah ni bawak pi jumpa Munich Malaysian Club yg kebetulan ada stamstich (meeting) kat satu restaurant ni. Apa lagi kecoh ler satu restaurant tu. Pulaknya member aku sorang ni writer, yg sorang sub-editor, terus la dapat bahan. Sonot betul diaorg bila we all call kakak la abang la.. dah lama tak dengar tu, katanya ler. Ada satu kakak ni dah 23 tahun dok sana, cakap melayu pelat. Tapi best betul dengar dia cakap.

Kalau sesapa ke Munich, pi kat Marianplatz tu, cari ler satu kedai ni nama dia Indian Bar. Ownernya cina Malaysia. Kot teringin nak makan nasi goreng boleh try mintak.. tu kalau was was minta seafood ke vegeterian ker. Aku tak makan ler, cakap dah kenyang padahal lapor nak pitam. Tak jauh dari kedai tu ada windmill tiruan yg sebenarnya bar jual beer. Masa we all datang petang tu kira happenin' gak ler. Ada jual memacam jenis makanan. Cari seafood lagi ler. Tang seafood ni yang best kat Noords. boleh la stakat isi perut kalau dah jemu ngan roti, tuna and fillet o fish Mc D.

Kalau dah kat Marianplatz ni selain kat Glockenspiel tu, elok lah pi tengok toys - Spielzeigmuseum (muzium mainan) kat Althes Rathaus (old town house tower). Bak kata awang la.. tempat ni memang bersih sungguh. sat sat ada org basuh sat sat ada org sapu jln. Best ooo.

Ingat nak pi Bavaria juga, tapi pulus tak cukup so takat buat Munich pun OK gak. Dapat pi Olympic stadium, tengok BMW tower and Ludwig castle, makan ais krim pun dah kira puas dah. Tapi satu perkara - barang2 kat German ni mahalnya buleh tahan
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2003 12:05 PM | Show all posts
betul tu atira, memang tak leh nak tidor kat dlm stesen tapi buleh dok kat dlm tu sampai pagi.. kira 24 hours operation ler.. tapi kat spain depa tutup for about 4hours sebab nak cuci.. tu yg we all semua kena halau kuar.. ahaks!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-11-2003 05:08 PM | Show all posts
tapi kalau jumpa sesama Melayu kat Kota Landon kenapa buat sombong?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2003 05:11 PM | Show all posts
maksud aku kenapa buat derk jer.. kekadang depan Malaysian Hall pun boleh buat cam style KL, lu lu gua gua.. itu yg kekadang membuatkan aku teringat kata2 senior aku, sapa-sapa apply U kat sekitar Kota Landon, depa malas dah nak layan.. mmmm!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2003 06:15 PM | Show all posts
aku rasa kot.. rasa jer la.. sebab london tu dah macam KL. Mana2 ko pusing sure jumpa melayu. Tok sah kata kat London, kat birmingham, bradford, liverpool.. banyak rakyat malaysia kat sana. Tu sebab depa tak kuasa nak tegur.

Tapi betul lah kalau jenjalan kat oxford road tu esp time sales memang ramai org melayu kat sana. banyak betul duit diorang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2003 09:05 PM | Show all posts
Originally posted by gegulagetah at 2003-11-5 18:15:
aku rasa kot.. rasa jer la.. sebab london tu dah macam KL. Mana2 ko pusing sure jumpa melayu. Tok sah kata kat London, kat birmingham, bradford, liverpool.. banyak rakyat malaysia kat sana. Tu seba ...


Dengar cerita senior, student Malaysia jatuh tempat ke 3 suka shopping di UK selepas student Hong Kong.. dulu ingat sekali masa Pak Abu datang ke Malaysian Hall, student cadang nak mintak lebih sikit loan MARA tu.. pas tu Pak Abu kata, camana ler nak naikkan loan.. sorang-sorang beli Merc..!

Pergi Car Boot Sales pun naik Merc..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2003 09:27 AM | Show all posts
hmm... org2 bandar cam yg kat london tu buat derkkk je... aku org kampung lagi la derk... he he.... aku kan tetamu.. chewahhh.... jarang aku ke london tu... so entah le...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2003 01:56 PM | Show all posts

amsterdam

amsterdam? red light district... eheh.. eden pi last yr..  secara kebetulan je lalu situ (serious), sbb bosan lepas dinner nak strecth kaki sket.. gi round bandar.. terr lalu area tu.. bulat mato hubby ku kehkeh.. live model jek dok lam cermin.. terpegun jap
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2003 05:44 PM | Show all posts
wah.. dekat satu jam zany duk baca pengalaman awang..... tapi dah kena balik la..... nanti sambung...
anyway, thanks for sharing the experience... esp untuk org2x yg tak berkesempatan nak travel like u..
europe je ker..?
ada travel tempat lain..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2003 01:55 AM | Show all posts
Originally posted by zany at 2003-11-7 17:44:
wah.. dekat satu jam zany duk baca pengalaman awang..... tapi dah kena balik la..... nanti sambung...
anyway, thanks for sharing the experience... esp untuk org2x yg tak berkesemp ...



terima kasih kerana sudi membaca pengalaman ini.. nantilah aku sambung lagik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2003 06:47 AM | Show all posts
Perjalanan diteruskan.. lebih kurang pukul 2.30 petang, sampailah kami di Roma Termini. First dalam kepala aku nak makan pizza Italy punya. Asyik kedarah pizza British jer.. orang kata pizza kat Italy ni best best belaka.

Roma Termini kalau ikut bahasa Italy maknanyer at the end ("termine" in Italian) of a railway network. So jadi ler Roma Termini. Masa aku tiba di Roma Termini tu pun memang hujung kepala keretapi tu betul-betul menghala ke train station tu. Ceh!

Di train station hari tu, orang agak-agak ramai juga. Terus terang aku cakap, Putra Station kat KL tu lagi bersih dari train station ni.. memang kelabu asap tempat ni.

Aku empat orang ni macam biasalah rusa masuk kampung. Mana nak menghala, apa nak buat pun tak tahu, tempat asing lah katakan. Member aku dua orang ni pi beli roti dan air, lapar lah jugak, so aku dan sorang lagi ni bukak map Italy dan info tentang Italy sambil jaga backpacks. Tengok mana-mana interesting places to visit, memang tak well plan pun tour kami ni. Bila dah semua setuju, kami pun tukar duit kat Bureau de change setakat 28.48 Lira.. hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2003 11:43 PM | Show all posts
15th July 1997

So hari pertama di Roma tu, kami dah dapatkan city map. Beli bus ticket dari vending machine dan start tour kami. Opss.. ticket kena ada sebelum naik bas atau metro (train), kalu takde kena fine, tak kira lah kita ni siapa anda walaupun seorang visitor yang paling bengap! Ticket ni boleh digunakan utk naik bus dan juga metro, itu yg menarik.

Kalau ada sesiapa yg nak naik taxi pun boleh, tapi jangan ingat taxi kat Rome tu macam kat KL, berlambak-lambak.. kat rome ni taxi teramat lah sikit nya. Nak taxi kena gi kat taxi stand, takde yang jenis ronda-ronda tu. Dah tu pulak kalau kita call cab utk pick up kita, charge akan di kira bermula kita call cab tu!! Hampeh punya Italy.

Kalau ada prebet sapu haram, elakkan jangan naik, sebab takut kena charge tinggi. Seperkara lagi, kalau nak rent a car, pun boleh tapi kalau nak parking tu, sila dapatkan parking permit dari traffic police dahulu! .. ingat senang ke nak park kat tengah2 city tu.. hahahah! Kalau kena tow nasib lah. Seperkara lagi, perlu diingati Roman driver semuanya drive macam pelesit, tapi biasalah kan KL lagi gila.. AND bear in mind, pick pocket operates at all time!!

OK lah bus dah pun sampai .. sampailah kami di St Peter Square di  Vatican City Vatican City ni lah town di mana Tun Mahathir jumpa Pope John Paul.. last 2 years.


St Peter Basiila


St Peter Square

Apa yang menarik sangat di sini? Di sini leh terletaknya Saint Peter's Basilica iaitu sebuah church yang merupakan church paling besar di dunia dan the center of the Catholic church in the world. Aiseh, aku terlanjur kat church pulak dahh..


Permandangan dari luar St Peter Basiila

Cerita mengenai Saint Peter's Basilica ni sebenranya telah bermula pada 4 AD, namun bermula constructionnya ialah di  zaman Constantine, iaitu the first Christian emperor of Rome yang memerintahkan pembinaan church (basilica) on Vatican Hill pada tahun  1450 sehingga 1626. Pembinaan sepenuhnya mengambil masa 176 tahun. Inilah tapak tempat Saint Peter, the chief apostle, yang dikebumikan in 64 A.D. Ni kalo orang christian mungkin tahu lah.. sejarah menyatakan cost pembinaan ini adalah $48,000,000 .. tapi sebenarnya tidak ternilai building ini. Dan yearly cost utk maintain buidling ini sahaja ialah $39,500.


Keluasan ini membolehkan 400,000 orang berkumpul pada satu satu masa.

Dari jauh dah nampak building ni, aku pun tak tahu apa nak cakap, terlalu abstract. Di St Peter Square tu, kami bergambar membelakangkan church tidak jauh dari altar (tempat meminta keampunan dosa?) di mana John Paul II memertabatkan John XXIII, Dom Marmion and the three other servants of God. Aku tak tahu menahu cerita ni.. aku baca kat information guide jer.. dan di sini juga lah Peter the Apostle, Pope Pius XII, Pope John XXIII dan Pope John Paul I di semadikan.

Cukup menarik sekali. So dari St Peter Square tu, kami berjalan masuk ke dalam church tu, seingat-ingat akulah, aku sentiasa beristigfar sepanjang aku berada di dalam church tu, tak tahu kenapa. Mungkin jugak di sebabkan aku  bimbang 'terhanyut' ketika aku melihat di dalam church itu yang terdapatnya banyak patung-patung dan tempat sembahyang serta tempat berdoa kepada God. Nauzubillah..




Blessed Mother holding the dead body of Christ ..


Statue of Moses is the centerpiece of the tomb of Pope Julius II

Melangkah masuk ke dalam church tu, sebuah pintu besar dan tinggi setinggi 151.5 feet.  Wahhh.. aku berada kira-kira dua ribu tahun yang lalu. Pemandangan di dalam church itu sungguh unik dengan lakaran geometry, marble, warna warni, lukisan 'tuhan', mosaic di seluruh dinding, lantai dan bumbungnya yang dihasilkan oleh antaranya Giacomo and Bernini


Tingginya...

Di suatu sudut, terletaknya Confession of St. Peter, di mana jasad Prince of Apostles reposes. Bab confession tu, aku tak nak sentuh lah.. itu Christinity punya believes. Dan di tengah itu terdapatnya St Peter Tomb, iaitu kubur di mana jasad St Peter di semadikan. Di situ juga lah terletaknya holy water basin, sebuah takungan yang terdapat holy water, aku nampak penganut Christian berbaris untuk mengambil peluang mencecah air dalam takungan itu dan membuat tanda salib di badan mereka sendiri. Aku sempat bergambar. Menghadap St Peter Tomb itu terpacaknya statues Sts. Longinus, Helena, Veronica, and Andrew.


Antara lukisan di dinding church tersebut.

Dan di atas True Cross tertulis "Thou art Peter, and upon this rock I will build My Church, and I will give thee the keys of Heaven".


Swiss guard yg paling hampeh, kita orang kena maki sebab nak masuk dalam tempat yg agak terlarang .. hahahahah!




Interior design dalam church tu..



Di tengah church ini terdapatnya dome, macam kubah tu lah.. 308.3 feet in height tapi tak kuasa aku nak panjat. Banyak sebenarnya cerita yang terdapat di dalam church ni, namun kesuntukkan masa dan aku sendiri rasa tak sedap badan duduk dalam church tu.. lalu kami pun beredar keluar dari church tersebut.


Ini lah dome tu..

At least, aku berkesempatan melihat dengan mata sendiri tempat bersejarah dan penuh dengan keunikan sebuah tempat yang pernah menjadi kunjungan jutaan orang seluruh dunia, church terbesar di dunia.  

cont.. nanti aku ceritakan pengalaman aku ke Colleseum, antara tempat yang aku impikan.

-Special thanks to Sarah Radzi for her asisstance-

[ Last edited by Awang Ganu on 12-11-2003 at 01:18 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2003 04:31 AM | Show all posts
tapi dalam banyak2 tempat aku pergi.. pompuan Italy lah yang paling cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2003 11:48 AM | Show all posts
hmmm... aku time gi situ masuk kat vatican tu... depa tak kasi tangkap gambar espescially kat dlm church..bodyguard ramai... tapi bila tangkap gak curi2 tak jadi lak gambar tu ... tensen... .
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2003 11:51 AM | Show all posts
Awang... agaknye kalau ko masuk romania.. ko akan cakap pompuan romania paling lawa... mmg comel wooo.... ada iras2 minah saleh... iras2 arab....

laki2 hensem yg kat mana ehhh?? aku pon tak tau.... tapi aku ada terpegun dgn sorang pegawai kastam/imegresen czeck... perghhh cam bintang pilemmmm..... waktu tu aku ngan member aku tgh sedap tido dlm ketapi.. dia kejut kitorang sbb nak check passport... cam di alam mimpi lak... he he
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2003 09:02 PM | Show all posts
gambar pulak hilang.. nanti aku modify semula hahahah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.066017 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list