CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sampah Di Bahu Jalan Besar

24-3-2014 09:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3423| Komen: 8

Description: Seorang Penduduk Lain, Mohd Yaakob Mohd Sharii, 52, Berkata, Tindakan Pihak Tidak Bertanggungjawab Ini Mampu Mengundang Risiko Bahaya Khususnya Buat Masyarakat Setempat Disebabkan Oleh Terdedah Kepada ...


PETALING JAYA - "Jangan sampai sampah menggunung baru tindakan hendak diambil," demikian luahan seorang penduduk, R Lingam, 67 yang tidak selesa dengan keadaan sisa sampah yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab di bahu jalan besar berhampiran Taman Buana Perdana di sini.

Menurut Lingam, penduduk di kawasan ini terpaksa menahan bau busuk sampah tersebut sejak lokasi berkenaan menjadi tapak sampah haram sejak enam bulan lalu.

"Sampah-sampah itu dibuang penduduk tak bertanggungjawab.

"Malah peniaga-peniaga gerai haram di kawasan berhampiran juga kebanyakannya mengambil kesempatan untuk membuang sampah di kawasan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Lingam memaklumkan bahawa pada mulanya, lokasi membuang sampah di tapak berkenaan hanya menjadi tumpuan segelintir pihak, namun sejak kebelakangan ini pembuangan sampah haram semakin kerap dan membimbangkan.

“Jika tak dikutip, ia akan bersepah sehingga ke bahagian tengah jalan dan dikerumuni lalat,” katanya.

Seorang penduduk lain, Mohd Yaakob Mohd Sharii, 52, berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini mampu mengundang risiko bahaya khususnya buat masyarakat setempat disebabkan oleh terdedah kepada pelbagai serangan penyakit.

Malah katanya, lokasi pembuangan sampah itu turut mengundang kehadiran anjing liar pada setiap hari.

“Kanak-kanak dan orang awam turut terdedah kepada bahaya disebabkan oleh anjing liar ini dan tindakan segera harus diambil pihak bertanggungjawab.

"Walaupun Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di sini telah memanjangkan isu tersebut kepada pihak bertanggungjawab, masih tiada sebarang tindakan tegas diambil sehingga kini bagi menyelesaikan isu tersebut," katanya.

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote -electrifying- 20-3-2014 12:53 PM
india buat aduan... hahaha tak tahu knpa aku xleh trima dan nk tergelak
Quote yayah8989 20-3-2014 02:34 PM
-electrifying- posted on 20-3-2014 12:53 PM
india buat aduan... hahaha tak tahu knpa aku xleh trima dan nk tergelak

X baik tau   depa pn nk bersih gak  hehehehe
Quote -electrifying- 20-3-2014 02:45 PM
yayah8989 posted on 20-3-2014 02:34 PM
X baik tau   depa pn nk bersih gak  hehehehe

mmg la, cuma tak tau kenapa menggelikan hati, haih...
lebih2 lgi melibatkan sampah dibahu jalan
Quote yayah8989 20-3-2014 02:47 PM
-electrifying- posted on 20-3-2014 02:45 PM
mmg la, cuma tak tau kenapa menggelikan hati, haih...
lebih2 lgi melibatkan sampah dibahu jalan ; ...

Sebb kroni depa pembuang sampah di bahu jalan ke noks?
Quote robotech 20-3-2014 02:53 PM
Tu yang kadang2 orang marah. Bila sampah terbiaq tak berkutip, pi komplen kat PBT, PBT wat donno. Masa puak2 ni kumpoi semua sampah dan bakaq pulak, PBT pi kuaq saman.

Jadi lagumana? Tak setel masalah sampah, nyamoq lak berteloq, pahtu kes denggi lak. PBT ooooo PBT .....
Quote -electrifying- 20-3-2014 03:16 PM
yayah8989 posted on 20-3-2014 02:47 PM
Sebb kroni depa pembuang sampah di bahu jalan ke noks?

ye snok.
Quote crossfire 20-3-2014 03:21 PM
-electrifying- posted on 20-3-2014 12:53 PM
india buat aduan... hahaha tak tahu knpa aku xleh trima dan nk tergelak

sila refer benang abam keross SELANGOR NEGERI SAMPAH...


sini: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=790922
Last edited by crossfire on 20-3-2014 03:23 PM

Quote skeezotone 20-3-2014 03:21 PM
Isu sampah mmg sampah..:lol

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.049908 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top