CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Awang Ganu

Backpacker Tour Europe with AWANG GANU: .. meh aku cerita kan.

   Close [Copy link]
rodriguez This user has been deleted
Post time 9-11-2003 11:34 PM | Show all posts
bakpe gambo mung tubik sabung cak X je awang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2003 11:40 PM | Show all posts
Originally posted by rodriguez at 2003-11-9 23:34:
bakpe gambo mung tubik sabung cak X je awang?



nok wak guaner Angefire dok wi starang guna site dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2003 11:18 PM | Show all posts
ada nampak gambar tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2003 11:23 PM | Show all posts
ni Sarah Radzi yang tolong ni.. terima kasih kat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2003 12:11 PM | Show all posts
ish..ish..ish...
kenapa raden tak boleh tengok gambar2 tu awang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2003 11:48 PM | Show all posts
tengah baiki ni raden mas ayu
Reply

Use magic Report

Follow Us
rodriguez This user has been deleted
Post time 12-11-2003 04:05 AM | Show all posts

dah nampak dah

baru ni aku tenguk cerita the transpoter...filem ni mengambil latarbelakang nice france...comey sungguh...

agaknya eropah ni sengaja biarkan bangunan bangunan dia berkeadaan lama camtuh...untuk nilai nostalgia dan sejarah kot.apa yang kita tenguk,itulah bangunan yang wujud ratus ratus tahun dulu...

ukiran ukiran dan kesenian yang hebat tu sebenarnya diransang oleh kemajuan yang telah sedia awal wujud oleh kerajaan islam spanyol.waktu tu universiti depa punya ramai orang orang eropah datang untuk belajar...

sayangnya...ianya tak berkekalan.... opss lari tajuk.hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2003 10:34 PM | Show all posts
OK lah masih lagi di Vatican City, Italy.

Lupa seperkara, dinyatakan bahawa jika kita berada di dalam St Peter Basiila tu, dan keluar dari square kat luar church tu.. kita telah pun left Italy!! So kalau kita nak hantar poscard ke negara kita, kita akan diberi samaada stamp Vatican City atau pun stamp Italy, either one.

Terlupa pulak etika nak memasuki St Peter Basiila, ahaa 'aurat' mesti kena jaga. Kalau pakai pakaian yang banyak skin dari kain, elok tak payah masuk. Kiranya tak menghormati rumah ibadat la tu.

orait.. selepas melawat St Peter Basiila tu, kita orang lalu tepi Vatican Museum. Kalau korang minat kat art, worth kalau korang masuk, aku tak minat pun! The Vatican Museums terdapat  one of the world's greatest collections of art from the Renaissance period, dan yang paling menarik ialah Michelangelo's ceiling of the Sistine Chapel.

Okeh, lepas tu kami keluar dari kawasan church dan memasuki kawasan macam pasar, aku pun tak ingat lah apa namanya, yang aku ingat aku ada beli buah plum. Sambil lepak-lepak tengok orang yang lalu lalang, dan melihat orang yang lalu lalang tengok kita.. hahahah!

Pastu amik bas menuju ka Roma termini semula, sebab nak ke Colosseum pulak.. tempat impian aku. Kenapa aku nak sangat ke Colosseum entah lah, yg pasti aku nak sangat-sangat bergambar di hadapan Colosseum tu.. impian dari dulu-dulu lagi.. fuhh sentimental sungguh!

OK naik bas menuju ke Colosseum. Dan dalam perjalanan tu, aku nampak banyak sangat monument, tiang-tiang besar mencacak peninggalan Ancient Roman. Kami turun bila ramai orang turun, nak kata dah sampai di Colosseum pun tak nampak Colosseum pun. Rupanya kami dah pun sampai di Piazza Venezia. Terdapat marble monument yang sungguh besar, the Vittoriano. Lihat ke kanan nampak balcony Palazzo Venezia di mana Mussolini pernah menyampaikan pidatonya.


The Vittoriano atau the wedding cake! Besar tersergam memang cantik pun.

The Vittoriano ialah monument King Victor Emanuele, the unifier of Italy. Kebanyakkan Italian memanggil The Vittoriano ini sebagai the Wedding Cake or the Typewriter. Ianya di anggap ganjil sebab kebanyakkan monument dan building di Italy berwarna emas bata, tapi The Vittoriano ni berwarna putih, macam wedding cake!

Jalan-jalan lagi dan akhirnya kami terlihat di tepi jalan itu terdapat saki baki peninggalan Roman insula (apartment house). Jenguk kat bawah tu nampaklah ground level yang berusia  2000 years ago. Pehh aku berada di tempat yang pernah diduduki manusia sekitar 2000 tahun lalu... cool!


Roman Insula ..

Jalan-jalan lagi, straight kat atas bukit Capitoline Hill  kelihatan Church of Aracoeli (Altar of Heaven), dan sebelahnya terdapat the Campidoglio. Inilah tempat major Roman temples to Jupiter Optimus Maximus and Juno Moneta, the king and queen of the Roman gods.


Capitoline Hill  


Di belakang square itu terdapatnya Palazzo Senatorio yg dibina dalam tahun 300AD. Dan di abwah fountain dekat situ terdapatnya statue of a wolf nursing a child. Patung anjing serigala yang menyusukan manusia. This represents Romulus, the legendary founder of Rome, yang dibesarkan oleh anjing serigala. Ini lagenda sebenarnya, tapi puak2 ni kalau lagenda sekalipun akan dikenang, macam Hang Tuah di Melaka, ada orang persoalkan kewujudannya, tapi bukti2 masih terdapat di Melaka, lebih kurang camtu lah.


Statue of wolf nursing a child..

Okeh, akhirnya sampailah kami di Roman Forum. Forum ni sebnarnya pasar besar, financial center, seat of government, home to the legislature, site of the courts, shopping mall, city park and general gathering place. Perkataan FORUM (Macam CARI Forum umpamanya) adalah diambil dari Rome yang bermaksud a place to speak to an audience.










Roman Forum view....

Arghhh.. jauh berjalan.. letih jangan cakaplah. Kami singgah di sebuah coffe shop alahh macam cofee bean kat KL tu. Lepas tengok price list, kami pun  order pizza, cari yg murah ikut budget! pehh pizza yg paling best pernah aku rasa. Time nak bayar harga dah jadi lain. Bertekaklah kami in English, tuan kedai in Italian, cilakak sungguh, rupanya ada hiding cost yg tidak dinyatakan di dalam price list, harga makanan lain, harga duduk kat kerusi dalam kedai tu lain.. hampehhh! Kalau korang gi tour, jangan lupa dengan hiding cost yg mereka applies, especially pada tourist macam kita.

Okeh.. letih dah hilang sikit merayap lagik lah.. akhirnya sampailah kami di Colosseum. Aku tak dapat nak ceritakan perasaan aku bila ternampak Colosseum ni. Sentimentel beb! Aku terpegun, tak terkata!


Colosseum, mamat yang rambut panjang yang berdiri kat depan tu, aku ler. Tapi aku blurkan.

Apa yang menarik tentang Colosseum nii..? Colosseum dibina dalam tahun 80AD dan mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan. Aku agak-agak ada ler sebesar St Bukit Jalil dan tingginya 160 ft. Sebenarnya Colosseum ini merupakan gelanggang gusti para gladiator!. Keluasan Colosseum ni boleh memuatkan 50,000 orang spectators (penonton) yang menyaksikan pertarungan gladiators dengan binatang atau sesama sendiri sehingga menemui ajal mereka. Ada terdapat 80 pintu masuk, dan diceritakan nak masuk pun mesti ada ticket.

Berbalik pada sejarah lagi, seramai 2000 gladiators dan binatang telah mati di gelanggang ini. Kebanyakan gladiators adalah hamba abdi. Bermula cerita gladiator ialah kisah seorang hamba abdi yang dijadikan mangsa yang mesti bertarung dengan maut, di satu perkebumian seorang yang mashyur ketika itu. Selepas itu, upacara tersebut telah di upgraded kan. Apatah lagi bila permainan tersebut dihiasi dengan kekayaan dan glamer di kalangan orang-orang Roman. Siap ada poster lagik siapa nak masuk bertanding, kalau gladiator tu hebat, maka sponsornya akan lebih lah sikit. Macam tinju hari ni lah.. alah korang nak senang faham gi tengok movie Gladiator!.









View of colosseum..

Memang sentimental punyalah! Ahaks..!

OK lah aku dah letih, ada beberapa tempat lagi yg aku sempat pergi termasuklah sebuah pyramid di sini yang dibina kerana beliau sangat terpegun dengan Pyramid di Gaza nun.

Aku berkesempatan juga melawat Olympic Stadium 1960 yang berwarna merah bata dan  marble arch. Sebenarnya banyak lagi tempat aku pergi di Rome tapi tak sempat nak cover di sini.

Hari tu kami cukup keletihan dan sementara menunggu malam, kami lepak2 dan merayau sekitar Rome. Tengok map mana nak pergi..

Jam 23.50 kami menaiki train menuju ke Lecce, hujung peta Italy. Cont.


-Special thanks to Sarah_Radzi for her assistance-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


rodriguez This user has been deleted
Post time 12-11-2003 10:43 PM | Show all posts
binaan apa yang terdapat dalam colosseum tu awang..patutnya kan rata jer untuk gelanggang bertarung....tapi ni berceracak cam dinding bersegi segi...

filem gladiator tu aku dah hapal empat lima kali...serba sedikit dapat gambaran pasal kehidupan orang rom waktu colosseum ni aktif.

p.s kateh gok kaki mung nih!
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2003 10:47 PM | Show all posts
Originally posted by rodriguez at Tue 11-Nov-2003 22:05:
baru ni aku tenguk cerita the transpoter...filem ni mengambil latarbelakang nice france...comey sungguh...

agaknya eropah ni sengaja biarkan bangunan bangunan dia berkeadaan lama camtuh...untuk  ...



u pun tengok cerita Transporteur gak ?
psycho lah mamat transporteur tu ..  pecah perut i gelak tengok part pencuri dalam BMW dia tu ..

ouppss sorry tuan rumah ... i ternampak nama i kat sini .. sbb tu i masuk ...
teruskan cerita .. nanti i comment
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2003 11:03 PM | Show all posts
rodriguez
hahaha tinggi aku 6 ft.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2003 12:46 PM | Show all posts
mmg betul pizza kat italy mmg the best....
err... tapi kene pandai2 cari yg vegetarian ehh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2003 12:19 AM | Show all posts
Aku tertido dalam train yang membelah kesunyian malam.. letih cakap lu. Memang meletihkan jalan pusing-pusing city of Rome tu. Walau bagaimana pun aku tetap puas hati, at least tempat yang aku nak sangat sampai tu, tercapai jugak.

Dalam train tu aku tak tahu lah apa yang berlaku, kami tertido hingga sedar2 hari dah siang, dan masih lagi dalam perjalanan.. mak aii jauhnya perjalanan ke hujung peta Italy. Yang pasti kami dah pun meredah dari Rome - Napoli - Bari - Lecce. Aku tak tahu interesting destinasi yang sedang kami tuju tu, cuma nak elakkan dari bayar sewa hotel ajer. Sebab tu kami bermalam dalam train tu.

Aku sempat mengambil beberapa panorama yang menarik sepanjang travel dari Rome ke Lecce .. yang menarik ialah sunflower field. Aku tak pasti kenapa mereka tanam sunflower ni, mungkin nak buat minyak masak kut. Sebab dengar jugak kat Italy produces minyak masak dari sunflower ni..




Ini photo original dari camera aku. Location sunflower field ni aku pun tak tahu, aku snapped jer.

Tiba di Lecce sekitar 8.30 pagi.. hampeh betul takde yang menarik. Gi kat tourist information cari idea where to visit. Apa yang kami tahu Lecce merupakan satu tempat di mana terdapatnya makanan yang mempunyai class yang tersendiri, dari pizza, spagetti hinggalah kepada daging kuda. Tak kurang menariknya art dan night entertainmentnya.

At last ada jugak lah tempat peninggalan ancient Roman iaitu Roman theatre di piazza Sant'Oronzo. Alang-alang dah sampai kami pergi jer lah.. takde yang menarik cuma kawasan peninggalan ini pernah dijadikan pusat pertunjukkan theatre ketika 1st century BC.

Yang menariknya on the way ke Roman Theatre tu, kami melalui lorong-lorong yang agak sempit dan di dindingi banggunan lama seperti photo yg aku paste kat bawah ni.. macam dalam filem Mafia jer.. heheheh!


Lorong-lorong di bandar Lecce..

Bandar Lecce ni banyak terpengaruh dengan unsur-unsur Greece, memandangkan ianya dekat dengan Greece. Bandar ni agak terpencil, sunyi dan bolehlah di katakan bandar mati. Menarik juga bangunan di sini, usang dan classic.. masa aku gi tu, cuaca agak panas.. lagipun time summer.

Ok lah, kami ambil keputusan untuk blah. Buang karan lepak kat Lecce. So 11.49 am, kami menaiki train menuju ke Milano, dari Milano ke Bari dan terus kembali ke Rome.. aisehh balik semula ke Rome.

Tengok map, mana nak pergi nii... jam 23.15 kami naik train.. kemana?
Kami menghala ke Venesia, Italy. Tempat untuk berbulan madu...

Bermula lah part 1, Lost in Europe!!

-Special thanks to Sarah_Radzi for her assistance-
Reply

Use magic Report

rodriguez This user has been deleted
Post time 14-11-2003 03:38 AM | Show all posts
hohh aku ingat ko singgah lajak sampai sicily....area mafia tuh..

maka segera aku teringat filem gudfather..


p.s  sarah..filem tu memang paling lawak time rompakan tuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2003 04:34 AM | Show all posts
sicilly ka.. aisehh.. aku tak kesampaian..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2003 05:37 AM | Show all posts
Dalam keletihan malam tu, bertolak lah aku dan kenkawan ke Vanice (Venezia). Aku tak tahu menahu apa yang menarik sangat di Vanice ni. Member aku sorang tu beria-ria sangat nak pergi. Entah apa yang berlaku yang pasti train aku telah melalui Firenze - Bologna - Venezia .

Sedar-sedar kami dah sampai Venezia sekitar 6.45 am.. 18th July 1997. Turun dari train cari bangku, lepak sambil tengok-tengok kawasan sekitar. Opss .. pouch aku yang aku sentiasa lilit kat pinggang aku dah takde! Panic aku jangan cakap ler, semua duit, traveller cheques, Malaysian i/c, Malaysian driving licence, Student card, passport dan inter rail pass semua ada dalam pouch tu.. termasuk lah gambar awek aku!

Puas aku selongkar backpack aku, takde. Kawan-kawan aku dah suspend dah. First thing yang aku ingat, last sekali aku nampak pouch aku ialah masa aku nak terlena dalam train dari Rome ke Vanice tu.

Dalam keresahan tu (ceh) aku terus ke Lost & Found, dekat tourist information di train station tu. Dia orang cakap takde sesiapa surrender apa-apa pun pagi tu. Hampeh.. camana aku nak survive? Dah ler jauh, asing pulak tu..

Pastu aku ke Compartimento Polizia Ferroviaria (err balai polis la tu) untuk buat report kehilangan document Malaysia. Apa-apa hal pun report mesti kena buat jugak.. nanti nak masuk UK semula ada back-up document.

At last, dalam aku mati akal tu, aku harap sangat sesuatu yang ajaib berlaku ketika itu. Entah camana, terlintas dalam hati aku ni nak pi cari train yg aku naik semalam. Nasib aku baik, train tu masih ada. Aku panjat train bernombor 872 Roma - Vanice iaitu train yg aku naik malam tadi. Dari satu gerabak ke satu gerabak, aku cari pouch aku. At least kalau tak dapat pun, aku dah berikhtiar dan tidak menyerah cam tu jer.

AT LAST .. jumpa juga pouch aku di bawah seat, bukan di seat yg aku duduk semalam. Alhamdulillah. Bukak pouch, purse aku hilang. I/C, driving licence, foreign note, gambar awek aku, student card dan apa-apa yg ada di dalam purse semua dah hilang termasuklah Thomas Cook traveller cheque aku. Siapa yang curik reta aku tu, aku sumpah seumur hidup merana hahahah!

Nasib baik passport ada, no traveller cheque ada dan interail pass pun ada. So aku masih lagi boleh berjalan dan makan minum. Alhamdulillah.. sebab yg penting ialah passport dan interail pass serta no traveller cheque. tak sesia aku beli traveller cheque tu, ingat dulu malas nak beli pun.. errr terima kasih kat Thomas Cook, sebab buat traveller cheque utk aku hahahahah!


Ini salinan asal report tu.. ni sentimental value nih!

Arghh.. tensen. Aku ke Thomas Cook branch kat Vanice dan buat report kehilangan traveller cheque tu. (tip: no traveller cheque tolong simpan yer!) Alhamdulillah dapat replace semula traveller cheque aku. Dan, aku membuat panggilan ke Alpha Angle, UK utk report kehilangan pada aku punya travel insurance agency. Terpulanglah nak claim ke tak..

Nak berjalan pun dah takde semangat.. tapi life must go on babeh. Lupakan saja apa yg dah terjadi, itu semua kehendak Tuhan, mungkin atas kelalaian aku jugak kehilangan tu. Ok .. let's go visit Vanice. Apa yg menarik?

cont.

-Special thanks to Sarah_Radzi for her assistance-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2003 03:04 PM | Show all posts
salam awang,

aku rasa sesapa pun kalau ada dlm situasi ko mesti anging satu badan. Alhamdulillah jumpa balik documen penting tu, kalo tak ko dah jadi rakyat itali dah kot.

no traveller cheques tu mmg penting. At least dpt replacement. org kata leceh guna travellers cheques ni tapi tu la yg paling selamat. Ada sorang member aku bawa cash susup sana sikit susup sini sikit.. alhamdulillah tak hilang hehehehe

aku pi venezia gak tapi tak berapa bestla.. air canal tu macam lungkang.. busyuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2003 12:10 AM | Show all posts
air canal cam longkang ka gegula getah? hahahah .. aku ingat dia orang tak tukar air ler hahahah..
Reply

Use magic Report

rodriguez This user has been deleted
Post time 19-11-2003 03:45 AM | Show all posts
hahaha..teringat aku masa pengembaraan aku ke hokkaido 6 tahun lepas..ada satu tempat nama soya misaki..iaitu area paling utara kat jepun.siap ada tugu dan ada tempat jual sijil..yang menandakan kita dah sampai ke area paling utara tu.

dari situ..kita bleh nampak negara russia dengan mata kasar kalau cuaca elok...(padahal sebuah pulau kecil je milik russia)...tapi sebab ari tu berkabus..mana kecewalah tak dapat tenguk ngan mata kasar.

nak dijadikan cerita...kami pasang khemah kat situ untuk tidur...pastu tengah malam tu..aku pun keluar bersiar siar kat area batu batan kat situ.entah camner passport aku tercicir..ada kad pengenalan(jepun) ,kad matriks,kad bank dan termasuk lesen memandu malaysia.nasib baik aku tak bawak kad pengenalan mesia.

member member aku siap buat lawak..

abislah ko..kalau polis tahan..kami tak kenal..jadi `bangla` lah ko kat sini..

dah seminggu aku balik rumah..baru aku report polis...mujur tak kena marah sebab lambat gi report.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2003 05:15 AM | Show all posts
Originally posted by rodriguez at 2003-11-19 03:45:
hahaha..teringat aku masa pengembaraan aku ke hokkaido 6 tahun lepas..ada satu tempat nama soya misaki..iaitu area paling utara kat jepun.siap ada tugu dan ada tempat jual sijil..yang menandakan ki ...



Kat Land End England, sesiapa gi sana boleh beli cert yg menandakan kita dah sampai kat sana..

rodriguez, kat Japan susah nak cari halal food aaa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.061406 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list