CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Hanez Suraya Dibaling Selipar!

9-4-2014 06:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23069| Komen: 90

Description: “Ada Sekali Tu Saya Terserempak Dengan Orang Yang Membenci Saya. Dia Kata Nak Saja Baling Selipar Pada Saya. Tapi Dia Tak Buatlah. Cuma Dia Cakap Sajalah. Alhamdulillah, Itu Menandakan Keadaan Masih ...


Hanez Suraya dibaling selipar?

SEHINGGA kini, aktres Hanez Suraya, masih dikecam teruk oleh masyarakat dek kontroversinya menjalinkan hubungan dengan suami orang yang dikenali sebagai Mr R (Romie).

Bukan saja digelar 'perampas', pelakon Autumn di Hatiku juga tidak putus-putus menerima cacian dan cemuhan dari pelbagai pihak menerusi laman sosial seperti Instagram dan Facebook miliknya.

Mengakui berasa sedih dan tertekan dengan segala kritikan negatif tersebut, Hanez berkata, kecaman itu turut dirasai sehingga di luar sehingga membuatkan dia berasa kurang selamat.



"Selepas saya buat sidang media tu memang saya rasa sangat sedih. Sebab pandangan orang terhadap saya. Namun saya akui ia tidaklah sampai mendapat ancaman di luar.

“Ada sekali tu saya terserempak dengan orang yang membenci saya. Dia kata nak saja baling selipar pada saya. Tapi dia tak buatlah. Cuma dia cakap sajalah. Alhamdulillah, itu menandakan keadaan masih dapat dikawal lagilah.

“Selepas kejadian itu, atas nasihat keluarga, saya ada mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan saya. Tetapi untuk acara-acara tertentu sahaja. Kalau ikutkan saya tak selesa bila ada orang sentiasa menjaga pergerakan saya. Tapi itu permintaan keluarga demi keselamatan saya,” katanya.


Enggan terlalu memikirkan situasi tersebut, Hanez berkata, dia akan kembali berusaha untuk mendapat kepercayaan peminat-peminatnya semula. Sebab itu juga, dia tidak jadi menarik diri dari membintangi teater Projek Kahwin, pada 12 hingga 14 Jun, di Istana Budaya.

“Memang takut saya untuk menerima semula tawaran berlakon teater ini, kerana bimbang penjualan tiket berkurangan dan akan mendatangkan kesan terhadap pihak pengurusan.

“Tetapi memandangkan saya mahu beraksi dan membuktikan kemampuan saya dalam bidang lakonan teater saya menyahut cabaran ini. Saya harap peminat akan menilai persembahan saya bukannya kisah peribadi saya,” katanya.

Teater terbitan Mask Team Productions arahan Muhammad Azri Ali turut diterajui, Kilafairy, Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad, Zulin Aziz Fazleena Hishamuddin dan Kaka Azraff.

3

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote martiena 9-4-2014 05:01 PM
lorr nape x baling btol2 selipar tu .......
Quote digitizer 9-4-2014 05:01 PM
Dh ada kat benang lain lah...katup jah
Quote Zumbajunkie 9-4-2014 05:12 PM
menagih undi simpati nampaknya. ada aku kessah kalau kena baling bata pun?
Quote wookiehoney 9-4-2014 05:14 PM
nk minta simpati ke skrg ni?
Quote maxim 9-4-2014 05:14 PM
selayaknya lah
Quote annehuda 9-4-2014 05:22 PM
Enggan terlalu memikirkan situasi tersebut, Hanez berkata, dia akan kembali berusaha untuk mendapat kepercayaan peminat-peminatnya semula. Sebab itu juga, dia tidak jadi menarik diri dari membintangi teater Projek Kahwin, pada 12 hingga 14 Jun, di Istana Budaya.


ke sbb dah takde production lain nk hire ko?
Quote nanacomei 9-4-2014 05:27 PM
ntah pape.. da ko yg kua statement dulu mcm2.. haish.. menyampah plak aku
Quote cikatilia 9-4-2014 05:29 PM
selipar tu sumbat skalik dlm mulut
Quote chinta89 9-4-2014 05:31 PM
ak menyampah sgt ngn dia.. maaflah peminat2 hanez sekalian.

eh, ade ke peminat dia ni?
Quote maskira 9-4-2014 05:35 PM
Cis.. ingatkan betul2 kena baling
Quote beatgirlX 9-4-2014 05:36 PM
sedangkan pm pun pernah kena baling selipar...inikan pulak dia..
huhuh
ce teka pm mana yg kena tu..hahah
Quote caplimau 9-4-2014 05:40 PM
nasib bek org tu nk baling selipar je..
klo agak2 kne ludah mcmne..
haaaaa pikir2 kan la..
tak pun kne baling ngn telur  tembelang tahap da busuk gile..
baru padan ngn muka hang..
Quote mattzzx 9-4-2014 05:42 PM
Dia kena muhasabah diri dulu sebelum mengata orang lain....
Quote tykarib 9-4-2014 06:02 PM
aku nyampah tgk dia ni
Quote tykarib 9-4-2014 06:02 PM
maskira posted on 9-4-2014 05:35 PM
Cis.. ingatkan betul2 kena baling

berani ke baling? bodyguard dia sebelah je
Quote azie.dz 9-4-2014 06:03 PM
tak ada job dah...meratib la kat wartawan suh kuar kan cita...cita selipar pon jadik
Quote kodoklawa 9-4-2014 06:40 PM
azie.dz posted on 9-4-2014 06:03 PM
tak ada job dah...meratib la kat wartawan suh kuar kan cita...cita selipar pon jadik

kepelikang melanda  nape utusang dan kosmo selalu highlight pasal dia ya..kalau lah zubir masih ada ..
Quote ex-bantal.B 9-4-2014 07:18 PM
muka dia dlm gambar tu betol dah mcm fazura lah..
aishh muka bersepah jgn nak feeling koranglah paling cantik.
fazura,neelofa dan hanez suraya 3 beradik...
Quote mixed 9-4-2014 07:25 PM
Dulo ckp x takut dgn cemuhan
Koliang betul putar belit minah ni

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.186697 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top