CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Hanez Berdiam Diri

18-3-2014 11:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 47634| Komen: 382

Description: Sementara Itu, Laporan Sebuah Portal Hiburan Mengatakan, Kontrak Hanez Sebagai Duta Rasmi Produk Itu Ditarik Semula Selepas Kisah Cintanya Dengan Suami Orang Teruk Dikecam Masyarakat.
  .
PELAKON jelita, Hanez Suraya enggan mengulas panjang apabila ditanya tentang penarikan kontraknya sebagai duta produk kecantikan, Aura White baru-baru ini.


"Maaf semua no komen buat masa sekarang," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada wartawan Sinar Harian Online.
 
Memetik laporan sebuah media arus perdana, pihak pengurusan produk kecantikan tersebut dikhabarkan menarik semula kontrak Hanez ekoran wujud pihak tertentu didakwa cuba menghasut pengguna memboikot produk itu.
 
Sementara itu, laporan sebuah portal hiburan mengatakan, kontrak Hanez sebagai duta rasmi produk itu ditarik semula selepas kisah cintanya dengan suami orang teruk dikecam masyarakat.
 
Hanez sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa dia sedang hangat menjalin hubungan dengan suami orang.
 

Susulan dari pengakuannya, pelbagai pihak termasuk peminatnya mula mengkritik dan mengecam pelakon 3 Janji itu.
 
Cubaan Sinar Harian Online untuk mendapatkan maklumat lanjut menemui jalan buntu selepas Hanez menolak untuk memberikan sebarang ulasan berkenaan isu terbabit.
 
Dalam pada itu, Sinar Harian Online telah menghubungi pihak pengurusan Aura White untuk mengetahui dengan lebih lanjut namun tiada sebarang pengesahan yang diberikan oleh pihak terbabit.
 
"Pihak kami tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung soal penarikan kontrak Hanez Suraya sebagai duta produk kami.
 
"Kami juga tidak mahu beri sebarang kenyataan buat masa sekarang," kata salah seorang wakil pengurusan Aura White yang enggan namanya dikenali kepada Sinar Harian Online.
 
Dalam satu kenyataan akhbar 2 Mac lalu, isteri Mr R, Nurliyana Abd Manan mendakwa Hanez menjadi punca keruntuhan rumah tangganya dan Hanez juga didakwa merampas suaminya.

Pendedahan yang dilakukan Nurliyana telah menyebabkan Hanez dihujani pelbagai komen negatif dan hinaan di laman sosial seperti Instagram dan Twitter.
 
Sehubungan dengan itu, Hanez telah menganjurkan satu sidang media untuk memperjelaskan perkara sebenar kepada umum, namun pelakon terbabit terus menerima kecaman dan kritikan orang ramai.
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ad_hoc79 17-3-2014 10:46 AM
ok lah tu, jadi duta ni kene lah jaga imej diri.
membawa nama company kan.
Quote Betara_Indera 17-3-2014 10:48 AM
kalau AW ambik Fazura atau Sara Ali... maunye meroyan si hamis ni
Quote amyainsamad 17-3-2014 10:49 AM
pdn muka
Quote edoraixora 17-3-2014 10:49 AM
memang patut pun kne tendang....
kan dh mendapat, eksyen sgt

dah tau jadik duta tu, jage lah skit perangai tu
Quote xAthenax 17-3-2014 10:51 AM
apabila mendongak ke langit
tidak sedar kaki masih terpacak di bumi
Quote prettyrara 17-3-2014 10:58 AM
nasib u la hanez. u yg cari pasal. tp i rasa u tak heran pun kontrak kene batal sebab u kan de romiang ferrari. apa de hal. share la makan ferrari tu.
Quote mrsLucky 17-3-2014 10:59 AM
padan muka..next time jangan bodoh sombong..
Quote fossil 17-3-2014 11:01 AM
Kata rezeki tak terjejas? Haaa lain kali jgn bongkak sgt
Quote unguaurora 17-3-2014 11:04 AM
Guna aura white pun muka menggerutu..haish..
Quote lucky_peace 17-3-2014 11:08 AM
padan muka!!!! PADAN MUKA!!!!!! PAADAAAAANNNNNNN MUUUKKKAAAAAAAAA!!!!!!!!!!
Quote ikaizraa 17-3-2014 11:12 AM
yeayyy aku sukeeeeeee. lets party!!!
Quote Blueberri 17-3-2014 11:17 AM
Dia kata tak takut karma...sekarang sapa yg kenaaaa
Quote cicikaembong 17-3-2014 11:17 AM
U deserve it,hamez.:@
Quote whadda 17-3-2014 11:18 AM
tahniah la ditamatkan kontrak....
Quote Blueberri 17-3-2014 11:18 AM
tapi aku ragu2 la ngan produk nih hanez ni memang dah putih tapi apsal muka dia tak lincin...
Quote alieyrina 17-3-2014 11:21 AM
Alaa..x jadi duta pun romiang leh sponsor lebih pada tuu..dia xkisah kut..

aku nak tekanan yg lebih lagi supaya dia insaf  
Quote lonely_surina 17-3-2014 11:22 AM
uolsss semua cerdik pandai xkan laa bg diri TERtipu dgn efek 360 tuss..
nak putih gebu suntik vit c dgn doktor..
x mahal pun skrg sbb byk klinik tawarkan..
semurah rm80 uolss da blh dpt..
suntik sebulan sekali..
bkn sajo putih gebu, demam selsema pun jarang nak hinggap..
x kacau peparu n buah pinggang pun..
neh tgk org cantik bagai jd duta TERus fefeeling kalo minum jd cantik mcm duta..
Quote NHolmes 17-3-2014 11:25 AM
Aurawhite kena bayar pampasan tak? Kan hs nih sikit2 nak saman, nanti aurawhite pulak kena saman haha
Quote ellynorman 17-3-2014 11:25 AM
satu persatu ditarik balik.... so hanis... lain kali jangan sombong sangat.... dongak la sangat ke langit... kan dah kena berak burung

Lihat semua komen(382)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.064818 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top